Diari seorang WAHM merangkap pengedar Shaklee

Assalamualaikum wbt

Bila sebut nk masuk tahun baru, maka ramai la berpusu-pusu membeli
Beli ape?
Kalendar la, buku planner la, dan paling sinonim dengan tahun baru, DIARI!

Diari diguna pakai untuk merakamkan segala aktiviti harian
Apa juga luahan perasaan, cinta, rindu dendam dan sebagainya
Hutang pun boleh tulis dalam diari
Hehehe

Jadi hari ni kita nk tengok sikit, ape cerita dan kisah seharian seorang WAHM
Seorang pengedar sah Shaklee
Seorang isteri kepada seorang suami (of course la sorang je kan)
Seorang emak kepada 2 anak lelaki




Jika anda terbayang yang indah-indah sahaja
Atau terbayang duit bertingkek tingkek
Atau terbayang semua yang rapi dan teratur...

anda salah!
Hehehehe

Boleh tonggang terbalik dunia
tapi kita la kena pandai manage
Saya pun tk berapa nk pandai lagi tapi sama-sama lah kita belajar

PAGI:

Buat entri blog
Blog sentiasa kene update. Jadi waktu paling sesuai adalah pagi sebelum subuh ketika otak masih segar bugar dan banyak idea. Dan paling penting, anak-anak masih tidur. Jadi dapatlah menaip dengan aman sentosa. Kalau lambat bangun, kurang sikit la keamanan tu.  Sebab anak-anak pun memang jenis bangun awal. Selalu jam 6 tu dah celik mata diorang


Sarapan
Kalau sempat, maka akan buat sarapan ringkas. Pancake adalah favourite anak-anak saya. Kalau tak sempat, makan roti atau beli nasi lemak sahaja.

Hantar suami ke tempat kerja
Sekarang kan semua harga naik. minyak naik, tol naik. pakai satu kereta pun jimat jugak sebenarnya. Jadi, pagi-pagi lagi akan gerak anak-anak untuk mandi dan bersiap sekali.

Beli barang dapur
Saya ni suka beli hari-hari sebab nak fresh.Lgpun kadang-kadang tk decide lagi nk masak ape hari tu. so kalau pegi hari-hari ade la sikit idea. Tapi sejak makin sibuk ni, kadang-kadang beli utk 2 3 hari sekaligus untuk menjimatkan masa dan duit jugak. heheheh

Membasuh baju dan mengemas rumah
Yang ni senang bab basuh la. Sebab tekan-tekan, tunggu pastu dah siap. Bercinta kalau nak sidai. lagi-lagi kalau hari mendung. Mengemas rumah ni, 24jam kot. Jadi anda akan lihat dimana-mana aktiviti mengemas ni.

Update FB
Waktu ni la nk letak status kat FB dan Page. Promote kat orang pasal Shaklee la, pasal wasiat la, tasbih la, cupcakes la dan macam-macam lagi. Since ade smart phone, aktiviti ni kadang-kadang selalu aje buat time lapang. Tapi pagi biasanya specific utk study bahan dalam group Shaklee kami yang best tu dan juga memberi coaching kat group sendiri.

Playtime
Yang ni saya belum buat. Baru nk buat tahun ni sebab sebelum ni saya hantar anak-anak ke nursery dan sekolah sampai tghari. Jadi kononnya time ni nak bermain, mengajar dan spend good time with them.

Masak
Jam 11.30 atau jam 12 pagi biasanya dah start masak.Tung tang tung tang kat dapur, dekat pukul 1 jugak la siapnye. Saya biasa masak utk dinner sekali so boleh jimatkan masa sikit. Lagipun lunch hubby tkde, so tkde la die boring plak makan makanan yang sama.

Petang

Nap time
Lepas zuhur dan makan, biasanya saya akan pasang TV utk santai dan anak-anak tengok kartun. Lepas tu biarkan mereka tidur utk sejam gitulah. nap dan kadang-kadang saya pun ter'nap' sekali. qailullah kononnya.

Mengemas rumah
Waktu mereka tidur, saya akan kemas lagi rumah. Repeat again and again

Update FB dan Pages
Sambung lagi update ape yang patut dan pastikan komen-komen dan PM di balas pada waktu ini.

Ambil suami
Jam 5 ke atas saya akan locate utk bersedia mengambil suami dari kerja. Jam 6 petang selalunya dah sampai rumah dan siap-siap utk mandi, makan malam dan maghrib.

Malam

Makan malam
Selalunya kami makan selepas magrib. Kalau ada masa, sebelum Magrib. Ikut kesuaian. Lebih mudah dan ringkas sebab just panaskan lauk tengahari sahaja

Magrib jemaah
Anak-anak akan azan dan hubby jd imam. Lepas tu mengaji.

Email customers

Semua customers yang membeli dengan saya akan diemailkan tips, cara pengambilan terbaik, meal plan (jika ada) dan sebagainya. Jawapan kepada soalan2 customers juga akan saya settlekan pada waktu ini


Soalan: Mcm mana dengan soalan customers yg di Whatsapp atau SMS?
Jawapan: Saya akan cuba reply secepat mungkin. Tidak mengikut waktu


Nampak simple, tapi sebenarnya kan penat.
Banyak lagi yang saya tak tulis
Dan tak teringat
Sebab?
Banyak sangat!

Tu belum kira lagi dengan jd tukang kebun, plumber, electrician, nurse dan pekerjaan yang lainnya.

Jadi kalau ada yang ckp duduk rumah lagi sempoi, salah ye!
Penat fizikal dan penat mental jugak sebenarnya

tapi memang tak menyesal berhenti
Sebab masa kita boleh control sendiri
Task pun kita boleh decide nak dahulukan yang mana satu

dan paling penting, anak-anak ada depan mata!

Jika anda berminat nak buat full time or part time Shaklee, sila hubungi kami di talian 0195558027 atau emailkan ke salwamohdsaleh@gmail.com

Lagi senang, terus isi form kat sini: JOIN SHAKLEE

So don't wait. Come and join us!
:)


Love,














Klik sini utk mendaftar pada hari ini: JOIN SHAKLEE 


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment