02/09/15:
Selamat ulangtahun pertama!
Israa',
Dua belas purnama bak kerlipan mata
sepantas perjalanan dari kota cahaya ke Aqsa
kita erat memegang dan janji
menyulam tawa di sebalik tembok ujian
menghitung nikmat suka duka kehidupan
atas kanvas putih perjalanan mu
kita melakar warna cinta pinjaman Ar-Rahman
Dalam larutnya pekat malam
kita makin akrab dalam pelukan cinta
dan bulan malu menampakkan wajah
kerana cahayamu bersinar memadam sepi
terang suluhan kasih
dari nurani sebening salju
Israa',
Berjanjilah bila tiba waktu
susuk kecilmu bertukar sasa
dengan Furqan dalam zikir dan ingatan
akan kau pertahankan agama dan keluarga
dan Aqsa wajib kau bela!
Moga ketika itu,
masih kau ingat detik waktu
mesra kita menyemai benih amal
hingga bertunas ranting dan dahan ikhlas
buat bekalan kita
menghantar buah taqwa ke syurga!
Salam sayang,
Emak
dan ayah,abang Imran dan abang I'jaaz
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Tahukah anda jika kita marah kepada anak kita terutama bila terlalu kerap, kadarIQ dan EQ nya akan tergan...
-
Assalamualaikum wbt Sejak kenaikan harga minyak dan macam-macam barang naik ni, saya mendengar pelbagai keluhan dan ketidak puasan hati. M...
-
Assalamualaikum wbt Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan k...
-
Assalamualaikum warah matullah Rakan-rakan sekalian, sama-samalah kita berdoa utk kesejahteraan Ummah.inilah usaha yg mampu kita lakukan s...
-
Assalamualaikum wbt Saya selalu nampak juga dan kadang-kadang tergolong dalam golongan yang suka bertanya adakah normal sesuatu perkara ya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan