Siapa Jami??

Assalamualaikum wbt

Harini nak cerita lain sikti la
Saje

Fresh air

William Shakespeare, Hamlet, Van Gough hatta Dr Seuss sekalipun, mesti pernah dengar kan? At least salah sorang dari mereka-mereka nih mesti kenal kan?

Shakespeare contohnyer, tk perlu susah2 nk disebut atau di explain lagi disebabkan dah terlalu terkenal sampai masuk dalam silibus pendidikan kite pun, kan?

Kalau ditanya sasterawan inggeris, mmg laju jawapan diberikan. Kalau tanya ade kenal tak sastewara dari ‘belah kita’ @ sasterawan islam yang terkenal, agak-agak dapat jawap tak?

Haa…..sure ramai yang garu kepala tk gatal tuh!!

Ok la, hari ni rasa nk perkenalkan dengan seorang yang sangat lah famous didunia ini, dimana2, baik di Europe, India, mana2 lagik lah, tp malangnya tidak begitu dikenali oleh generasi kita…sayang bukan???

So, tanpa membuang masa, dengan ini memperkenalkan, our sasterawan ---JAMI!!

Catatan: Tulisan ini adalah hasil pembacaan saya dengan buku-buku Jami yang telah di alih bahasa (dalam bahasa Inggeris dan Indonesia). Jadi, ni totally terjemahan saya sendiri ye.

Kalau ada salah silap, dimaafkan je la.
In addition, ini hanyalah satu pengenalan, tidak bermaksud apa-apa dan tidak semestinya menggambarkan sebarang aliran. Paling tegas, tidak menggambarkan pendapat atau apa-apa perihal lain tentang JAMI.

Okie…Let’s roll it out!

--------------------------------------------------------------------------


Nuruddin Abdul Rahman, dilahirkan pada tahun 1414 (cantiknya tahun itu, hingga teringat kisah 1515!) di sebuah pekan kecil bernama Jam yg terletak di wilayah Khurasan. Dari situlah datangnya nama JAMI yang begitu terkenal sampai ke hari ni. Beliau belajar di Heart, Samarkhand, Persia dan lain-lain tempat dan mmg outperform habis lah sampailah berjaya dapat title Maulana.

Menurut Ralph T.H Griffith, salah seorang penterjemah karya Jami dari bahasa Persia kepada bahasa Inggeris, Jami ni boleh dikatakan sebagai penyair agung terakhir yang pernah dilahirkan Persia. Jami telah menghabiskan usianya dengan belajar dan sastera dan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 volumes puisi,tatabahasa, theology yang mana masih dibaca dan dikagumi di dunia barat (yah, kenapa kita juga tidak bisa mengkagumi? Aduhai)

Tiga karya agung Jami, ‘Yusuf dan Zulaikha’, ‘Beharistan’ dan ‘Salaman dan Abasil’ hingga diberi gelar oleh orang sebagai “Tiga bersaudara”. Namun, dalam banyak-banyak karya Jami, tidak dpt dinafikan lagi, ‘Yusuf dan Zulaikha’ menduduki carta pertama dan justeru paling popular dan banyak diterjemah ke bahasa yang lain.

Di India, walaupun tidak dimasukkan dalam sukatan pelajaran, karya tersebut dibaca dikesemua sekolah yang mengajarkan bahasa Persia. Semua pelajar-pelajar Persia di dalam Negara itu juga membaca karya Jami. Di Eropah, karya Jami juga diberi pengiktirafan tinggi. Sehingga seorang karyawana Eropah sehingga berkata” Puisi Jami tentang cinta Yusuf a.s dan Zulaikha adalah salah satu komposisi terhebat yang patut dan selayaknya diterjemahkan kepada setiap bahasa yang ada di Eropah” (wah, hebat bukan?)

Karya Jami tentang Yusuf a.s dan Zulaikha diterjemah dalam bahasa German. Menurut Ralph lagi, beliau sendiri memohon berkali-kali hingga 3 tahun lamanya sebelum mendapatkan kebenaran untuk menterjemah karya Yusuf a.s dan Zulaikha ke dalam bahasa inggeris. Akhirnya, pada tahun 1882, terjemahan Raplh berjaya diterbitkan.

Cukup tak bukti-bukti kat atas tuh utk menunjukkan betapa lah Jami nih sangat terbukti kehebatannya. Lahir pada kurun ke-15, sampai sekarang pun masih diingat orang.Kita aje yang tertinggal dengan fakta-fakta ini sedangkan orang diseberang sana berlumba-lumba nk terjemahkan karya Jami.

Alhamdulillah, berkesempatan memiliki sebijik dua buku dari Jami.Tkkan la nk promote tp tk baca kan? =) Walaupun mengaku bahawa pengetahuan ttg Jami dan karyanya sangatlah cetek, tp apa salahnya berkongsi perkara-perkara bermanfaat. Kalau ada yang tk elok, yah dibuang aja!

Salah satu koleksi Jami yang ada dlm library kecil saya adalah ‘Yusuf and Zulaikha’ terjemahan Raplh dalam bahasa Inggeris. Buku ini didapatkan waktu bekerja di Library Uni of Auckland musim panas tahun 2005. Dapatnya secara sah ok! Buku ni diterbitkan tahun 1882, so bleyh bayangkan tak buku tuh mcm mana rupanya? Usianya menjengah 134 tahun!!! Wah, takkan dijual walau sesiapa pun yang nk beli… -wink-







Satu buku tu lagi dalam bahasa Indonesia, tp kali ni karya Jami dalam bentuk puisi telah dialihkan sedikit kepada novel tp masih preserve some of the poet form. Tajuknya “Yusuf dan Zulaikha- Sebuah Roman Alegoris”. Aduh, asyik bangat tuh ini buku. dibeli tahun 2004.sape nk pinjam??? –senyum-

Ok2…ada satu pekara lagi nk share. Nih kira klimaks nyer lah. Quote nih saya letak sebijik2 utk diperhati dan diambil nasihatnya.

Raplh menulis:

“It is well known that Yusuf or Joseph, as we call him, is looked upon by the people of Islam as the ideal of manly beauty and more than manly virtue; but it is not so generally known perhaps that the romantic tale of the love, the sufferings and the crowning happiness of Zulaikha, as told by Jami, was intended to shadow forth the human soul’s love of the highest beauty and goodness – a love which attains fruition only when the soul has passed through the hardest trials, and has, like Zulaikha, been humbled, purified, and regenerated.

Wah…baik amat nasihatnya!! Dan sambungan katanya lagi mengundang indah yang tk kurang dasyatnya!!:

“So this Allegory resembles in its drift that famous and lovely one in which Calestial Cupid-

“Holds his dear Psyche sweet entranced,
After her wandering labours long,
Till free consent the Gods among,
Make her his eternal bride”

-I lost my word-


Yang baik dipelajari,
Yang buruk pinta dibaiki!

Wallahu’alam
Wassalaam


Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment