Kids activity: Fire crackers

Assalamualaikum wbt

Dah lama pulak rasanya tak kongsi aktiviti kanak-kanak yang boleh dibuat di rumah dengan kos yang sangat murah.

Ingat lagi tentang aktiviti ICE CREAM COLOUR SORTING?

hari ni nak kongsi satu lagi aktiviti yang boleh anda cuba tentang pengasingan warna.
Seronok!

Seperti biasa watak-watak yang menjayakan penggambaran ini adalah Imran dan I'jaaz!

:)






















So,

Jom kita lihat apa bahan-bahan nya:


  1. Penyepit baju berwarna warni
  2. Kertas keras seperti card board
  3. Kanak-kanak
  4. Tukang bagi arahan

Vhu
Simple kan?


Jadi mula- mula, kita berikan arahan supaya mereka mengambil penyepit baju mengikut warna kesukaan masing-masing

Pastikan penyepit baju telah disepah-sepahkan dan bercampur aduk


Minta anak-anak supaya mencari penyepit baju yang mempunyai warna yang sama dan kepitkan di card board yang telah di sediakan


Bila dah siap, boleh la jinjing dan buat bunyi seperti mercun!



Fire cracker ni adalah dijamin paling selamat dan tidak mencetuskan api.
Awas, ada kemungkinan untuk berlaku aktiviti sepit menyepit antara satu sama lain!

Hehehe


Selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment