DIY Car Track Set dengan kos hanya RM6.36!

Assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya tak post sesuatu tentang DIY, jadi hari ni rasa nk post.
Kali ni agak simple projeknya jadi saya tak la letak step by step sangat



Senang nk follow dan of course, cost sangat minimal.
Tak sampai 10 ringgit pun saya spent utk semua ni

Bahan-bahan:

  • Kotak terpakai (saya pakai kotak tepung saiz sederhana) - FREE
  • Kereta 2 set ( 6 biji) - RM4.24
  • Masking tape warna hitam
  • Tape biasa utk lekat
  • Sticker dan kertas hitam


*4 items ini boleh dipakai beberapa kali sebab utk projek ni saya pakai sikit aje, so fairlah kalau kita kata costnya dalaa RM2.12 ye


So, pertamanya bukak semua side kotak tu. Kemudian lekatkan bahagian hujung nya dengan tape.
Hujung satu lagi bentangkan dan balut dengan kertas hitam




Then letak masking tape hitam dan tampal sticker putih pulak utk buat line

Sebab takut nanti kereta tu meluncur 'keluar kawasan' jadi kita letak la divider sikit macam F1 dan Grand Prix tu kan. Bezanya sebab Emak yang buat, so Emak letak la sticker Emak kengkonon sebagai sponsor. Hahahaha




Kemudian letakkan sticker berwarna utk parking 'team merah' dan 'team hijau'.
Jadi takde la berebut parking. Ni kira ala-ala paddock la gituh. Hohohoh

Now time utk bermain!


Senang kan?

Ape lagi, give a try!


Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment