Resepi oat cheesekut dengan Meal Shake

Assalamualaikum wbt



Sejak musim cheesekut melanda, ramai kawan-kawan saya yang dok tayang gambar cheesekut mereka.
Dalam hati ada juga rasa nak cuba

Jadi saya pun cuba la
Tengok macam-macam resepi dok ada
Pakai oreo la, pakai nestum la, pakai milo la.

Jadi saya decide nk pakai bahan yang lain sikit
Maka terhasillah...

OAT CHEESEKUT WITH MEAL SHAKE




























Sedap tau ni (sesekali puji diri sendiri, for self-esteem hehehehe)

Jadi kita tengok sikit camne la nk buatnya


Bahan-bahan:



  • 250 gram cream cheese (jenama yg saya pakai Tartura)
  • Sebungkus biskut kering atau cream crackers panggilan omputih nya
  • Suku tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh pakai separuh tin)
  • Setengah cawan susu full cream
  • 2 cawan oat sedia dimakan (saya pakai instant oat dari Quacker Oat)
  • Satu sudu makan Meal Shake dari Shaklee
  • Satu sudu makan Vico sebagai hiasan



Peralatan:



  • Mixer atau blender
  • Mangkuk
  • Sudu/Spatula
  • Loyang
  • Kertas baking paper



Cara penyediaan:

Langkah 1: Lapik loyang anda dengan kertas baking paper. Ini akan memudahkan anda untuk mengeluarkan cheesekut setelah keras nanti dan memudahkan urusan untuk pemotongan. Sangat disarankan pakai loyang yang berbentuk empat segi

Langkah 2: Blend cream cheese bersama susu pekat manis. Kemudian tambahkan susu full cream dan Meal Shake. Blend sehingga sebati. Boleh juga menggunakan mixer.

Langkah 3: Tuangkan sedikit susu full cream ke dalam mangkuk. Celup biskut kering ke dalam susu dan susun di atas loyang. Jangan rendam biskut kerana biskut akan jadi lembik. Hanya celup sebentar sahaja.

Langkah 4: Setelah selesai satu lapisan biskut, tuang cream cheese yang di blend tadi keatasnya dan ratakan dengan menggunakan sudu atau spatula.

Langkah 5: Taburkan oat ke atas permukaan cream cheese. Tabur hingga sekata

Langkah 6: Ulang kembali langkah 3, 4 dan 5 secara berturutan sehingga cream cheese dan oat habis digunakan. Mungkin akan terdapat lebihan biskut bergantung kepada jenis loyang yang anda gunakan dan ketebalan cheese di setiap lapisan

Langkah 7: Masukkan di dalam peti ais semalaman.

Langkah 8: Setelah keras, potong mengikut kesesuaian dan selera anda.

Sedia untuk dimakan!





Inilah hasilnya. Ketebalan lapisan cheesekut bergantung kepada jenis loyang yg digunakan. Saya menggunakan loyang yang agak lebar, jadi hanya 3 lapisan yang dapat diletakkan.

Apapun, ini adalah resepi yang mudah, sedap dan ringkas untuk di sediakan

Selamat mencuba!

Love,

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment