Rahsia SHOPPING dengan anak-anak dalam keadaan AMAN BAHAGIA

Assalamualaikum wbt

Pernah tak rasa macam kalau boleh nak 'park' aje anak-anak kt mana-mana ke, lepas tu kita pi shopping dengan segera, mudah dan pantas? 

Atau ade tak rasa macam penat gila sebab lastnya barang yang di cari tu tak dapat pun, tapi sibuk kejar anak-anak dan melayan karenah diorang? Ni belum lg citer bab menangis, berguling atas lantai dan seumpamanya kan kan 

Hehehehe

Sep sikit! Kita serupa je sebenarnya. Semua orang yang ade anak kecik-kecik memang lah mengalami situasi macam ni. Saya dulu pun ya ampun, mmg penat sangat kalau pegi beli barang dengan anak-anak ni.

TAPI

Keadaan bertambah baik selepas saya membuat perubahan
Jeng jeng jeng

Suspen sikit la kan, kasik ade 'feel' gituh



Mula-mula tu saya baca buku dan dengar kt program ape ntah kat TV, yang kita mesti SET RULES yang boleh di gunapakai oleh semua orang

Hah, camne tu?

Ape saya buat, saya akan tekankan pada apa yang boleh di beli dan tak boleh di beli. Apa yang boleh di makan dan tak boleh dimakan, dan apa yang boleh dibuat dan tak boleh dibuat. 

Jangan risau, nampak aje mcm complicated tapi tak pun. Contohnye ye, saya mmg banned JUNK food. No no no no...so diorang pun tahu kalau lalu bahagian keropok bagai...

"Mak, yang ni tak boleh beli ke? Yang ni tak elok ke?"

Saya hanya perlu angguk kepala sambil senyum. Dan diorang akan senyum balik

Magic kan? Peggh, mmg magic.

Itu perlukan kesabaran, kesungguhan dan training tapi tk lama mana pun saya buat. Percayalah anak-anak ni cepat aje ADAPT dengan peraturan yang baik.

Cumanya, please GIVE AND TAKE. Diorang kan bebudak lagi. So raikan lah pulak dengan bagi diorang pilih biskut atau roti yang diorang prefer. Atau belikan susu yang diorang nak ke. Haa, mcm tu lah kekdahnye.

Kemudian, bagitahu mereka KEADAAN SEBENAR 
Contohnya;

"Kita datang sini nak beli ayam dengan sayur aje. Tak payah keluar. Tunggu dalam kereta dengan ayah. Emak aje beli cepat-cepat. Ada nk kirim apa-apa?"

So diorang tahu. Besenye kirim roti lah kan. 
Atau

"Kita nak beli barang sikit. Kalau jumpe mainan, boleh main 1 aje tau. Pilih mana yang nak main"

So diorang tahu yang diorang boleh pilih satu mainan. Kadang-kadang part ni memula tu fail la jugak sebab budak bila nampak mainan letrik banyak-banyak yang pakai token tu boleh jd rambang mata tau! Kadang-kadang kalau seisi NEGOTIATION tak berjaya, ade juga adegan tangisan tu. Mcm kita la juga kalau pegi kedai tudung, kengkonon nk beli 1, tapi rambang mata sambar 3 jugak kan? So take it easy, kadang-kadang boleh nego, kadang-kadang kene firm. Pandai la baca keadaan dan situasi ye...


Kemudian hari tu kitorang ada pegi seminar PARENTING 101.

Antara tips yang di praktikkan selepas tu adalah dengan SET PEMIKIRAN anak-anak bahawa mereka adalah orang yang boleh berlaku baik dan sopan santun ketika membeli belah.

Makanya beritahulah didalam kereta sebelum keluar, kepada anak-anak kita yang mereka ni ;


  • GOOD BOYS / or girls
  • BOLEH BEHAVE
  • PANDAI BAWAK DIRI
  • NANTI TAK LARI-LARI


Alhamdulillah, nampaknya progres bertambah maju.
Arituh ckp nk pegi ni kita nak beli SONGKOK aje tau. Dan diorang behave dan beli songkok aje. Senang aje test dan tkde kalut nk beli benda lain

Lepas tu pegi bahagian basah, diorang request nak vitagen tapi saya kata tak boleh. kita beli donut aje. Dan diorang setuju juga

Oh, saya harap ini akan kekal terus menerus.


Best plak..

Hehehehe. Selamat mencuba la yer. Kalau berjaya bgtahu!

Sekian,

Emak 3 boys

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. Yes Salwa. Ida mmg apply semua ni dan sbb tu mmg boleh bawa anak2 keluar. Dulu rasa bila dah anak 3, tak akan dah keluar tanpa abahnya.. Tp amazingly still mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..betul tu. kene berpositif, tp saya kalau sensorang masih tak berani nk bawak bertiga. yg kecik tu kecik sangat lg. kalau dh beso sikit berani lah in sya Allah

      Delete
  2. sep sikit.

    rules seorang boleh beli 1 je tu mmg berkesan. mula dari keluar pagar rumah je mmg kena berzikir segala macam pesanan..alhamdulillah..siap dorg boleh tolong p timbang bawang, sayur segala :-)
    mengaruk kadang2 tu biasalah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. hehehe, yg penting nya kita mulakan dulu
      kalau tk mulakan sampai bebila pun kita tatau yang drg sebenarnya boleh behave :)

      Delete