Pelanggan berhemah, jurujual bertauliah!

Assalamualaikum wbt

Saya sebenarnya terpanggil menulis entri ini dek kerana lambakan msg dari ramai pelanggan sehari dua ini. Ada yang berpura-pura minat ingin membeli, ada yang kononnya ingin menjadi ahli dan ada juga SID yang menyamar sebagai pelanggan!


Nasihat direct saya;


Jika anda pelanggan, jangan lah meminta pada yang bukan sepatutnya. Dan jangan buang masa kami dengan bertanyakan itu ini berhari-hari sedangkan yang anda inginkan hanyalah cara pengambilan sepatutnya.


Jika anda jurujual, jadilah SID yang bertanggungjawab dan punya tauliah dengan menghadam ilmu sepatutnya. Jangan biarkan customer anda terkontang kanting dan anda dengan seronoknya menghimpun wang bonus dan hasil jualan.





Cuba baca sedikit kisah ini:



Cik A membeli sebuah oven dari pasaraya MyTwo. Harga yg ditawarkan adalah di bawah harga runcit walaupun Cik A tidak memiliki keahlian dgn pasaraya MyTwo. Cik A sgt puas hati kerana memiliki oven idaman dgn harga murah tambahan pula ayah sedara kepada sepupu ibu tiri Cik A mempunyai saham di MyTwo. 


Sampai di rumah cik A terkejut kerana di dalam kotak tersebut hanya terdapat sebuah oven semata2. Tiada user manual, tiada warranty dan tiada sebarang maklumat.

Oleh kerana pasaraya MyTwo tidak mempunyai khidmat pelanggan, cik A bergegas ke pusat khidmat pelanggan pasaraya YourThree utk mendapatkan info. Sebenarnya cik A dh penuh ke YourThree tetapi tidak jadi membeli kerana harga oven itu hanya 5% diskaun dari harga semasa. Amatlah terkejut cik A bila mendapati setiap oven yg dibeli bukan sahaja dilengkapi dengan user manual dan warranty, malah dibekalkan dengan extra trays dan resepi cupcakes terkini. Cik A berusaha mendapatkan semua item itu dan memujuk YourThree utk memberikan beliau segala hak esklusif customer YourThree.



Soalan: patut tak YourThree melayan org2 mcm cik A ni? 

Saya harap anda faham dan dapat mesej yang cuba saya sampaikan.


Love,


Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment