Rahsia ceraikan susu badan tanpa apa-apa bahan (weaning off naturally)

Assalamualaikum wbt

Ibu yang menyusukan mesti sesak nafas dan dada bila anak dah capai usia 2 tahun dan ke atas tapi masih 'mengempeng' dan mahu disusukan terutama di waktu tidur.

Saya pun pernah mengalaminya.
Kali pertama sewaktu anak pertama saya Imran mencapai usia 2 tahun.




















Sebelum proses ceraikan susu bermula, saya mengorek rahsia ibu lain yang telah berjaya
Macam-macam juga cara diorang buat

Ada yang taruk inai
Ada yang letak asam jawa
Ada letak garam
Ada letak pewarna merah bagi nampak macam darah
Letak ubat gigi pun ada!

Cerita tentang tantrum yang dilemparkan jangan cakap la.
Macam-macam versi.





















Lepas letak gambar dan caption hari tu, beberapa orang ibu minta saya kongsikan petua dan rahsia saya berjaya wean off kedua-dua hero saya hanya dengan menggunakan perkataan dan sentuhan.

Dalam erti kata lain, saya tak gunakan apa-apa bahan!

Alhamdulillah, dengan Imran mungkin kerana adiknya lahir sewaktu usia nya 2 tahun, proses penceraian susu berlaku semulajadi.


1. ULANG DENGAN KERAP MESEJ YANG KITA NAK SAMPAIKAN

Saya katakan, Imran sudah besar da jadi abang.
Adik perlukan nenen sekarang.
Imran boleh makan dan adik hanya boleh nenen.

Saya ulang dan ulang dan ulang lagi
Hanya kurang dari tempoh 2 minggu, Imran berhenti sendiri.


2. SENTUHAN DAN BELAIAN

Seperti Imran yang diusap-usap kepalanya ketika saya sampaikan 'mesej bermakna', begitu juga dengan I'jaaz. Bezanya, lebih sukar kerana I'jaaz belum dapat adik lagi (Emaknya sedang hamil) dan usianya dah hampir mencecah 3 tahun nanti.

Mesej yang saya cuba sampaikan hampir serupa.
I'jaaz bakal jadi abang
I'jaaz dah besar
Dalam perut Emak ada baby

Cabaran paling besar adalah ketika I'jaaz hendak tidur, terjaga dari tidur dan dalam keadaan 'mamai'. Mereka tk boleh absorb perkataan dan akan mengamuk dengan hebat dan dasyat sekali.

Jadi, saya peluk I'jaaz dan akan ulang balik mesej yg sama dan pastikan dia kembali tidur dengan mengusap muka, rambut, dan badannya.


3. PSIKOLOGI BERPANJANGAN

Untuk pastikan dia faham dan yakin dia dah besar dan dewasa, boleh juga sertakan usapan dan pujukan dengan tindakan susulan.

Saya ajar I'jaaz utk letakkan kepala di perut saya dan berkata
"Ade baby"
"I'jaaz dah besar"
"I'jaaz abang"

Ayat-ayat ini I'jaaz akan ulang setiap kali minta utk disusukan. Memang mencabar pada mulanya kerana I'jaaz akan tetap cuba dapatkan tapi kita harus tegas dan 'layan' tangisan, jeritan, dan tendangan mereka.

Jika anda tidak hamil, gunakan ayat positif lain seperti
"Orang dewasa dah tak menyusu"
"Upin ipin pun tak menyusu, cuba tengok"

Gunakan kreativiti anda utk mencipta ayat yang boleh difahami anak anda

Sewaktu saya menulis ni, hampir sebulan proses ini berlaku dan masih bertahan. I'jaaz masih kadangkala 'out of the blue' minta disusukan, dan saya hanya perlu respon seperti biasa dan I'jaaz hanya akan senyum


4. KEKUATAN MENTAL IBU

Seperti yang saya katakan, proses ini tidak mudah
Malah ramai ibu yang kecundang dek kerana tidak tahan dengan tangisan dan tantrum anak
Bukan sehari, bukan 2 hari

Bukan juga masalah ;

"anak kau boleh lah"
"kau tengah hamil, die faham lah"
"anak aku teruk mengamuk nya"

Jika anda fikir seperti itu, itulah jadinya
Konsep Law of Attraction

Jika hendakkan sesuatu...
Maka, berhati waja lah!

Keraskan hati, ini utk kebaikan dia dan anda
Jika anda masih ragu-ragu utk hentikan penyusuan, tunggu hingga anda benar-benar yakin dan teruskan sampai berjaya jika sudah tekad




Saya harap tips ini dapat membantu anda
Saya suka kerana saya memilih untuk tidak meletakkan apa-apa bahan
walaupun saya amik masa yang lama, tapi saya puas hati dengan hasilnya

Kata orang,

Biar lambat asal selamat!

:)

Jika anda risau khasiat anak anda selepas wean off susu, mungkin video selingan ni dapat membantu.

Ini adalah pengalaman dua orang ibu yang yg anaknya sering sakit di nursery.






Selamat mencuba!

Love,










Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. anak sy skrg 1y 8m...niat mmg nak nyusu sehingga 2tahun..tp skrg ni sjk sebulan lepas, nenen sy jadi menggelupas teruk + luka...letak vaseline, ok skjp..klo sy bg lagi ank isap, dia akan menggelupas balik..so sy pk, adakah smpi cni je rezeki anak sy? tp anak sy kalo dia tido dan terjga, dia mmg cri nenen...sy penah cuba xbg dia isap...sy cme pujuk dia utk tdo kembali..menjadi la jugak utk 2,3x tp ad jugak time dia x mkn pujuk..time x mkn pujuk tu lah sy tewas..last2 sy bg balik dia isap..sy cume risau gelupas sy tu xkan elok selagi dia menyusu....mcm mn nk buat ye?? perlu ke sy wean off dia skrg? Sedih plak rasa sbb lom smpi 2tahun

    ReplyDelete
  2. Anak sulung sy agak mudah nak wean off sbb dpt adik masa umur nya 2thn 1bln... ;) just nice. (nyusu lg ms sy pregnantkan adik).

    yg kedua ni, maknya kena lebih cekal! ;) tq salwa for sharing

    ReplyDelete
  3. doakan saya berjaya wean off jugan bulan depan cukup 2 tahun. Sekarang saya dah mula bercakap dah tak boleh susu mama dah.

    ReplyDelete