Resepi rendang cik kak salwa

Assalamualaikum wbt

Semalam ceritanya saya mengidam nk makan rendang ayam
Tapi rendang buatan sendiri

Yang kat kedai punya tk sedap sangat lah.
Nak makan yang mak punye jauh sangat nk balik
Yang mak mertua punye pulak segan nk mintak

Jadi, penyelesaiannye?

Masak sendiri la!

Disebabkan faktor pergerakan yang lembap sedikit sekarang, masanya makin lama la diamik.
Dekat 1 lebih baru siap tapi puas hati
2 pinggan nasi abes tau (oh, buruk laku betul)

Sebelum makan tu, seperti kelakuan remaja sekarang, saya pun cuba la menangkap gambar utk dimuat naik kat IG dan FB. Group whatsapp juga menjadi mangsa tayangan iklan rendang percuma.

Dah tu, ade pulak ramai yang tanye resepi (lebih dari 2 tu kalau dalam bahasa arab dah jamak, bahasa omputih dah plural, so ramai la kan)

Walaupun saya ni tak la terer masak, tapi demi memenuhi permintaan kengkawan, maka di share la resepi rendang cik kak salwa ni utk cubaan anda semua ye. Resepi ni pun dari sorang ofismate dulu, tapi saya dh modified sikit ikut tekak sendiri. Hehehehe.





















BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam (ktrg 2 org je, setengah ekor ayam pun banyak dh)
  • seulas bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • seinci lengkuas
  • seinci halia
  • seinci ibu kunyit
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 400ml santan
  • 3 sudu makan cili blend (cili boh pun ok)
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa


CARA NAK BUAT:


  1. Bersihkan ayam ygt dh potong kecik-kecik. Tos kejap. 
  2. Lepas tu tumbuk ibu kunyit, lumurkan seluruh ayam
  3. Amik kerisik dan sebatang serai yang dh dipotong nipis-nipis, lumurkan juga kat seluruh ayam hingga sebati. Letak tepi
  4. Blend bawang, cili merah, cili hijau, lengkuas, halia dan sebatang serai
  5. Panaskan kuali suhu sederhana dengan minyak masak
  6. Tumis cili blend selama 5 minit
  7. Tuang bahan yang di blend dan tumis hingga naik bau dan masak (dalam 10 minit)
  8. Tuangkan ayam dan gaul sebati selama 5 minit
  9. Tuangkan santan
  10. Gaul hingga mendidih dan letak garam
  11. Letak daun kunyit yang dah dihiris nipis-nipis
  12. teruskan gaul sekali sekala utk elakkan hangit
  13. Rendang siap bila dah pecah minyak dan kuahnya pekat


Senang je kan? Cuma lama je la. Besenye dalam sejam lebih gitu.
Tapi mmg berbaloi you!

Apa lagi, try la utk memikat hati encik suami atau mertua anda
Hehehehe


Selamat mencuba!

Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment