Assalamualaikum warah matullah
Hari ni mmg ade plan nk buat aktiviti dengan anak-anak. Waktu pegi Pesta Buku Antarabangsa haritu, saya ada beli satu buku ni dari ITBM, pasal play doh. Menarik bukunya, Nanti saya ulas.
Well,
Dalam tu ade banyak resepi dan cara membuat pelbagai play doh
Utk main, utk hiasan dan ade yang boleh makan.
So,
Saya decide nak try yang boleh dimakan ni. Saya tengok dia ala-ala bahan utk butter cookies cuma tepungnya lebih sikit dan portion nye pulak sikit. Sesuai la utk buat main dengan anak-anak dan boleh bakar serentak aje sebab dua trays aje kan.
Saya memang menyerahkan kuasa penuh kepada hero-hero ni untuk buat. Biar diorang rasa ade ownership dan rasa dipercayai. Ini penting utk bekalkan semangat dan self esteem utk anak-anak.
Tak gitu?
Okeh, berenti membebel kejap. Hehehehe
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan gula perang (nk pakai castor pun boleh)
- 1/2 cawan mentega
- 2 biji telur
- 2 1/2 cawan tepung
- 1 sudu makan serbuk penaik (baking powder)
- 1 sudu teh vanilla essence
So, kita tengok cara nk buat pulak.
Caranya
Step 1: Masukkan gula perang dan mentega ke dalam bekas adunan.
![]() |
I'jaaz menyukat dan memasukkan gula perang |
![]() |
Imran pula tukang sukat mentega |
Step 2: Masukkan telur dan pukul. Lepas seminit, masukkan vanilla essence
![]() |
Imran memukul semua bahan pada kelajuan sederhana |
Step 3: Masukkan tepung yang dh dicampur dgn baking powder tu sedikit demi sedikit.
So, kita mix sampai rata dan jadi macam gambar bawah ni. Lepas tu boleh asingkan kepada 3 bahagian atau beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kegemaran.
![]() |
Ini rupa doh selepas di pukul sama rata |
Step 4: Masukkan dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam.
Step 5: Ni rupa doh lepas dikeluarkan . Dah ready utk main
Step 6: MAIN-MAIN TIME!
Step 7: Bakar dalam oven selama 20 minit. Siap!
Maka boleh lah dimakan panas-panas. Tk membazir kerana lepas main boleh siap makan lagi,
Bukannya susah pun, ye dak?
Okeh.. selamat mencuba!
Satu percubaan yang menarik kerana dapat main dan makan. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteBtw, doh tak lembut @ keras sangat ke @ sukatan itu memang elok untuk dijadikan doh?
enjoy je ijaz & imran
ReplyDeletekak salwa balik rumah nie endang buat sama anak2 pula...
ReplyDeletedrng mmg suka nie main playdoh
siap cari sendiri dalam youtube...
kakak 5 tahun
adik 4 tahun dan adik lelaki 2 tahun lebih