Pesanan utk orang RABUN yang nk pegi Umrah

Assalamualaikum wbt

Saya ni kategori rabun tegar jugak la. Sejak pakai spek mata waktu form 2 sampai la sekarang, sudah sinonim tak dapat dipisahkan lagi cinta kami. Kalau tkde spek mata, merabalah dalam kerabunan umpama berjalan dalam terowong yg gelap tanpa cahaya rembulan (ok, sila abaikan ayat ni)


Alkisahnya, dulu time dapat rezeki pi Umrah, saya bertekad nk bawa sekali contact lense. Puncanya, sebab nk pakai spek mata hitam nanti senang lah. Kalau tgk gambar org pi umrah je especially kt Jabal Rahmah, semua pakai spek hitam. (Boleh?) 


Ni la gambar amik kt Jabal Rahmah tapi angle lain sikit. Yg sebenarnya sakit lutut lepas naik bukit, tu yg bertenggek tu

Lagipun mmg saya dh dapat bayangkan kepanasan tempat-tempat kt sana. Kalau saya pakai clip on sunnies kt spek mata sedia ada mcm tk cool je. So, saya pun bawak lah contact lense sepasang dan sebotol solution.

Nak di jadikan cerita, sebelum umrah tu kitorang singgah di Mesir. Dalam 4 hari la jugak kt sana. On the way dari Kaherah nak ke Alex, ditakdirkan dekat RnR tu spek mata saya terpatah. Sob sob sob. Sadis gila. Mujur pulak contact lense tu ada dalam handbag. Maka selamatlah sikit time tu

PESANAN 1: Bawak la contact lense utk kes kecemasan seperti ni. Kalau tk biasa pakai lense, bawak la spek mata spare.

Ce bayangkan kalau tkde contact lense waktu tu? Mau haru. Takkan nk pi kedai cermin mata, nk test bagai pulak. Dah la tempat orang, kita tatau sistem dan chargenya mcm mana kan

Kemudian, nak di jadikan cerita pulak, beberapa hari lepas tu, kitorang sampai di Madinah. Alhamdulillah. Oleh kerana pakai lense ni fulltime dan bukak time tido aje, makanya cepat lah kering. Yang saya bijak pandai tkde bwk solutions lebih. Sebotol yg kecik tu aje. Cepat la habisnya kan. Nak tak nak kene beli kt kedai sana. Kalau kt sini yg kecik tu sebotol baru dalam 5 ringgit, kadang-kadang dapat free je dik non kalau beli yg beso. Kt sana dekat 25 dirham! pengsannnnn tapi dh nk pakai nak tak nak beli jugak le


Udah macam model iklan pakaian umrah pulak. Ni gmbr di depan rumah Urwah bin Zubair, pembesar Madinah yang hidup di zaman Nabi. Mmg beso siap dua tingkat lg


PESANAN 2: Sila bawak lebih sikit solutions. Negara arab mmg panas. Kalau pakai spek mata tu elok la bawak eye mo ye.

Dan saya rasa kisah spek saya mmg tk berapa nk best sepanjang trip ni. Balik umrah, time transit di Cairo Airport, sunnies saya pulak tercabut skrunya. Hilang plak tu. Huhuhhhuuh. Mcm kene sumpahan Firaun aje (ok yg ni melawak ye)

So kesimpulan

Sentiasa sediakan payung dan payung extra sebelum hujan

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. hihi.. lucu pula baca.
    btw, tq for sharing. sebagai persediaan untuk orang yg berkaca mata seperti saya apabila tiba masa jadi tetamu Allah nanti. In sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la zaleha. time kita pegi dulu takde org pesan. kita pun tk teringat. jadi la gitu. so elok la pesan pada yang rabun supaya dapat bersedia. hehehe

      Delete