Tips tangani masalah resah anak-anak

Assalamualaikum wbt

Pernah tak anda melihat anak anda cemas?
Atau mereka marah tak tentu pasal?
Atau menyorok di belakang anda walaupun hari masih siang?

Jangan risau
Itu normal dan boleh diatasi

















Kita yang ada anak-anak kecil atau anak yang menginjak remaja mesti perasan, ada dalam sesetengah keadaan, anak tu jadi begitu resah, gelisah atau dalam omputihnya panggil rasa ANXIOUS.

Usahkan budak kecil, kita yang tua ni pun ada keadaan yang akan rasa macam tu terutamanya orang perempuan lah.


Nak share sikit tips dalam menangani situasi ini utk panduan bersama.
Saya pun jumpe arituh daripada web kidlutions.com

Tulisan asal daripada Anne Marie Albano. Ada yang saya tambahkan sedikit mengikut kesesuaian.

Menarik dan bolehlah kita cuba


1. Hormati perasaan anak kita. Perasaan risau ini datang secara semulajadi dan tidak dibuat-buat dan selalunya memang tidak menyenangkan

2. Cuba ajar anak kita cara pernafasan yang dalam dan perlahan dari perut. Supaya oksigen lebih banyak masuk dan dapat menenangkan perasaan anak itu.

3. Dengar apa yang anak itu hendak katakan. Atau, kita boleh soal mereka dan bertanya keadaan mereka. Cara ini boleh membantu mereka untuk memberitahu keadaan mereka, samaada dalam perasaan takut, atau marah atau murung. Kita mampu ubah apa yang ada didalam fikiran mereka dengan menasihati secara lemah lembut.

4. Kadang-kadang, lebih baik jika kita bertanya adakah ketakutan yang dialami boleh diatasi atau benar-benar akan berlaku. Contohnya: Jika anak kita takutkan hantu, kita boleh bertanya sama ada ianya akan berlaku atau sekadar perasaan takut anak tersebut sahaja. Dengan cara ini kita dapat mencabar minda anak itu dan melepaskan perasaan takut yang bersarang di dalam khayalan mereka.

5. Tanyakan anak tersebut, apa yang boleh dilakukan untuk meredakan perasaan risau mereka.Mereka akan berfikir dan cuba mendapatkan solusi terbaik.

6. Elakkan mencuba kaedah seperti 'hari tidur bersama ibu', 'hari memakai pampers' dan sebagainya. Ini hanyalah mendatangkan kerisauan semula kepada anak. Kita seharusnya terus mencuba dan meyakinkan anak bahawa semuanya akan OK dan berjalan lancar. Jika keadaan berlaku sebaliknya, katakan perkara seperti itu adalah normal.

7. Berikan mereka pujian untuk meyakinkan mereka. Kata-kata seperti 'awak berani' akan menambahkan keyakinan kepada anak.

8. Cuba rancang dengan baik aktiviti yang ditakutkan itu. Bermula dengan langkah ringkas hinggalah anak tersebut berjaya mencapai matlamat. Contohnya, mula dengan tidak memakai pampers pada siang hari sahaja. Kemudian lanjutkan hingga anak berjaya bebas diapers sepenuhnya.

9. Berikan ruang untuk anak anda buktikan bahawa mereka berani dan berikan pujian jika mereka berjaya melakukannya

10. Beritahu mereka bahawa kadang-kadang anda juga risau dan takut tetapi anda dapat atasi dengan cara tertentu. Kongsikan rahsia anda dan biar mereka tahu bahawa normal untuk merasa takut dan risau tetapi kita perlu mencari jalan untuk mengatasinya

Saya harap tips ini berguna untuk ibu bapa diluar sana
Saya cuba praktikkan untuk anak sulung saya dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit mula memberi kesan positif

Selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment