Cara naik feri Pulau Pinang menggunakan kereta

Assalamualaikum wbt

Nak sambung balik cerita perjalanan kami sekeluarga yang sebenarnya menemankan suami pergi conference di Prai, Pulau Pinang.

Hari kedua sampai tu, keadaan masih berjerebu di Penang. Dalam jam 4.30 petang, kami bergerak untuk ke sebelah pulau pulak. Hasrat dihati nak pi makan, melawat Bukit Bendera dan pi Muzium 3D Art (yang ni semua setelah mendapatkan pandangan dan cadangan dari kawan-kawan di Penang)

Kami memutuskan nak cuba naik feri dengan berkereta.


Dari tepi feri. Berhati-hati ye kalau ade anak kecil
Kalau nak tau, perkhidmatan feri kat Penang ni lah yang tertua di Malaysia. Start tahun 1894 dan sekarang ni ada beberapa jenis feri yang digunakan:


  • Pulau Undan
  • Pulau Angsa
  • Pulau Rimau
  • Pulau Pinang
  • Pulau Payar
  • Pulau Kapas
  • Pulau Rawa
  • Pulau Talang-talang

Bese lah kan, dah namanya mende baru, mesti la cuak first time nak try. Huhuuhu.
Perkara pertama adalah google nama terminal feri tu.

dan namanya adalah...

TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM

yang ni yang kt sebelah Butterworth (Tanah Besar) lah ye.

Tips 1: Pakai waze atau Google Map utk pastikan anda tak sesat sebab signboard kadang2 mengelirukan

Jarak hotel kami dengan terminal ni dekat aje rupanya. Dalam 4 kilometer aje. Good2. Kemudian kami pun masuklah ke kawasan tempat kereta beratur. Kene bayar lah. Untuk satu kereta pergi dan balik (return) berharga RM7.70


Pembuktian. Mana la tau boleh claim.. hahaha

Oh, disenaraikan juga harga-harga tiket yang saya ambil dari Wikipedia:


Pejalan kaki

  • Dewasa : RM1.20
  • Kanak-kanak (antara 5 hingga 12 tahun) : RM0.60

Tiket Semusim (pejalan kaki)

  • Dewasa : RM30.00 – sah dalam tempoh dua bulan sejak tarikh tiket dikeluarkan.

Penumpang istimewa

  • Kanak-kanak sekolah : RM0.60
  • Kad Orang Kurang Upaya : Percuma

Kenderaan bermotor

  • Basikal: RM1.40
  • Motosikal (termasuk pembonceng): RM2.00
  • Beca/pacuan tiga roda: RM3.00
  • Motokar (termasuk van, pacuan empat roda, kenderaan komersial pacuan tiga roda, motosikal dengan kereta sebelah): RM7.70
  • Lori (2 gandar dengan 4 roda): RM13.20
  • Lori (2 gandar dengan 6 roda): RM27.50

Selepas membuat pembayaran, maka kereta pun beratur lah sementara menunggu feri sampai di terminal. Sambil-sambil tu boleh la selesaikan urusan yang sepatutnya seperti memotong kuku, minum petang, update facebook dan tulis blog. hehehehe

Ok, setelah laluan dibuka dengan tak sabarnya kami pun masuklah.

Tips 2: Pastikan enjin dimatikan dan hand brake di tarik ye. Anda pasti tidak mau menggelongsor ke laut! :p

Dan seperti kebanyakan pelancong lain, kami turun kereta dan bergambar lah dengan keadaan jerebu yang tak berapa best. Sepatutnya boleh nampak jambatan pulau pinang dengan komtar tapi dah jerebu. Huhuu. Kami pun tk lama di luar sebab bahaya.
The boys


and we got the front spot.. (macam la ade beza kan)


Abaikan tudung selebet akibat tiupan angin tu

Perjalanan dalam 20 minit begitulah. Selepas sampai di Terminal Feri Raja Tun Uda (Georgetown) kami terus menuju destinasi seterusnya iaitu Muzium 3D Arts yang terletak tak jauh dari terminal. Cerita dan tips melawat muzium art ada disini: Tips melawat Muzium 3D Art

Tips 3: Pastikan anda juga tahu bila feri pertama dan feri terakhir . Karang terlepas pulak

Untuk memudahkan urusan anda, ini yang saya dapat infonya:

Terminal Feri Sultan Abdul Halim (Tanah Besar)

  • Operasi feri pertama : Jam 0600
  • Operasi feri terakhir : Jam 0100

Terminal Feri Raja Tun Uda (Pulau)

  • Operasi feri pertama : Jam 0530
  • Operasi feri terakhir : Jam 0030

Kami pulang kembali ke hotel dengan menggunakan jambatan Pulau Pinang. Hajat nak naik Bukit Bendera di batalkan sebab jerebu dan jem nak ke sana.

Sebenarnya nak naik feri sebab lagi dekat tapi dah terlepas lorong sebab time tu jalan jem (lepas magrib) dan kami terlepas lane. 

Tips 4: Rupanya lane yang kiri sekali yang panjang tu adalah orang beratur nak masuk terminal. So jika anda nak naik feri, pastikan sentiasa berada di lane paling kiri sewaktu menghampiri feri.

Ada juga hikmahnya. Sebab dapat bawa anak naik jambatan dan rasanya lagi cepat pulak naik jambatan daripada dok beratur tunggu feri tu. So kira ok lah. hehehe

Harapnya entri ini membantu anda. Selamat menaiki feri!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment