salwasaleh.com secara LIVE di TV Al-Hijrah

Assalamualaikum warah matullah

Semalam, 3 september adalah satu lagi pencapaian baru  buat saya dan salwasaleh.com secara umumnya. Alhamdulillah, segala urusan dan demo yang di rancang berjalan lancar. Dari mula dapat panggilan produksi rancangan Assalamualaikum hinggalah slot selesai jam 10 pagi.

Gambar ini dirakam suami saya ketika kami sedang bersiaran


Selepas itu memang saya punya hp sedikit bermasalah. Bateri cepat habis dek hujanan mesej dan ucapan tahniah. Juga rakaman video dan gambar-gambar di Whatsapp dan di FB. Saya ucapkan sebanyak-banyaknya terima kasih atas semua sokongan keluarga dan kawan-kawan terutamanya suami saya dan anak-anak. Tanpa anda saya tak boleh lakukan ini.

Ok, mari cerita sedikit macam mana perjalanan salwasaleh.com ni masuk Tv kan. (sebab ramai juga yang tanya)

Alkisahnya bermula sewaktu kawan saya yg superb lagi femes dan merupakan Juara program Ustazah Pilihan, Puan Firuz Akhtar yang telah meninggalkan komen di wall Juara program Solehah, Puan Amie Sofia yang sedang mencari mereka yang boleh buat DIY utk Slot Khas dalam rancangan Assalamualaikum



Saya begitu terharu atas ingatan dan kata-kata Firuz ni yang rupanya perasan saya suka buat DIY dan tepek kt blog. Makanya selepas mesej ringkas, details saya di panjangkan ke produksi. 

1 September saya terima panggilan untuk slot 3 September kerana walaupun slot saya dijadualkan dua minggu lagi, peserta sedia ada mempunyai hal kecemasan, dan saya pula menggantikan tempat tersebut. Selepas diskusi dengan suami, saya bersetuju dan memulakan persiapan termasuk membeli sedikit props untuk persembahan.

Saya tak beritahu orang sebab saya segan dan takut pula tak jadi. Dah la dua slot secara lansung pulak tu. Uhuuuuk. Malam sebelum tu baru saya mesej beberapa groups di Whatsapp. Ketika tu pun dah riuh rendah. Saya pun susah betul nk lelapkan mata. Ini  kali pertama muncul secara live. 

Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali terjaga dan terbangun, menyiapkan anak-anak dan dihantar awal pagi kerumah cikgu mereka (sebab sekolah tak buka lagi kan) dan bergegas ke KL, kami sampai jam 7.20pagi. Memanjat tangga-tangga hingga sampai studio. 

Baik betul, sarapan pun disediakan TV Al-Hijrah. Kemudian datang pula beberapa lagi orang di waiting room. Masing-masing menunggu slot mereka. waktu tu saya mula cuak dan beberapa kali ke tandas (hihihihi) Paling best saya tengok semua make up cantik-cantik dan baju pun bercahaya je. Saya lansung la apepun tkde. Cuci muka pun pakai air je. 

Dalam jam 9 saya di panggil untuk susun susun barang. Waktu tu baru nampak set up rancangan Assalamualaikum. Saya pun susun la props semua dengan bantuan team produksi. 


Kemudian disuruh ke bilik touch up. Pakai bedak, blusher dan lipstik. Saya rasa last saya pakai lipstik pun time kawen dulu kot. Uhuuhuhu.

Ini le rupa saya selepas touch up. kembang semacam aje hidung...ih ih ih. 


Kemudian dipanggil masuk studio balik dengan suami saya ikut sama. Israa' time tu masih tidur atas stroller dia jadi org2 di waiting room yg tlg jaga. 

Waktu ni, Amie tanya-tanya sikit. Then beramah mesra. Memang bagus betul dia. Peramah sangat orangnya dan berjaya buat saya selesa dalam tempoh 2 saat je. Saya tk gugup sangat dan rasa comfort. Siap sempat amik gambar lagi!



Kemudian berlakulah siaran lansungnya. Utk slot pertama, saya demo handpainted tic tac toe set dulu. Waktu ni kan, sebab lama sangat di hujung siaran tu saya dah kering tekak. Tu yg batuk-batuk. Mmg sampai keluar air mata. Sape suruh tak minum air . Actually tak minum sebab asyik pi toilet aje dan dah pakai lipstik. So takut lipstik tu nnti comot. Bole? (itu le org tk make up, ape pun tk reti)

Video pendek utk slot 1 tu ada di sini


Haa, ni antara gambar yang dihantar kepada saya.







