Tips umrah utk breastfeeding mommy

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini, ramai dikalangan golongan muda yang telah diberikan kesempatan dan rezeki utk menjadi tetamu Allah.

Ramai juga antara mereka adalah golongan ibu yang sedang menyusukan anak tetapi tidak dapat membawa sekali anak tersebut untuk mengerjakan umrah.

Jadi utk edisi kali ni, saya akan kongsikan sedikit tips dan cerita seorang emak yg menunaikan umrah berdasarkan pengalaman peribadi.

Kalau ada yg nak kongsi cerita dan tips pun boleh lah share di ruangan komen ye.




Suami dan saya di berikan rezeki mengikuti rombongan Umrah dan Ziarah ke Mesir pada bulan April tahun 2012. Sewaktu itu anak sulung kami berusia lingkungan 2 tahun setengah dan adiknya berusia 6 bulan dan masih menyusu sepenuhnya.

Atas beberapa faktor, kami memilih utk tidak membawa bersama kedua-duanya
Maka bermulanya fasa selama 2 minggu proses 'penyusuan' tanpa bayi


TIPS 1: YAKINKAN DIRI KITA MAMPU LAKUKAN

Walaupun hati berbolak balik, kita harus ingat, Allah yang pegang hati kita. Walaupun dua minggu adalah tempoh yang lama tanpa direct lactation, tetapi tidak bermakna proses laktasi tidak dapat dijalankan.

Jika kita boleh mengekalkan rutin pump secara konsisten atau semampu yg boleh, maka hasilnya masih sama dan susu tidak akan kering

TIPS 2: BAWA BERSAMA ALATAN PUMP 

Ini sangat penting untuk memastikan kita dapat pump secara berkala dan tidak mengalami gangguan. Bawa perkakas yg biasa digunakan tetapi tidak perlu bawa kesemuanya.

Saya hanya membawa satu unit pump, dua botol dan satu spare kit accessories. Kesemua ini diletakkan didalam satu mini cooler bag yang mudah dibawa dan diguna pakai pada bila-bila masa.

Kenapa saya tidak bawa cooler bag/ice pack dan plastik penyimpanan EBM? Nanti saya ceritakan

TIPS 3: SEDIAKAN JADUAL

Pastikan kita mengikuti jadual pump minima yang kita sediakan. Sebagai contoh, katakan kita ingin memastikan paling kurang kita MESTi pump 4 kali sehari. Maknanya setiap hari, kita akan cuba pump sekurang-kurangnya pada jam 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 12 malam.

Konsistenlah dengan jadual tersebut dan jika berupaya, adakan seisi tambahan terutamanya ketika kita rasa susu sudah penuh dan harus dikeluarkan.

Kita mengikuti rombongan. Dan kadang kala jadual boleh berubah pada bila-bila masa. Contohnya sewaktu saya berada di Mesir, keadaan cuaca dan faktor musim perayaan boleh mengakibatkan jalan sesak teruk dan kita terperangkap di jalan pada tempoh yang sangat lama. Perjalanan dari Mekah ke Madinah juga misalnya memakan masa yg lama.Jika kita konsisten dengan jadual, maka kita akan berusaha utk pump di dalam kenderaan dan itulah yg saya lakukan disana. Didalam kapal terbang, didalam bas, didalam van dan sebagainya tidak menghalang kita utk pump. Pastikan suami atau mahram duduk berdekatan dan pastikan kita memilih tempat duduk yang berhampiran dengan kebanyakan wanita utk keselesaan kita dan mereka.

TIPS 4:  BERSIKAP POSITIF DAN BERTOLAK ANSUR DENGAN DIRI SENDIRI

Lumrah bila kita mengerjakan umrah, kita ingin beribadat sepuas-puasnya dan semaksimum yang mungkin. Namun tanamkan pada diri bahwa seisi pump yang kita lakukan juga adalah ibadah dan dilakukan demi anak kita. Maka tidak timbul isu kita tidak dapat beribadah secara optimum.

Saya kadangkala terpaksa berkejar balik selepas solat Magrib ke hotel utk melakukan seisi pump kerana susu harus dikeluarkan utk mengelakkan masalah engorge dan masalah lain. Mulanya saya sedih namun saya segera ubah perspektif dan cuba bertolak ansur dengan diri sendiri.

TIPS 5: SOKONGAN SUAMI/MAHRAM

Dapatkan sokongan sepenuhnya. Minta mereka bantu di dalam situasi yang memerlukan atau kritikal sebagai contoh jika perlu pump didalam kenderaan. Mereka harus pandai cover dan pastikan aurat kita terjaga dsb.

TIPS 6:  KENTAL MELIHAT SUSU DIBUANG

Kenapa saya tidak membawa plastik EBM? Jika saya travel dengan urusan kerja, saya sentiasa memastikan EBM saya disimpan kerana jarak perjalanan yang memungkinkan dan kebanyakan hotel mempunyai polisi mesra breastfeeding.

Kenapa tidak sewaktu Umrah?

Jarak dan tempoh perjalanan tidak memungkinkan buat masa ini untuk kita pastikan EBM adalah sempurna dan masih elok. Sebagai contoh, jika saya mampu meletakkan kesemuanya didalam cooler bag (beratus-ratus oz) dan meletakkan ais kering (boleh cari ke?) sekalipun, perjalanan tanpa transit dari masa check in hingga ke arrival memakan berbelas-belas jam. Dalam kes saya, kerana transit, memakan masa sehari semalam. EBM tidak akan dapat bertahan.

Kebanyakan hotel di sana juga menggunakan bahasa Arab sebagai medium komunikasi kecuali anda berada di 5 or 6 stars hotel seperti Hilton dan sebagainya. Jadi, utk anda memerah dan memastikan EBM anda dapat disimpan setiap hari di peti sejuk hotel mereka bukanlah suatu idea yang bagus.

Jangan menyeksa diri. Perah dan buang walaupun pahit. Kita usaha utk stimulate supaya susu masih dan tetap ada. Saya mulanya mengira berapa oz EBM yang telah saya buang. Apabila jumlahnya melebihi 200oz, saya berhenti mengira dan pejam mata.


Rasanya cukup sampai disini dulu

Saya harapkan tips tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan utk ibu diluar sana.
Silakan share, saya tidak ada masalah malah gembira jika dapat dimanfaatkan

Semoga dapat menjalankan ibadah dengan sempurna
Semoga semua amalan kita diterima

Wallahu'alam

Love,





Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment