Cerita kawan bukan Muslim saya

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya cerita ini adalah cerita tertangguh
Atau lebih tepat lagi, cerita yang beberapa rakan minta ceritakan tapi saya selalu kata, nanti saya tulis.

Ini berkisar hidup saya sebagai dagang dinegara orang
Sebelum tempoh itu, jujurnya saya tidak memiliki lansung kawan bukan Muslim.
Sekolah rendah di kawasan kecil dan kampung, dan menyambung persekolahan asrama di dua buah sekolah agama membataskan ruang saya dalam mengenali kawan yang bukan Islam.

Hanya setelah itu saya berpeluang
Dan kawan saya kerap bertanya;

"Macam mana dulu belajar kat sana?"
"Ramai tak kawan dengan bangsa asing?"
"Mereka anti-islam tak?"

Soalan yang biasa dapat, terutamanya kerana sewaktu saya menyambung pengajian di bumi Kiwi, kejadian 911 berlaku. Sedikit sebanyak, tempias akan terkena juga pada kami terutamanya pelajar perempuan yang berhijab.

Jadi, ini hanyalah salah satu bab cerita saya sewaktu 4 tahun tempoh menuntut di luar negara.
Hanya cerita peribadi 
Atau mungkin boleh jadi panduan sedikit buat adik-adik yang bakal menempuh pengalaman bersama.

p/s: Laptop sewaktu disana dicuri ketika rumah sewa dipecah masuk tahu 2007. Makanya sisa gmabar yang tinggal dan berjaya diselamatkan sangat minimal. Sob sob


HARI-HARI PERTAMA

Saya terbang ke bumi Auckland, New Zealand pada tarikh 10 Julai 2002 sewaktu umur saya belum mencecah 18 tahun kerana disana, tarikh rasmi dikira hanya setelah hari lahir.

Dan kerana sebab yang sama, saya dan seorang lagi rakan yang 'tidak cukup 18 tahun' wajib tinggal dirumah keluarga angkat. Batch kami yang pergi hanya 8 orang. Maka penaja memutuskan elok kesemuanya juga buat sementara waktu tinggal dengan keluarga angkat masing-masing.

Saya tinggal dengan keluarga berketurunan India Muslim.Hidayat dan Tasneem dengan seorang anak kecil mereka bernama Moiz. Selain adat dan makanan yang berbeza, tidak ada banyak yang perlu saya selarikan kerana mereka juga penganut agama Islam yang baik.

Kami berlapan memulakan pengajian peringkat Foundation (lebih kurang A Level) di NZ International College selama setahun. Oleh kerana batch kami adalah bayi tabung uji pertama dari syarikat minyak dan gas utama Malaysia, dan JPA pula sudah lama tidak menghantar pelajar tajaan selepas ekonomi gawat pada tahun 1998, makanya sahabat kami adalah kami sendiri berlapan, dua tiga orang pelajar tajaan 'PAMA' dan beberapa orang senior Malaysia yang bekerja disana. 

Saya berkawan dengan beberapa kawan bukan islam yang banyaknya datang dari Tanah Besar China dan sangat tidak tahu tentang agama Islam. Tapi dek kerana tekanan masa menghabiskan foundation dalam masa setahun ditambah pula dengan jadual padat, perbualan biasanya terhad hanya di kelas. Sedikit budaya dan perihal islam dan bumi Malaysia dapat saya sampaikan. Dan saya juga mendapat seorang kawan baik bernama Willa.


TAHUN PERTAMA UNIVERSITI

Dipendekkan cerita, setelah peperiksaan akhir dan kami lulus, kami berlapan diterima masuk ke Universiti of Auckland untuk pengajian sarjana muda seperti yang dimeterai dalam perjanjian dengan penaja. Alhamdulillah.

Dan setiap dari pada kami telah pun bersetuju dengan bidang yang ditawarkan seperti Accounting, Finance dan Economics. Namun utk fasa permulaan, dalam tahun satu, major masih belum ditentukan. Setiap pelajar yang mengambil Bachelor of Commerce (BCom) perlu mengambil beberapa subjek wajib tidak mengira major apa pun yang bakal dipilih nanti.

Secara umumnya kelas-kelas yang kami berlapan hadiri masih banyak persamaan dan kami masih menghabiskan banyak waktu bersama. Tahun pertama yang agak 'ringan' juga membolehkan kami merantau ke ceruk-ceruk negara menikmati keindahan bumi New Zealand dan menimba pengalaman.

Ni gambar dengan team bola Railway Campus. Saya bidan terjun yang tak reti pun, pakai sepak-sepak aje bola tu. Memula jadi defender pastu boleh pulak tukar jadi stricker.. hebat tak? Haaha

Saya mula berkawan dengan lebih ramai kawan Non Muslim di kelas lain seperti Paul yang sangat dedikasi dan tidak mahu ada anak kalau ditakdirkan berkahwin nanti (yang masih berhubung hingga sekarang), beberapa minah Saleh dari projek ekonomi, mamat Kiwi handsome bercakap laju dan bergaya bernama Crist yang selalu saya pinjamkan pembaris utk lukis graf di kelas ekonomi, Maylene gadis celup yang sangat teliti, Daniella gadis Maori yg smart dalam kelas comp Science tapi suka merendah diri, Beniffer dari India yang diam dalam projek tapi tidak puas hati bila markah sedikit, Sashi dari Sri Langka yang masih terikat dengan adat kuat keluarganya utk dipasangankan dan tidak boleh pilih sendiri suaminya, Brian dan girlfriendnya yang suka pinjam nota ComLaw saya sebab lecturer bercakap laju dan saya pula salin satu-satu walaupun pahamnya tak seberapa, kawan-kawan indonesia dari kelas economy untuk bincang assignment yang kebanyakannya akhirnya jadi gossip dua negara atau si panjang lonjong yang saya lupa namanya dan tak sudah sudah minta copy nasyid ke thumb drive miliknya. Kata dia suara Raihan, Rabbani , Hijjaz dan lainnya tenang dan sedap didengar walaupun sepatah lansung dia tak paham senikatanya. World music and it's art hujah beliau.

Ini kawan study group, kawan yang sama sejak Foundation. Ya, saya tau saya nampak sangat kurus...


Mereka ini mewarnai dunia saya tapi sekadar kawan yang saya ceritakan islam secara basic. mereka hormat dan faham jika saya ada waktu yang tertentu untuk berjumpa atau saya tolak ajakan mereka untuk merasa masakan. Tidak ada masalah wujud. 

Nak rasa juge masakan Melayu. jadilah, dari Chef amatur bernama salwa. yang tudung kelabu tu roomate saya, Roe

Sesekali saya jemput beberapa yang agak rapat untuk ke asrama, dan ada yang saya pernah masakkan lauk pauk Melayu dan pakaikan baju kurung supaya dpt la mereka tahu sedikit sebanyak tentang agama, adat dan budaya kita.


TAHUN KEDUA DAN KETIGA UNIVERSITI

Ini adalah fasa dimana setiap pelajar mula memfokuskan kepada major masing-masing. Pada ketika ini mereka seharusnya sudah tahu apakah major yang bakal diambil dan mula menyusun jadual dan subjek mengikut keperluan dalam major masing-masing. Contohnya jika berminat dengan major didalam Accounting, maka berderetlah subjek Accounting yang perlu di ambil dan di 'lulus'kan dalam tempoh 2 tahun supaya layak bergelar major didalam Accounting. Bukan setakat itu sahaja, mata kredit setiap subjek diambil kira dan perlu melengkapkan jumlah kredit minima supaya boleh tamat pengajian.

Waktu ini saya mengambil satu keputusan yang diluar jangkaan (hatta jangkaan saya sendiri). Ramai orang akan menggabungkan major yang seiringan untuk membolehkan mereka memperolehi double major (ini tidak berlaku di Malaysia pada masa itu, dan mungkin masih tidak berlaku sekarang, saya kurang pasti). Double major adalah tiket yang besar untuk memasarkan diri di dalam ruang lingkup pekerjaan disini. Oleh itu adalah normal jika sebilangan pelajar memilih menggabungkan jurusan Accounting dan Finance atau Economics dan Finance untuk mendapatkan double major kerana jurusan ini berkait rapat dan terdapat subjek yang bersilang (diperlukan kedua-dua major).

Dan saya seperti selalu, suka menjadi makhluk tidak normal.

Walaupun kapasiti saya hanya pelajar biasa dan tidak genius lansung, apa entah angin kus-kus yang datang merasuk, saya membuat keputusan untuk double major didalam dua bidang yang lansung tidak ada titik pertemuan. Saya memeterai janji dengan penaja utk jurusan Ekonomi, tapi dalam masa yang sama saya sangat berminat dengan jurusan Information System yang ditawarkan disini. Selepas perbincangan dengan penaja, mereka bersetuju tapi dengan 1 syarat, saya perlu habiskan kedua-duanya dalam tempoh yang sama. Tidak ada masa tambahan diberikan!

Walaupun saya ragu, tapi saya iya kan juga atas dasar minat. (huhuhuhuh)
Maka bermula lah hidup saya sebagai zombi bandar auckland 

Dan bermula dari sinilah saya mengumpul banyak kawan bukan islam
Kerana saya satu-satunya pelajar malaysia yang mengambil major Info System. Dan mungkin ada muslim lain tapi hanya saya yang berhijab jadi saya dikenali sebagai 'Malaysian Muslim Girl'

Bukan sahaja kelas yang banyak dan lab (utk Info System), malah kadang kala kelasnya bertindih dan hendak tak hendak saya perlu ponteng salah satu dari kelas untuk menghadiri kelas yang satu lagi.
Oh, macam la pandai sangat kan? 

Selalunya saya pilih untuk ponteng kelas economics (oh maaf ye penaja) Sebab satu kerana status saya sebagai 'Malaysian Muslim Girl' yang kalau tak datang semua orang pun tahu saya ponteng dan sebab kedua, sebab saya mmg lebih minat dengan Info System.

Pernah sekali, kad ID saya tercicir di bangunan Info System dan tidak sampai beberapa jam sudah berjaya temui kembali. Itulah untungnya jadi 'Malaysian Muslim Girl'. Satu bangunan kenal!

Dan disini, kerana Information System adalah berlainan di Malaysia, hanya tidak sampai 50 orang jika seingat saya yang akhirnya major didalam jurusan ini. Kami diberi 3 lab khas utk kegunaan kami sahaja (dalam erti kata lain, setiap pelajar ada PC peribadi di lab sendiri) dan pelbagai keistimewaan lain. 

Kami diberi setiap seorang tablet HP utk diuji pakai pada semenjak tahun 2004 kerana tablet adalah ganjil ketika itu. Kami kerap diberi peluang untuk menguji software baru dan memberi maklum balas kepada pengeluar jika terdapat 'bugs' yang mencacatkan produk. Kerap juga dijemput utk menghadiri taklimat produk baru dan merasa mendapat goodies yang canggih belaka.

Contohnya pada tahun 2005 kami diberi 'tugas' mencuba Windows 2010 (ya, saya tidak berjenaka) dan memberi maklum balas. Dan kami juga pernah mencuba VB.Net beberapa bulan sebelum offical launcing diadakan. Begitulah istimewanya menjadi pelajar Info System disana.

Seperti yang saya ceritakan tadi, dalam jurusan Info System, oleh kerana lab ada 3, maka wujud 3 puak yang menakluk setiap lab. Didalam 'puak' saya, terdapat dalam 15 orang yang berkampung di lab yang sama setiap hari. Beberapa diantara kami tidak mengambil masa yang lama untuk mesra.


  • Clarissa yang lahir di Filipina tapi dh lama jadi warga Nz
  • Auw Tin BFF Clarissa yang tk boleh berenggang mcm magnet
  • Justin, mamat ada sikit keturunan Fiji/Samoa tapi muka hensem mcm yg OZ idol tu
  • Chriss, Kiwi yg metrosexual dan pandai bakie carrot cake dan anak orang kaya
  • Diana, Kiwi accent tak boleh tahan yang percaya perkahwinan adalah satu investment
  • Brian, asal Cina tapi lama dh di NZ yang asyik kalut setiap kali dateline
  • George, dari German yang diam-diam ubi berisi dan jd pair saya utk projek database
  • Ryan dari Cina yang lagi banyak angguk daripada bercakap


Kami buat kerja, belajar, makan, tidur di lab yang sama.
Lab jadi rumah pertama 
Terutamanya lepas memasuki tahun ketiga, biasanya kami 'pulang' ke rumah kedua jam 2 atau 3 pagi.

Saya akan berada di kampus seawal jam 7 pagi. 
Itulah rutin harian menjadi zombi.

Pada permulaannya mereka pelik, kejap-kejap karang saya kata nk keluar lab
Sehari jadi 3 4 kali.
Mereka mula bertanya, kenapa saya rushing keluar

" I want to perform prayer"

Berapa kali sehari?
Memang kena buat hari-hari ke?
Solat kene buat sampai bila-bila (baca: sampai mati) ke?
Start bila kene solat?
Macam mana korang solat?
Ade software tak utk tau bila kene solat?
Kalau winter kene solat jugak ke?
Kalau tk solat jadi ape?
Kalau tertinggal solat nk buat mcm mana?
Kalau sakit mcm mana?
Kalau perang kene solat jugak ke?
Kenapa ade jugak kawan Muslim aku tak solat pun?

Yeap
Sebab diorang banyak masa nak tanya dan observe, makanya bertan tan lah soalan saya dapat. Yang tu baru bab solat tuh.

Makanya saya pun buat bulatan gembira versi sendiri
Beramai-ramai la dengan kerusi lab masing-masing dengar saya bercerita
Terangguk-angguk lah si Ryan
Meloponglah George
Si Clarissa melihat tudung saya

Di akhir seisi 'bulatan gembira' seronok la mereka kerana dah paham konsep solat dalam Islam.

"You need specific place to perform the prayer?
"No. as long as the place is clean and not obstructing people's way"
"then you don't have to get out from the lab, just perform it here!"


Yeap.
Saya akhirnya solat di penjuru lab tanpa ada pun mata kekok yang memerhati.
Bukan itu sahaja, saya install program Azan di PC saya untuk mudahkan urusan.
Bila Azan berbunyi, semua tahu saya kene solat dan bagus utk saya sebab saya pun solat di awal waktu!

yang tak tahan bila 'sahabat baik' datang setiap bulan.
Oleh kerana Azan dh jadi perkara biasa dan bergema di lab, makanya ada la insan-insan prihatin macam Brian yang akan menegur

"Salwa, it's time to pray!"

Satu kerja plak lagi nk explain pasal kondisi yang tidak memerlukan kita orang perempuan ni solat.
Hohohohoohho.

Tapi, prihatin kan mereka??


Dalam isu makanan, sebut apa aje yang mereka ni tak makan. Semuanya dimakan. Dan kerap ajakan mereka untuk keluar atau rasa makanan saya tolak.

Dan saya firm dengan tindakan tersebut. Banyak lagi pertanyaan....

Saya pinjamkan buku karanan Dr Zakir Naik tentang itu. Ada pendapat yang menyentuh tentang babi yang mereka tidak persetujui dan saya hormat mereka kerana pendirian itu. Kita pun bukan ada kepakaran nak debat secara saintifik. dalil Quran kita boleh la pakai tapi adakah mereka boleh terima?

Jadi, kami sepakat utk hormat menghormati pendirian ttg isu makan ini.

Dan lepas itu, mereka mula tidak membawa encik idung panjang ke dalam lab. Sebolehnya mereka makan diluar sahaja. Kalau minta tapau, mereka tahu kedai halal yang saya sebut. Hanya tin kopi dan energy drink yang bersepah di lab (wpon lab actually tk boleh pun bawak makanan dan minuman tapi dh jd umah, nk buat mcm mana)

Hatta, hingga mereka adakan 'jamuan suprise' sempena hari perpisahan saya nk balik Malaysia pun mereka pilih Restoran Halal. Masing-masing dok kumpul duit beli hadiah dan book restoran dan cuba menu yang sama. 

Ah, so sweet

Sangat mudah dan sangat seronok kerana mereka faham Islam. Mereka hormat dan mereka raikan.

Bila tiba bulan puasa, mereka terkejut sekali lagi bila saya menerangkan konsep puasa.
bagi mereka, tidak terjangkau dek akal tak makan tak minum tak smoke tak tuuuut dalam masa 13 jam atau 18 jam ketika musim panas.

Gila apa?

Saya cakap tak gila dan tak mati pun.
Ok aje. In fact bagus utk kesihatan

Dan saya tak minta lansung mereka hormat saya berpuasa. Tapi mereka sendiri buat dengan makan curi-curi dan sorok-sorok di belakang lab. Saya cakap tak perlu, saya dah besar. Tapi mereka masih buat kerana rasa hormat.

Sob sob sob


Tapi
tapi

ada satu bulatan gembira yang paling saya rasa significant

Saya tak ingat exactly siapa yang memulakan, tapi ianya berkaitan Al-Quran
kata dia, kitab ni semua rekaan
Utk orang amik kesempatan

Oh, saya mau meloncat dari kerusi.

maka assignment terhenti, projek pun dibiar sepi,
semua dah pakat buat bulatan kerusi lagi

Kali ni lebih kearah bincang, bukan hanya saya menerangkan.
Akhir perbincangan, walaupun berdas-das tembakan dilepaskan, saya bangga keluar dalam keadaan masih 'hidup' mempertahankan kesucian dan mukjizat al-quran.
Mereka boleh katakan begitu pada kitab lain dan agama lain tapi bukan pada Al-Quran.

Dan saya tahu mereka faham itu dan isu ini tidak pernah lagi timbul.


BEKERJA

Di syarikat tempat saya berkerja yang ditakdirkan di dalam Unit Antarabangsa, mmg banyaklah kawan bukan Muslim. Tapi kerana saya di Malaysia dan mereka pun faham dan hormat tentang agama dan adat budaya, tidak ada apa yang signifikan untuk saya ceritakan.

Semuanya berlansung dengan baik
Atau mungkin kerana saya mmg dapat rakan-rakan yang sangat baik.
Atau mereka sudah biasa dan tahu tentang solat, puasa dan sebagainya
walaupun saya yakin tidak ramai dari mereka yang betul-betul tahu dan takut untuk bertanya sedangkan kita pula malas untuk menerangkan.


APA YANG CUBA SAYA KATAKAN?


Walau dimana kita berada, kita lah yang menentukan bagaimana Islam itu dipandang
Kita yang bawa jati diri itu
Jika kita puasa, solat, jaga hukum hakam, kita bawa imej sebagai Muslim
Mereka yang pandang kita akan tertanya-tanya tapi pasti akan hormat dengan pendirian kita

Tapi jika kita yang kononnya 'tolak ansur', 'adapt to situation' dan merelakan diri jadi mat atau minah saleh celup dan tinggalkan hukum hakam agama, jangan pula kita salahkan mereka kononnya terpengaruh.

Kita adalah diri kita sendiri


Walaupun dalam setandan pisang, bukan semuanya elok, tapi majoriti adalah baik dan boleh menerima dan diterima.
Saya pernah dibaling telur, di punch di bahu, jubah di selak di tepi lampu isyarat jalan raya tapi peristiwa terpencil ini tidak sekalipun menggugat dan menyebabkan saya rasa prejudis pada mereka yang bukan Muslim.

Jadi, itulah cerita saya
Panjang
Ntah ada manfaat ntah tidak

Tapi saya dah tunaikan janji untuk bercerita

:)

Love,

Salwa





Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. Thanx salwa.. ko jarang citer psl life ko kat blog nih... hehe..

    ReplyDelete