Cara nak tahu jika ada orang GUNA gambar anak anda!

Assalamualaikum wbt

Oh, saya sangat tak boleh tunggu utk publish entri kali ni. Saya ingatkan boleh tunggu esok tapi nampaknya tak boleh. Sangat penting kepada semua ibubapa utk alert dengan perkara ni.

Pagi tadi saya terbaca tentang kes Harith Iskander yang dapat tahu gambar anaknya telah di upload didalam website lucah. Baca disini: Harith Iskander jijik gambar anak sendiri di laman web lucah

Seram okeh




You'll never know sekarang ni semua golongan ada. Pedophile merata-rata bahkan tak mustahil di kalangan kawan-kawan kita sendiri.

Saya juga tak terlepas dalam update gambar-gambar anak walaupun hanya utk tatapan friend list sahaja. kadang-kadang akan upload juga di blog. Huuuuu






Oleh sebab tu, saya pun check la cara nak tahu jika gambar anak kita ni ada di tempat lain yang tak sesuai (nau'zubillah)

Oh, anda perlukan PC or laptop utk buat semakan ini. Dekat hp tk boleh unfortunately :(

Langkah 1: Pegi ke website Google dengan taip www.google.com dan klik di perkataan Image kat bucu kanan skrin anda tu







Langkah 2: Klik icon kamera yang ada di sebelah bar carian 



Langkah 3: Anda boleh pilih utk letak URL gambar yang anda nak check tu atau upload gambar tu.


Langkah 4: Anda boleh tahu siapa yang pakai gambar tu. Macam saya, saya test dengan gambar anak-anak alhamdulillah, ok setakat ini (harapnya terus ok). Bila test gambar Monkey Socks tu sampai 22 results! Hohohoh.
Test gambar anak-anak. 1 result keluar. Blog sendiri. Fuhh
Monkey yang glamour dah. Waaaaa

Jadinya,

Marilah kita sama-sama lebih berhati-hati di masa akan datang
Terutamanya gambar-gambar tidak cukup kain seperti tgh mandi ke, anak pakai diaper aje ke atau anak dok terkangkang ke.

We never know you know

Fuh

I hope this helps. If you happen to see something unfavourable, tolong lah report pada polis ke, suruhanjaya multimedia dan sebanyak mana yang boleh di report supaya web-web ini dapat DILUPUSKAN!

Emo tapi peringatan ni penuh kasih sayang,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

14 comments:

  1. Ada di instagram groupies yang mengambil gambar kanaknkanak dan meletakkan caption jijik. Lupa hashtag apa. Ada sorg blogger omputih blogkan pasal ni. Lupa juga nama beliau. Tmkasih atas ingatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la
      its a scary world skrg.. ape pun tk boleh dah
      sokmo la kene hati2

      thanks juga for the info Fabulousnana

      Delete
  2. Oh..info yg sannngggaattt berguna.thanks ye salwa. =)

    ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tq for the info....serius scary

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome syasya.. yeap. scary to the max!

      Delete
  4. Scary betul dunia sekarang..thanks for sharing this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome.. yes, the bitter truth :(

      Delete
  5. Jazakillahu khayran for this info sis! Terbaik...boleh berhati-hati dgn gmbar yg kita upload. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kite kene selalu hati2 :)

      Delete
  6. Nak kena try satu-satu la ye Wa...Kami pun dah mula delete gambo-gambo budak-budak ni. Gambo Sofiy banyak kat blog.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. setakat yang tahu, mmg kene upload satu2 huhuhu :(

      Delete
  7. Good info sis. Cuma nak tambah skit. Actually kita boleh google image guna hp. Cuma perlu setting "request deskstop site". Then pilih image.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke sis? boleh saya cuba nnti di hp. terima kasih bgtahu! :D

      Delete