Laporan tak rasmi kursus masakan roti,pizza dan donut

Assalamualaikum wbt

Waaah rindunya nak update blog.
Korang ade yg rindu saya tak??

Hehehehhe

Minggu lepas sedikit sibuk. Sebab membuat persiapan dan kemudian pergi ke satu kursus yang saya sendiri tak pernah imagine saya akan pergi suatu ketika dulu.


























Itu namanya takdir Allah.  Kita rasa kita tak akan pergi tapi bila dah ada rezeki, ada jalan.sama macam seruan haji jugak lah.bila allah nak kita jadi tetamu-Nya maka kita pun dapat lah tawaran menunaikan haji.

Eh..terbagi tazkirah pulak

Anyways kursus ni berlansung selama 3 hari 2 malam. Di kolej komuniti teluk intan. Kursus dibawah kelolaan syarikat SYF ENTERPRISE dgn dana dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar.




















Ramai tanye saya di fb dan instagram, mcm mana saya dpt sertai dan mcm mana drg nk sertai?
Hmmmm...

Adik sy ni antara yang ditugaskan cari peserta di kampung. Sebab mmg aimnya utk org2 kampung. Last minute peserta tak cukup maka saya pun dpt peluang.

Jadi kalau org bandar nak join, sy pun tak tahu apa jalannya. Nanti kot sy jumpe sy share la kat sini in sya Allah.

Seronok juga kursus ni..

Peserta ada 16 orang. Setiap kumpulan ada 4 orang
Kumpulan saya ada saya, kakak saya Kak Mimie, Kak Liza dan Seri

Kami namakan kumpulan kami: THE POWER PUFF GURLZ! (walaupun terlebih sorang)

Hari pertama kami belajar buat donut dan roti. Dari pagi sampai ke petang menguli tepung sampai nak tercabut semua sendi yang ada kat badan ni.



Tengok aje la kat bawah ni, semangat habis kami menguli! Eyh, ni gambar baru nk campur aduanan aje.




















Kemudian dah siap semua dan kembang dough tu, kami pun goreng lah dengan penuh keyakinan dan kesabaran.





















Inilah hasilnye bila dah habis goreng donut kami tu. Tengok, comel tak kak tonnn??

























Lepas tu kami tinggalkan kejap donut tu dan petang tu kami menguli pulak dough utk roti. Roti yang kami belajar ada dua jenis. Yang manis dan yang pedas. Yang tkde perasa pun ada.

Yang manis kita buat red beans buns


























Yang pedas standard la kan, pizza. Sedap wooo. Ni waktu menghias-hias pizza nye


























Yang ni tengah bakar bun pizza tuh



























Yang ni yang dah siap!! Tat taraaaaaa


























Sape nk beli?
Hahahaha


Malam tu, bukan bersenang lenang tau! 
Sambung pulak menghias donut tadi
Kang tak make up tak cantik plak

Hasilnya?

Kalah big apple okeyh!



























Fuhh....balik tu ingat boleh terus tido, sekali dekat pkl 12 mlm baru nk lelap


Besok paginye pulak ktrg menguli lagi.
Walaupon sorang sorang jalan dah macam robot patah kaki

Lepas siap base pizza tuh, Chef zaimah ajar pulak camne nk buat paste dan topping
So kami pon dengar lagi dengan khusyuk
eceh

























Ni pizza yang siap topping tinggal tunggu turn nk bakar kat oven





















Ni yang dah siap! tat taraaaaa!!


























Boleh la mengalahkan Pizza Hut dan Domino's ye..
Sape nak tempah, kene bgtau sebulan sebelum tempahan
Penat tau nak uli nih



Lepas tu malam tu ade tazkirah yg best
dan pagi tu ade kelas keusahawan dan cerita pasal kambing


















Lepas tu penutup
lepas tu saya pun balik kl
Dan penat
dan sekarang baru update

Ini pun lenguh lagi akibat menguli
huhuhuh

Love,

Salwa














Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment