5 jenis pekerjaan yang GOYANG KAKI tapi dapat DUIT

Assalamualaikum wbt

Lumrah manusia, suka pada kesenangan. Tak da orang dalam dunia ni yang berkehendak pada kesusahan.

Antara jalan nak senang adalah dengan mengumpul dan memiliki banyak harta
Sebab tu ramai yang melompat bila di tawarkan 'jalan' keuntungan dengan cara mudah

Lepas satu, satu lagi kes
Jalan cerita dan dialog yang sama. Cuma pengarah, lokasi dan watak berbeza
Itupun masih ramai Melayu yang mudah lupa




Namun, bagi tidak menghampakan golongan yang sangat inginkan kekayaan cepat dengan hanya goyang kaki sahaja, saya senaraikan pekerjaan yang boleh anda lakukan



PEKERJAAN 1: TUKANG JAHIT


Emak saya antara yang termasuk dalam golongan goyang kaki ni. Mesin jahit Singer antik warna hitam tu, mesti nak kene goyang kuat supaya berjalan lancar. Lagi-lagi time raya, makin banyak goyang kaki, makin lajulah tempahan dapat disiapkan dan banyaklah duit raya dapat.

Cuma sekarang moden sikit dah. Ade mesin pakai pedal. Tekan aje dah jalan dah.



PEKERJAAN 2: TUKANG TENUN SONGKET


Pernah tengok mesin buat songket yang tangan punya? Besar betul. Kalau tkde lah goyangan kaki yang seirama dengan tangan tu, tkde makna nya mesin tu nak berjalan. Songket tu pun tk dapat kepaduan dan kejituan yang sepatutnya.

Jadi, anda kene goyang kasik kuat punya supaya songket yang halus buatan dan jahitan benangnya terhasil!



PEKERJAAN 3: PESAWAH


Kaki perlu kuat bukan sahaja waktu bercucuk tanam, tapi waktu menuai. Padi yang dah di tuai akan di bawa ke kawasan lapang untuk di jemur. Selepas tu ada yang dipilih utk dijadikan benih. Ada juga yang di tumbuk dalam lesung untuk membuang kulitnya dan menjadikan padi tu kepada beras. 

So, skill menggoyang kaki di sini bukanlah ke kiri dan ke kanan tetapi ke atas dan ke bawah. Konsistensi akan terhasil bila dah terbiasa. Sambil menyembang pun boleh tumbuk padi tu. Cool kan?


PEKERJAAN 4: PENARI


Yang ni tayah explain. Semua tarian banyak pakai goyang kaki lagi-lagi dangdut. Dapat duit tapi hmmm hmmm cari kerja lain je la dik non.


PEKERJAAN 5: SID PRO


Yang ni paling best. Bukan setakat goyang kaki, kepala pun boleh bergoyang sama tau bila nak cari ilham nak update blog (mcm yg berlaku pada saya sekarang)

Semua tenaga, kepakaran dan ilmu bersatu nak pastikan pembaca suka apa kita tulis. Macam-macam kelas pegi. SEO la, copywriting lah, keyword la. E-book? berpuluh-puluh dah dibeli. Discussion pun panjang berjela sampai boleh buat laporan setebal buku 5 inci.

Kalau rajin dan banyak usahanya, maka banyaklah pendapatannya. Kalau bukak mulut nak promote pun malas, kirim salam je la. 13 tahun buat Shaklee pun tkde dapat bonus 4 angka deh...

Jadi?

Yang bulat tak datang bergolek
Yang pipih tak datang melayang

Usaha tangga kejayaan. Nak join kami? Boleh sangat. 
Klik je ni : JOIN AHLI SHAKLEE

See you soon in my team!




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

7 comments:

  1. Sedap je baca. tau-tau dah habis.

    ReplyDelete
  2. Efie:

    Comel macam cik puan efie juge :)

    ReplyDelete
  3. farah:

    seedap? mesti awk baca sambil goyang kaki nih.. heheheh

    ReplyDelete
  4. mama'snia:

    like u too three four! :D

    ReplyDelete
  5. hihihi..suka yg no 5 tu..no 1 kompom fail, x habis blaja dh muntah..hihi

    Rahsia Pulih Dengan Cepat Selepas Bersalin

    ReplyDelete