10 FAKTA sebab ketidaksuburan LELAKI

Assalamualaikum wbt

Ramai lelaki yang merasakan mereka pahlawan yang menang dalam pertempuran jika berjaya mempunyai zuriat
Ada pula rasa ragu dengan kemampuan diri
Tak kurang yang merasakan itu semua bukan salah sendiri.

Soalnya

Berapa ramai suami yang mengambil tahu isu sekitar kesuburan mereka dan BERANI merendahkan ego untuk mendapatkan rawatan?

Jika anda tergolong dalam golongan ini, TAHNIAH!

Inilah langkah pertama yang perlu diambil. Ambil tahu kenapa suami jadi TIDAK SUBUR?


1) Masalah Sperma

Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum dan menyebabkan berlakunya ketidak suburan. Kegagalan mengeluarkan sperma atau sperma yang dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat sedikit menyebabkan sukar untuk mendapat peluang mensenyawakan sel telur.

Sperma yang tidak normal juga menyebabkan kesukaran untuk proses persenyawaan.





2) Air mani tidak dapat dipancarkan

Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) menyebabkan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air  mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis. Selain itu, masalah vas deferens tersumbat juga menyebabkan air mani tidak dapat disalurkan. Namun, ini dapat diatasi melalui pembedahan,  pengambilan ubat dan biopsi.

3) Masalah  genetik

Ini melibatkan kromosom, sista fibrosis atau masalah  sindrom auto-antibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang  perlu dimusnahkan. Masalah auto-antibodi ini kerap membabitkan lelaki yang  pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas  deferens terutama di kalangan lelaki Barat). 


4) Masalah hormon

Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah.  Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau supplemen yang boleh meningkatkan paras testeron di dalam badan seseorang



5) Gangguan seks

Masalah seks seperti mati pucuk atau ejakulasi awal adalah perkara yang biasa berlaku. Ini biasanya  disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, masalah tekanan  darah tinggi atau berlebihan kolesterol. 


6) Aktiviti berat yang keterlaluan

Sebagai contoh, senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan  menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu  keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.


7) Gaya hidup yang tidak sihat

Kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana  mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung. Selain itu ,pengambilan dadah, alkohol dan merokok adalkah perkara yang WAJIB dielakkan  jika mahu kekalkan kesuburan.




8) Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

Sesetengah pekerjaan yang melibatkan bahan kimia yang berlebihan atau pencemaran yang teruk boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki terutamanya jika terdedah pada tempoh yang lama


9) Diet harian


Makanan juga boleh mempengaruhi tahap kesuburan terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah,  lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang  boleh mengurangkan jumlah sperma.


10) Penyakit

Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat mampu menjejaskan tahap kesuburan.  Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh  mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Selain itu, rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh  itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya  menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.




Sekarang, kita sudah kenal pasti puncanya,


Jadi

CARA MENGATASI MASALAH INI?

Tingkatkan imuniti

Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.


Elakkan makanan ringan

Makanan ringan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti diet seimbang seperti yang diperlukan tubuh

Amalkan gaya hidup sihat

Jangan mengambil dadah, merokok dan mengambil minuman beralkohol bagi memastikan badan kita sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada ketidak suburan

Senaman yang sesuai

Amalkan senaman yg sesuai mengikut usia untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Elakkan Stress 

Individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.

Pengambilan supplemen

Membantu dalam memastikan nutrisi dan hormon sentiasa lengkap


Supplement Kesuburan Shaklee yang dicadangkan untuk LELAKI:

Berikut adalah senarai supplemen yang dicadangkan:




Zinc Complex penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

Vita E Complex dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Selain itu, antioksidan yang seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

CoQ Health Plus penting dalam kesuburan kerana koenzim Q10 membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma sekaligus meningkatkan kadar kesuburan. CoQ10 juga berupaya untuk meningkatkan kelajuan pergerakan sperma menuju ovum dan yang paling penting, CoQ10 boleh membantu mengurangkan peratusan sperma yang tidak normal.



Bagaimana cara mendapatkan set kesuburan lelaki ini?



Hubungi kami di talian 019-5558027 atau emailkan sebarang pertanyaan ke salwamohdsaleh@gmail.com

Setiap item didalam set ini tahan 2 hingga 4 bulan! Kos bagi set ini hanyalah RM306.75sahaja.

Kos pos laju ke Semenanjung Malaysia adalah RM6 dan Sabah/Sarawak/WP Labuan adalah RM8.

Setiap pembelian Set kesuburan Lelaki bersama salwasaleh.com anda akan layak menerima:
  1. Jadual pengambilan
  2. Cara pengambilan terbaik

Semua diatas adalah esklusif untuk pelanggan salwasaleh.com sahaja!

Hubungi kami segera!

Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment