10 tips PALING SIMPLE utk menjadi ORANG KAYA

Assalamualaikum wbt

Sejak beberapa hari yang lepas (terutamanya semalam), mmg panas group-group Whatsapp dengan topik hangat politik. Tak kurang juga yang berdiskusi panjang tentang keadaan negara kita sekarang.

Saya lebih tertarik dengan salah satu mesej yang diterima 
Ianya ringkas, padat dan paling penting sangat praktikal!

Bagi saya, sesiapa juga mampu lakukannya asalkan ada niat utk berubah menjadi 'KAYA' dari sudut berbeza.



Saya kongsikan bersama anda semua 10 tips ini dan saya berterima kasih kepada penulis asal yang tidak saya ketahui:

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Bagaimana?

Menarik kan kesemua tips di atas?
Mari kita mulakan hari ini juga! Berhenti menjadi pengkritik dan jadilah orang yang mengubah dunia!

Kepada mereka yang ingin membuat kebajikan, antara projek yang boleh anda cuba adalah PROJEK 5. Projek ini mensasarkan golongan yang terhimpit dan kesesakan wang utk membayar petrol tanpa mengira lokasi, bangsa atau agama.

Baca lanjut tentang Projek 5 di page rasmi mereka:  https://www.facebook.com/ProjekLima

Semoga kita semua beroleh kebaikan

Salam sayang,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment