Tips jimatkan air: Mandikan 2 orang anak dengan air kurang sebaldi

Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ni saya nampak ramai kawan-kawan saya menyuarakan rasa kegundahan akibat catuan air yang telah berlansung lebih sebulan.

Tentulah banyak kesukaran yang dihadapi terutama yang duduk di flat, apartment atau kondominium yang terpaksa mengangkut air dari bawah ke atas.


Kawasan saya tidak terkena catuan air 
Saya ada juga menyimpan sedikit air sebagai persediaan tapi belum pernah digunakan

Walaupun begitu, saya sudah praktikkan cara mandi yang bersih dan menjimatkan ini utk diri saya sendiri dan 2 orang anak saya.

Mungkin bagus jika saya kongsikan kerana ramai berpendapat utk mandi dengan bersih, air yang diguna mestilah dalam kuantiti yang banyak.

Salah!

Mari saya ceritakan bagaimana

Bahan-bahan

- Satu bekas kecil seperti mangkuk plastik 
- Satu baldi air saiz sederhana


Seperti gambar dibawah, saiz mangkuk yang kecil membolehkan penjimatan air secara optimum kerana kuantiti yang dicedok dalam satu masa adalah sedikit

Sebagai perbandingan, saya letakkan sebatang pensel untuk anda mengagak saiz bekas tersebut.



Langkah 1: Basahkan badan

Saya hanya memerlukan 3 mangkuk air utk membasahkan badan setiap anak saya. Jumlah keseluruhan adalah hanya 6 bekas dan badan anak saya basah sepenuhnya

Pastikan anda mencurahkan air secara perlahan utk kesan yang lebih baik.

Langkah 2: Syampu kepala dan sabun badan

Saya mulakan dengan syampu di kepala dan kemudian sabun ke seluruh badan. Kerana badan yang hanya basah 'ngam-ngam', proses menyental dan menggosok badan anak-anak saya lebih mudah dan cepat.

Langkah 3: Bilas

Saya cucurkan air dari atas kepala hingga ke bawah. Proses ini melibatkan kira-kira 8 mangkuk air utk setiap anak. Jumlah keseluruhan hanya 16 mangkuk air

Badan dan kepala anak anda akan bersih dengan sempurna

Langkah 4: Memberus gigi

Hanya satu mangkuk air di perlukan utk membilas mulut bagi setiap anak. Jumlah air yg digunakan hanya 2 mangkuk.

Langkah 5: Air tambahan

Kanak-kanak gemar bermain dengan air. Jumlah keseluruhan air yang digunakan setakat ini hanyalah 24 magkuk dan tidak sampai sebaldi pun.

Sisa air didalam baldi boleh la di gunakan utk menyiram mereka sehingga habis atau boleh juga dibiarkan utk kegunaan yang lain


Siap!

Rasa tidak percaya?

Cubalah dulu!
In sya Allah jika bukan di musim catuan, air sangat dapat dijimatkan dan sesuai dengan saranan Rasulullah agar kita tidak membazir.


Semoga berjaya!

Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment