8 agenda WAHM berjaya

Assalamualaikum wbt

Harini saya nk kongsi beberapa nasihat daripada mentor bisnes saya untuk mereka yang ingin menjadi Working At Home Mother (WAHM). Ni panduan yang sangat penting walaupun nampak asas aje.



Saya juga telah olah mengikut pengalaman saya selama menjadi WAHM dalam tempoh 2 tahun.

1. Beritahu pada keluarga


Ni penting sebab kita kene dapatkan restu keluarga terutamanya pasangan. Pastikan mereka tahu kenapa dan apa yang boleh di perolehi bila kita jadi WAHM. Lagi satu pentingnya sebab kita perlu minta mereka berkerjasama dan memberi bantuan terutama dalam aspek kewangan, pengurusan masa dan sebagainya.

2. Set masa


Boleh buat jadual dan ikut ye! Ikut kesesuaian masa dan keperluan keluarga masing-masing sebab yang ini sangat berbeza. Tak boleh sama dengan org lain sebab ade yang anak dah sekolah, ade yang nak bersenam etc. So train diri ikut jadual dan train keluarga ikut jadual kita juga

3. To-do list dan Not To Do List


Senaraikan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan ape yang kita nak buat. Kadang-kadang kita tk sedar yang kita tertinggal perkara penting bila kita tk tulis. Tapi, t

4. Bangun Awal


Cuba bangun awal dan awal lagi. Setiap kali kita bangun awal dan extra awal, kita boleh guna membuat perkara yang extra dan tiada dalam jadual. Kan best tu? 5 minit ke atau 10 minit awal adalah sangat berharga

5. Bina blok tugasan


Sehari contohnya kita spent masa 1 jam utk buat laundry aje ke. Then 1 jam untuk masak sarapan dan lunch. 2 jam untuk layan customer dan berbisnes. Ni contoh aje lah. Then kita kene sesuaikan dengan to do list dan jadual kita tu. In sya Allah akan lebih teratur dan kita boleh la kreatif dgn membuat colour coding ke utk setiap tugasan tu

6. Letakkan keutamaan


Ape yang paling utama kita nk buat? Kalau tak penting dan tak payah buat pun takpe maknanya takde dalam list lah kan. Tapi kalau ade perkara yang kita nk settlekan tapi tatau yg mana satu, then utamakan yang paling memberi impak dan kesan maksimum. Makna kata kalau tak buat akan menjadi disaster contohnya masak. Kalau tak masak nanti semua org tk makan. Haa gitu lah

7. Ambil masa untuk berfikir


Ala-ala cermin diri juga lah. Kita fikir awal pagi pagi time bangun tu ape nak dicapai, ape nak di buat dan ape nak laksanakan dengan efektif. Bila kita dh pasang niat dan siap2 fikir, in sya Allah otak kita dah tahu apa tugas dia dan kita boleh cepat bertindak daripada keadaan biasa.

8. Muhasabah


Ni kalau dalam bahasa bese nya muhasabah diri lah. Ape yang kita dah buat seharian, ape yang kita dah capai, apa yang kita buat salah dan ape yang kita boleh betulkan lagi


Diharapkan panduan ini berguna dan dapat memberikan anda sedikit info. Jika anda berminat untuk sertai kami dalam bisnes Shaklee dan DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE , boleh la hubungi saya di talian 019-5558027 dan anda akan mendapat pelbagai keistimewaan.

Join PROJEK YES dengan pelbagai penjimatan dan keistimewaan yang sangat hebat khas utk masa yang terhad sahaja

Semoga berjaya!

Love,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

8 comments:

  1. Tips yang sangat bermanfaat sekali. Terima kasih kak salwa atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Glad that you like it

      Delete
  2. Tq salwa for the tips. To do list selalu tak buat..hehe
    Lepas ni kene disiplin lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome bizu. Tu lah, aku pun kdg2 lopong juge. hehehe

      Delete
  3. Perkongsian yang best.

    ReplyDelete
  4. Wah rasa semangat nak jadi WAHM ni.. Sangat bermanfaat... Time kasih atas perkongsian ni.. Tapi kan no 3 ayat mcm tak abis la...huhuhu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnaks, haah la baru sedar tergantung huuhuh. thanks inform. nanti akan dibetulkan in sya allah

      Delete