Apa terjadi kepada wanita ini setelah 2 tahun berhenti kerja?

Assalamualaikum wbt

Semalam saya sedikit terjentik dengan satu kejadian yang tidak saya pinta. Sedikit babak yang mungkin sebenarnya tidak disengajakan tetapi buat saya berfikir panjang hingga hari ini.

Meraikan kepelbagaian kerja dan kelebihan setiap orang adalah penting.




Mari, saya ingin bercerita tentang seorang wanita. 

Wanita ini dahulunya selalu aktif dan sentiasa berada di luar linkungan rumah. Banyak terlibat kerja organisasi samada urusan rasmi, kebajikan, atau berpersatuan. Beliau juga selalu menulis didalam laman blognya yang telah lama digunakan semenjak zaman belajar sebagai medium menyampaikan pesanan atau sekadar berkongsi cerita. Ada juga ketikanya wanita itu berpuisi, menarikan pena di atas kertas namun cukup sekadar tatapan diri sendiri. Tidaklah sebaik mana dan hanya untuk makanan jiwa.

Selepas mendirikan rumahtangga, dengan sedikit ketidakstabilan jiwa yang belum pandai menimbang dua budaya, wanita tersebut memilih untuk menyepi. Ditambah pula kerja di syarikat gergasi di bahagian korporat yang banyak tugasan dan jarak tempat tinggal yang jauh menambah lagi tekanan.

Walau bergaji agak lumayan, tidaklah wanita tersebut gembira malah sering pula di uji dengan kesihatan anak yang sering keluar masuk hospital. Wanita tersebut juga merasakan bukanlah kerjaya menjadi matlamat utama walaupun sangat kagum dengan ramai orang yang dapat membahagi masa sewajarnya.

Setelah 6 tahun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memfokuskan hal ehwal rumahtangga di samping membuat sedikit bisnes kecil kecilan bagi menampung belanja.

Oleh kerana ruang lingkup yang begitu terhad dan sering pula hanya dirumah, wanita ini mula kembali menulis, kembali aktif di dalam group dan mula mengembangkan kenalan walaupun sekadar di dalam ruang maya. Ada kalanya jika masa dan tempat yang mengizinkan, wanita ini akan berkumpul dan bercerita dengan kenalannya.


Ada juga ketika, wanita ini rasa begitu bosan. Rasa ingin keluar dan kembali berkerjaya. Ingin kembali memegang wang yang banyak dan bebas membeli tanpa mencatu perbelanjaan diri dan keluarga. Adakalanya ketika membuat urusan di kaunter atau urusan di pejabat, wanita ini juga dipandang sebelah mata kerana menjawat nama 'surirumah'. Bisnes yang kecil dan tidak pula konsiten membuatkan wanita ini lebih hilang arah.

Namun, setelah 2 tahun hasilnya begitu mengejutkan!

Wanita ini kembali berfikir dan muhasabah diri. Sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada nya sangat besar. Wanita itu sedar:


  • Anaknya yang sulung sudah tidak lagi sakit teruk atau keluar masuk hospital
  • Dapat memasak lebih kerap utk keluarga
  • Dapat uruskan setiap urusan rumahtangga
  • Sentiasa menemankan suami dan keluarga
  • Tidak perlu lg menghadap sesak trafik
  • Tidak lagi stress dengan boss atau rakan sekerja
  • Dikurniakan ramai kawan yang sentiasa menyokong
  • Dapat membuat perkerjaan yang diminati


Kini wanita tersebut sedar, bukanlah wang ringgit yang membuat bahagia itu datang. 
Memberi dan meneruskan pemberian baik dalam wang atau ilmu adalah rahsia bahagia selepas semua kepatuhan di berikan secara mutlak kepada-Nya

Wanita itu tidak lansung cuba bersaing dengan sesiapa
Apatah lagi cuba membuktikan dirinya terbaik melebihi yang ada
Wanita itu hanya cuba memberi
Supaya lebih ramai menerima dan mendapat ilmu darinya

Bagaimana saya tahu  banyak tentang wanita itu?

Biarlah rahsia!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. Saya kenal wanita itu. Beliau sangat hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah. Ramai orang mendoakan beliau terutamanya emakabah dan keluarga

      Delete
  2. Wanita itu sentiasa dikagumi, kawan bahkan lawan.

    ReplyDelete
  3. ehem! dia klon Salwa Salleh:)

    ReplyDelete