Salah ke buat persiapan raya?

Assalamualaikum wbt

Wah, lama tak buat tajuk suspen macam ni. Selalu asyik dok keluar fakta aje. Dah lama pulak rasa tak bercerita. Bukan cerita apa pun. saja- sembang santai dengan pembaca blog sendiri.

Rasanya saya perasan sejak setahun dua ni banyak pulak trend baru
Trend baru yang saya maksudkan ni banyak juga baiknya
Ramai yang lebih gemar bercerita perihal Ramadhan dan mengajak orang lain supaya berlumba utk beribadah bersama-sama

Baik betul tu
Dalam masa yang sama tak berapa nk sedap apabila dalam dok sibuk 'beribadah' tu, sempat juga memberi gambaran tidak baik (baca: memerli) orang yang membuat persiapan utk beraya.

Makanya adalah status yang lebih kurang ini bunyinya:

- Saya dan keluarga tak buat baju raya pun
- Kuih raya ni tak perlu sebab membazir
- Dah lama saya tak tukar apa2 dirumah utk raya
- Duit raya ini takde dalam ajaran islam. baik buat derma

Apa niat sang pemilik status-status ini, wallahu'alam
Moga dalam dia berasa wasothiah dan tidak membazir, dia terlepas dari perasaan riya'

Persoalannya,

Salah ke buat persiapan raya?




Saya cuba kupas dalam konteks sendiri saja. Bukan terer pun nk bawak dalil pung pang pung pang atau bagi hujah agama. Ini hanya dari kaca mata saya.

Adapun perihal baju raya, mmg sunatnya adalah memakai baju yang terbaik di pagi hari raya. Bukanlah baju terbaik itu perlu baru. tidak semestinya. Baju lama yang terbaik masih terbaik juga. Tapi, tak perlu kita pandang serong pada yang membeli baju raya. Pakaian ni adalah termasuk dari nafkah wajib. Ada ketua keluarga yang pada waktu inilah berusaha menjalankan tanggungjawab utk menunaikan nafkah wajib ini dengan membeli persalinan baru buat keluarganya. Diskaun ada, pilihan pun banyak, penjual pun ramai, jadi memang the best time of the year la! Abes, yang kita dok sakit hati dan mata kenapa? Cuma dalam membeli tu, tak perlu la sampai membazir, tidak menutup aurat atau berlebih-lebihan. :)

Kuih raya tujuannya utk dijamu pada tetamu yang datang atau ramai juga buat dan beli utk makan sendiri. Bukankah memuliakan tetamu itu satu perkara yang di utamakan didalam islam? Itulah caranya juga meraikan sesuai dengan suasana raya terutama jika tetamu tu dari kalangan orang luar. Kuih raya ni pun setiap negeri lain-lain caranya, boleh juga belajar budaya dan cara membuat. Bukan senang nk tgk sesetengah kueh raya ni muncul. Setahun sekali aje ade kadang tu.

Jika betul lansung tak mahu beli, maka terpulang tapi jangan pula menyindir orang yang membuat dan membeli kononnya habiskan masa dan tidak beribadah. Ibadah dia kita mana tahu, berbaik sangka sudahlah. Mungkin ibadahnya juga jauh lebih baik dari kita.

Saya juga hampir sakit perut dengan satu dakwaan kononnya duit raya ini adalah ditiru dari budaya Ang Pow orang Cina. makanya perlu di hapuskan kerana tiada dalam ajaran islam! Aduh, berat nanang ni. Bukankah sedekah yang paling mulia itu sedekah dikalangan ahli keluarga? Sedara mara, anak sepupu sepapat dan kebanyakan kanak-kanak memang akan rasa teruja dan seronok. Bukankah itu juga membawa pahala? Dan ramai juga yang tidak berkemampuan menggunakan duit raya sebagai belanja utk sekolah dan alatan, buat beli buku dan sebagainya. 

Bukankah anda telah membantu mereka? Soal diletak didalam sampul itu adalah kerana kita orang Melayu. Halus santunnya. Nak salam kerok pun pakai sampul. Biar tak nampak isi dalam. Boleh elakkan aib dan suburkan rasa memberi dan menerima seikhlas hati. Tak gitu?

Apapun akhirnya, letak kembali pada niat
Niat yang bagaimana utk sambutan hari raya
Bagi saya, selagi tidak berlebihan, adalah wajar dibuat seiringan dengan ibadah malam terakhir

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak team PROJEK RAYA kerana anda telah menyumbang utk mereka yang kurang berkemampuan! Moga persiapan raya mereka sedikit meriah dgn adanya baju raya dan sedikit duit raya!

:D




Jangan kita menembak orang kononnya tidak beribadah
Sedangkan amal dia lagi menggunung dan Allah terima semua!

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Love,


Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. 100% agreed, apa pun bergantung pada niat..yang penting bersederhana & ikut kemampuan masing2

    ReplyDelete
  2. Akak setuju, dik. Sederhana itu lebih bahagia.

    ReplyDelete
  3. Ni akibat status fb ni..buat persiapan raya dan beri duit raya utk anak-anak ni seronok, tumpang kegembiraan depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu le. raya ni lebihnya pada meraikan bebudak dan ahli keluarga, bukan utk berlebihan atau menunjuk pun

      Delete