Pecah paip vs. Pecah aib

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi suami saya bertanya, ada tak saya tengok video viral yang jadi sebutan ramai
Saya jawab, saya mmg tak mahu tengok
Sebab nanti dah tahu saya akan emosi dengan wanita tu

Jadi dari saya ber'energy' negatif, baik tak perlu tengok
Baca komen dari orang ramai pun dah boleh agak apa yang buat ramai sangat marah

Dan tentu juga saya sangat simpati dengan pakcik baik yang cool
Akhlaknya lebih Muslim dan dipuji ramai

Tapi

Terfikir juga dalam pada itu
Aib ini susah nak define
Tindakan dia tu mmg keterlaluan tapi Allah dh bayar cash pun kat dia
Bukan senang nak dapat kembali hidup normal dia lepas ni
Tapi bagi yang terlalu mengikut perasaan di dunia online, sampai terjah rumah, makihamun berbakul-bakul, buat page, buat troll, siasat latar belakang, bukankah itu keterlaluan juga?

Pernah tak kita terfikir dunia ini bulat dan mungkin satu hari kita juga jadi 'bahan'?

Mungkin kita tengah korek hidung dalam jem, ade orang tangkap gambar dan viralkan dengan tajuk " wanita bertudung tidak puasa dan sedap korek hidung"

Mungkin kita dah penat layan karenah anak-anak yang cranky dalam kereta dan kita pun marah mereka dalam masa yang sama ade pulak orang tangkap video dan upload dengan tajuk "ibu muda marah membabi buta di bulan puasa"

Mungkin kita sangat keletihan dan lupa bersahur sampai paras gula dibawah normal dan mata berpinar sampai lampu isyarat pun tk berapa nak jelas dah lalu terlanggar lampu merah dan di upload gambar kereta kita dengan sticker derma palestin dan plat kereta dengan caption "perjuangkan palestin tapi buta undang-undang"

Pernah tak terfikir?

Saya lansung tak bersetuju dengan tindakan wanita tu
Tapi tak setuju juga tindakan yang membuli di alam siber
Urusan itu serahkan pada mereka dan pihak berkuasa
Yang tangkap video pun boleh serahkan pada pihak berkuasa

Apapun, dah jadi pun mendanya
Elok kita sama-sama ambil iktibar dan banyakkan doa
" Ya Allah, jauhi kami dari aib kami sendiri dan tutuplah aib kami"


Psst: Isu paip pecah ni sebab dia pecah baik punya timing. Pandai betul lah dia. Walaupun rabak juga la poket tapi puas hati kerana ni kali kedua pekerja bangsa bumiputera yang saya amanahkan buat betul-betul kerja dia sampai habis dan teliti. Dari jam 11 pagi sampai 5 petang baru siap dan nampak macam yang serupa dengan mula-mula.



Syabas encik kerana amanah.

Pecah paip boleh ditutup
Pecah aib, doalah moga allah tutup juga dan orang lain beri kemaafan

Wallahu'alam

Love, 


Salwa












Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. bila kita tutup aib orang..mudah-mudahan aib kita ditutup.Insya Allah..

    ReplyDelete
  2. MuzZz:

    Aminnn..mudah mudahan

    ReplyDelete