DIY: Lego station

Assalamualaikum wbt

Cuti-cuti ni bukan semua yang dapat bercuti
Hehehehe

Jadi, kepada yang stay di rumah tu, boleh la ajak anak-anak cuba buat ni

LEGO STATION!



Kalau yang jenis suka Lego tu mesti akan suka
Sebab diorang punya Lego dah ada di satu tempat
Kita pun tkde la runsing bersepah-sepah sangat kan

So, 

JOM BUAT!


Mula-mula kene ada kotak
Macam saya, saya pakai 2 kotak besar dan 1 sederhana dan 2 kecil.
Yang besar dan sederhana tak sempat tangkap.

Yang ni saiz yang kecil

Dalam gambar tu ada 3 tapi saya pakai dua aje.

Kemudian kita perlukan alatan lain seperti dalam gambar di bawah ni. 


CARA NAK BUAT


1. Lekatkan dua kotak besar tu bersama. Lilit dengan tape banyak kali supaya kukuh. 
2. Kemudian cover dengan wrapping paper yang disukai
3. Gunting bahagian atas kotak sederhana dan kecik. Biarkan jadi lopong.
4. Wrap di bahagian tepi dan bawah. Kalau nk jimat, side yang 1 lagi tayah wrap sebab kita nak lekat ke kotak besar nanti.
5. Kemudian cantum dua kotak kecil. Lekatkan dibahagian kotak besar dengan tape yang agak kuat. kalau pakai masking tape aje tak berjaya
6. Lekatkan pula kotak sederhana di bahagian satu lagi.


SIAP!

Senang sangat kan?

Jangan tunggu lagi
Kos sangat murah
Hasil sangat cantik!

:)

Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment