Sebab sebenar KUBAH NABI menjadi warna merah

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ni heboh tentang kubah Masjid Nabi yang berwarna hijau telah bertukar sebahagian warnanya kepada merah. Ramai mula membuat spekulasi dan tak kurang juga mula mengaitkan dengan teori kemunculan Imam Mahdi, tanda akhir zaman dan sebagainya



Ini video klip yg saya maksudkan:








Kita ni hamba pada Allah

Bukan pada sesiapa atau pada keajaiban baik benda atau makhlukNya
Sebolehnya siasat lah dulu. 

Seperti yang di jelaskan oleh  Dr Sayyid Irfan Al Alawi, perubahan warna kubah berkenaan berpunca daripada pantulan cahaya lampu merah yang terdapat berdekatan dengan kubah hijau itu.

Daripada pegawai pengawal Masjid Nabawi di pintu Bab Bilal dan Bab Quba, yang dipetik beberapa blog, perkara ini berlaku akibat pantulan cahaya daripada lampu merah tu.

Lampu merah tersebut mmg dh lama tak dinyalakan. Dah hampir 30 tahun tidak dinyalakan. Dulu di guna pakai sebagai tanda masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa pada bulan Ramadhan.

Haritu, pada ketika video tersebut dirakamkan, lampu merah itu dinyalakan atas arahan pihak atasan Masjid Nabawi selepas solat Isyak.

Jadi kita pun takyah lah nk taksub bagai
Carilah keajaiban dengan dampingi Quran

Quran tu letak kat hati, bukan kat dinding atau lemari
Mukjizat Allah tunjuk utk bagi beriman padaNya, bukan suruh beriman kt mukjizat tu

Wallahu'alam

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment