5 CIRI-CIRI pasangan dah kahwin lebih 5 tahun

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi waktu di dalam kereta timbul idea nak tulis entry ni. Puncanya? Haa nanti saya cerita kt bawah.

Kata org fasa 10 tahun pertama perkahwinan mmg la mencabar. Dengan masing-masing baru nk cuba mengukuhkan keadaan, kerjaya, nak kenal hati budi dan anak kecik yang berderet-deret yg perlukan perhatian.

Kan kan kan?


Jadi marilah kita Chill kejap. Tarik nafas. Entry ni khas utk golongan mcm kita. Oh pls, bukan kajian atau interview ape ke ye. Ni atas pengalaman sendiri aje.  Hehehe

Ciri-ciri 1: Telepati hati


Nak letak bicara sufi mcm over sgt la pulak kan. Tp biasa tak korang teringat kt pasangan pastu 2 saat lepas tu msg masuk atau dia call? Haaa, ada aura gituh. Ataupun kita baru nk call dia, Tup Tup dia plak yg call kita. Ni la jd pagi td. Saya baru nk call ckp dh otw nk amik, 1 saat terus msg dia sampai, ckp dh boleh amik... Mihmihmih

Ciri-ciri 2: Lagu dan irama


Pernah tak korang tgh nyanyi (dlm hati ) satu lagu tetiba 0.98 saat kemudian pasangan korang tetiba nyanyi atau humming lagu yang sama. Nak lagi best ala-ala romantik suweet kalau pasangan kita tu nyanyi sambungan lirik tu. Peghh..drama gila kan bunyik tp percayalah ni betul2 berlaku..

Tanda 3: Makanan

Korang nk makan something tp malas nak carik atau malas nk masak. Dok terbayang. Sekali pasangan ajak pi makan kedai makanan yg korang nk makan tu atau tetiba aje tapau makanan tu utk korang. .
Pernah tk? Pernah tk? So suweeet


Tanda 4: Mimik


Yg ni plg obvious la. Kalau dh 5 tahun ke atas kawen..mesti tau punye kalau mata dia ke kanan maksudnya die tkmo. Kalau tangan silang ke kiri dia tak kesah sangat. Or kalau dia pandang aje dh tau dh die tgh ckp 'whatever'. Tayah ckp ape pun. Sendiri tau. Gerak badan or tubuh pun kita dh boleh baca dah. Ape tu, kata orang kalau buang angin pun kita dah tau.. (keh keh keh)


Tanda 5: Carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga


Hahahhaa tau! tatau nk letak apa so peribahasa ni je la terfikir.  Maksudnya dh tkde la sibuk nk memujuk rayu bagai kalau bergaduh tu. Masing2 diam je. Kang sok lusa berbaik balik mcm bese. Atau pi beli or masak makanan yg di suka mcm kat atas tu. Or kang tetiba cerita pasal harga ikan dah naik kat kedai runcit depan rumah or tetiba tolong lipat kain lah.. 

Mesti ada punya...

Well, well

Apapun, selamat lah melayari rumah tangga dengan aman damai. Ni nasihat diri sendiri jugak. Kata orang kita ni makin lama makin serasi dan muka pun akan nampak macam iras.. saya setuju jugak lah sikit walaupun mcm tkde iras aje.. 

Obvious lah sape yg nampak lagi muda kan kan kan? hahahaha.. Iras tang spek mata tu. Ye la, dh 7 tahun kawen la kannn


Kalau korang ada nak tambah ciri-ciri lain, jemput lah ye.
Ruangan komen tu beso boleh tambah memacam

Sekian, (yang lapar)

ai is salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

8 comments:

  1. Hihi. Setuju.
    nnt tggu lps 10 thn pulak buat lg 1 entry. Kita tgk apa pula ciri2nya ya.

    selamat berbahagia utk salwa n suami. Semoga kekal chil n ceria selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la. kita panggil apa ha 10 tahun? jubli gangsa ke tembaga? :p

      Delete
  2. ha ha, setuju sangat dengan salwa.. fasa suka duka sedih pilu nak kenal hati budi memasing

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. dh kawen baru keluar semua... hihiihh

      Delete
  3. Memang tepat sekali apa yang Salwa tulis ni...all the best in your relationship and marriage!!

    ReplyDelete
  4. Hi salwa iera pon da sign up utk MAKNA tu.moga apa yg kita buat sedikit dapat bantu yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik..mcm tersalah entri je komen, entri satu lg kot ira? hahaha.. well good job dear!

      Delete