Kemudian dah cut utk break tu kan, ktrg ade masa 2 minit aje nk tukar semua ke slot kedua. So sebab kelam kabut, tic tac toe yg props tu kita biar aje kt atas meja, cuma kemas yg belah kiri dan masukkan bahan sand art.


2 minit okeh? Korang  nampak kt TV alalalala cantik molek aje. Walhal kelam kabut mcm lipas kudung semua orang. Hahahahaha

Kemudian terus live balik. Yg paling kelakar adalah dh on air dan dah pegang garam tu baru saya perasan, pewarna makanan tak ade atas meja!!! Oh no. Ce bayangkan perasaan time live tu. Mula-mula otak saya signal supaya cakap terlupa bawak. Tapi 0.0005 saat selepas tu ternampak 1 botol cat dan terus amik je botol tu dan tuang. 

Sebab tu kalau korang tengok video kt bawah ni, time Amie goncang garam tu tak bertukar warna!!! Hohohohoho. cat kot. mana nk bertukar! Adoiyaiiii... makanya terus saya capai yg dh siap utk cover line.. Huuu



Dan saya pun tatau nak kata apa time Amie tanya apa lg saya jual. tu yg terkeluar semua tu. Habis shaklee la, blog makeover la, poster la semua keluar. Maaf la ye puan penerbit. Keluar tanpa di duga dan sempat tapis.. hehehe...

Well, selepas tu saya boleh bernafas kembali mcm biasa
Alam sekitar kembali normal dan saya menikmati paras SPO2 yang melebihi 99%

Suami saya pula berkesempatan berbual dan bertukar cerita dengan salah seorang kawan dalam dunia penulisan beliau, Tuan Zainal Rashid Ahmad yang bertugas disana sebagai Pengurus Besar.


Oh, Israa' terjaga waktu maknya sibuk ber demo. Aunty yg tolong dukung tunjuk muka saya di TV dan beliau menjadi sangat excited. dan lepas tu pun excited lg.. Tgk la gambar ni


Alhamdulillah
Thumalhamdulillah

Hari penuh bermakna dan banyak pengajaran
Saya ucap terima kasih sekali lagi kepada semua yg terlibat dan menyokong
Indeed, satu pengalaman baru yg mengujakan

Fuhhh

Salam sayang,

Salwa























Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

23 comments:

  1. tahniah ..sis salwa...
    tic tac toe tu nmpk menarik sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis ruzidah
      meh la cuba ye ;D

      Delete
  2. Congratulation akak...
    Xsangka orang yg sy kebetulan jer kenal waktu ank admit hospital dlu bukan calang2 orang nya....
    Moga kita berpeluang tuk berjumpa lgi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. allah shery, ape la yang bukan calang calang nya. sama juga. org biasa. makan nasi mcm awk. malah makan lagi banyak nasi dari awk! hehehehe

      Delete
  3. Tahniah salwa..aku tumpang happy... :)

    ReplyDelete
  4. Setinggi tinggi ucapan tahniah untuk Salwa! so proud of you ...semoga menjadi manfaat untuk semua. Nanti akak nak cuba lah! ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih!!! boleh la cuba kak lepas nih :)

      Delete
  5. congrats kak Salwa. Memang ohseme la akak dapat masuk live kat tv. Thorbaikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. alhamdulillah rezeki tanpa diduga hehe

      Delete
  6. Tahniah, semoga terus beri manfaat pd org lain ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mudah mudahan begitu la :D

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih. Masih mencari utk menjadi mantop

      Delete
  8. congrats kak salwa.. ralit tengok.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nasuha
      Ye ke? Hehehe

      Delete
  9. tahniah salwa..proud of u dear

    ReplyDelete
  10. Terbaik. Best je baca pengalaman sis ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca pengalaman saya ni :)

      Delete
  11. Tahniah kak Salwa.^^, saya follower baru akak. Sejak saya kenal blog ni, seharian asyik menggodek je semua perkongsian yang ada. Benarlah, tulisan dari HATI pasti akan melekat & menyentuh di HATI jua..

    Semoga rezeki akak semakin melimpah ruah lagi diberkati Allah swt.

    Salam ukhuwah,

    ReplyDelete
  12. macm mn saya nk contact tv alhijrah, utk sy siarkan program saya di tv alhijrah?
    then bole contact saya x?
    Abdul rahman Bin aziz 017-4250464
    pelajar universiti malaya

    ReplyDelete