Cara membuat homemade rainbow sand

Assalamualaikum wbt
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba sehari dua lagi, tentu ada emak emak yang nak luangkan masa bersama anak mereka utk aktiviti bersama.

Harini saya nak berkongsi cara membuat homemade rainbow sand yang sangat mudah dan boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja dengan bahan yang sangat senang didapati di dapur kita.


Ok, Jom kita tgk bahan-bahannya:

1) Zip lock bag yang bersaiz sederhana. Saya punya special edition sikit sebab ada hanger di bahagian atas. Ni kalau nak tahu kene pm hehehe


2) Garam kasar. Boleh gunakan apa jenama sekalipun




3) Pewarna makanan. Oil based atau water based. 



Mudah kan?
Sangat minimal.

Sekarang kita tgk caranya. 
1) masukkan garam kasar ke dalam beberapa zip lock bag. 


2) titiskan beberapa titis pewarna makanan ke dalam zip lock bag



3) tutup zip lock bag dengan rapat dan goncangkan. Setelah itu urut perlahan setiap kawasan zip lock bag utk memastikan pewarna sekata dan mengenai semua garam


4) buka zip log back dan keringkan dengan cara mengudara kan garam tersebut selama sekurang kurang nya 6 jam



5) siap dan sedia untuk digunakan! 

Semoga tips ini membantu anda untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif bersama anak anak anda

In sya allah saya akan kongsi kan antara aktiviti yang kami lakukan bersama dengan homemade rainbow sand ini

Selamat mencuba!

Love, 

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. ohhoo guna garam!
    kemain berahsia dalam whatsapp group tadi..hihi.
    thanks salwa!

    ReplyDelete
  2. Hehehehe

    Saje je nk kasik suprise
    :D

    ReplyDelete
  3. tak melekit2 ke salwa bila pgg

    ReplyDelete
  4. Tak melekit sbb kita dah udarakan utk keringkan garam tu

    Makin lama di udarakan makin seroi la pasir tuh.

    Batch kedua yang saya buat arituh sampai skrg tk tutup2 dan makin best bila pakai

    :D

    ReplyDelete