Assalamualaikum wbt
Kepada mereka yang dok terfikir lagi nak masak apa hari ni, boleh la baca entri ni dan masukkan dalam list utk di masak.
Hehehehe
10 jenis sayur dan buah ni sangat banyak khasiatnya dan boleh la di katakan ala-ala Superfoods
Kalau dapat latih anak dari kecik suka lagi bagus.
Jom kita tengok apekah 10 jenis itu:
1 - BROKOLI
Dipenuhi dengan pelbagai nutrien yang penting untuk tubuh badan dan yang paling bagus, memakan brokoli membantu tubuh anda mengeluarkan kompoun yang dapat melawan kanser!
2 - CENDAWAN
Ada banyak jenis cendawan yang boleh anda cuba (kecuali yang beracun lah ye) Cendawan adalah sayuran yang rendah kalori, dapat membantu melawan kanser, kaya dengan Niacin atau dikenali juga dengan nama vitamin B3 yang membantu mengawal paras kolestrol dalam darah kita.
3 - CILI
Pedas pedas pun banyak khasiatnya! Cili adalah sayur yang mempunyai sumber vitamin A, C dan E. Cili juga kaya dengan folate dan potasium, rendah sodium dan tidak mengandungi karbohidrat. Kajian sedang dilakukan ke atas cili kerana ianya di anggarkan boleh merawat penyakit athritis oleh kerana kandungan capsaicin didalam cili.
4 - KALE
Sayur yang menyerupai bak choy ini jika diambil sebanyak 3 cawan sehari boleh membekalkan 100% keperluan vitamin A, C dan K yang diperlukan tubuh anda. Kale juga mengandungi vitamin E dan manganese, iaitu mineral penting yang diperlukan untuk memproses makanan menjadi tenaga. Kale juga sangat kaya dengan protein
5 - BERI HITAM (BLUEBERRIES)
Kaya dengan pelbagai sumber seperti resveratol, cyanidins, quercetin, anthocyanins dan banyak lagi. Kesemua komponen ini membantu untuk menyahkan radikal bebas di dalam tubuh kita
6 - CERI
Kaya dengan 2 sumber antioksidan yang melindungi buah pinggang iaitu phytonutriens dan anthocyanins
7 - BUAH KIWI
Jangan tak tahu, buah kiwi berbulu ini kaya dengan vitamin C! Vitamin C adalah sangat penting untuk membantu buah pinggang anda untuk menyah toksik sisa yang tidak perlu didalam darah.
8 - BAYAM
Kaya dengan vitamin K,A C, B2 dan mineral manganese, folate dan zat besi. Kesemuanya boleh didapati didalam hanya seikat bayam!
9 - KENTANG
1 cawan kentang mengandungi 102 kalori, 436% Vitamin A, 37% vitamin C, 15% potasium dan 15% trytophan
10 - AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin B5. Menurut seorang biologist bernama George Mateljan, vitamin B5 membantu untuk memecahkan lemak. Selain itu terdapat juga satu lagi kajian yang mengatakan bahawa vitamin B5 dapat membantu menghilangkan jerawat!
Jadi, nanti kalau kita membeli di pasar tu boleh la juga beli sayuran dan buahan yang disebutkan di atas ini. Ianya dapat membantu kita melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan di samping memberikan khasiat yg sempurna
Selamat mencuba!
Love,
Brokoli fav sofiy
ReplyDeletecendawan fav umi
apa sayur fav cik wa?
Min Aina Ila Aina:
ReplyDeleteErrkkk
Susahnye nk jawap soklan tu
!