Assalamualaikum wbt
Miskin sangatkah kita hingga tk boleh simpan RM1 sehari?
Sengkek sangatkah kita kalau kita ketepikan RM30 sebulan?
Tak cukup makankah kita sampai kita lupakan ibadah korban?
Peringatan:
Entri ini utk golongan yang Allah mmg kurniakan rezeki yang baik atau sederhana. Bukan utk mereka yang betul2 kais pagi makan pagi sampai nk beli susu anak pun pinjam ceti.
Raya korban tahun ni kami sekeluarga pulang ke Teluk Intan
Dan raya tahun ni, suami dan saya tak menunaikan ibadah korban
Macam nk bagi alasan, tapi takde alasan
Bukan tak boleh nk korek-korek simpanan
Sampailah satu peristiwa hentam saya macam tukul besi kat muka
Sehari sebelum raya, saya pegi berurut dengan seorang sedara.
Makcik ni memang tukang urut terkenal kat kampung kami
Dan dia mak saudara saya
Tengah berurut keluar cerita pasal korban
Sejak dia balik haji, setiap tahun dia laksanakan ibadah korban
Dah 9 tahun dah katanya
Ada satu tahun aje group dia cancel last minute so tk dapat buat tahun tu
Saya mendengar ceritanya
Dia kata duit dia tak banyak. Bukan makan gaji
Kadang-kadang tk menentu
Tapi...
Dia ada satu tabung utk KORBAN
Katanya tiap-tiap bulan dia akan masukkan sedikit wang
Kadang RM20
Kadang RM30
Kalau rezeki berurut tu lebih, masuklah RM50
2 minggu sblm raya haji, tabung akan dikorek utk bayar duit utk buat ibadah korban
Taun ni duit tabungan lebih RM600!
400 dikeluarkan utk buat ibadah korban
bakinya dibiarkan dalam tabung utk korban taun depan
Saya terfikir-fikir,
Takkan lah kita yang boleh makan KFC, Secret Recipe tk boleh nk buat?
Susah sangat ke?
Sengkek sangat ke?
Oh, terima kasih mak sedara atas cerita yang menginsafkan!!!
Dah la, tayah beralasan
Buat aje tabung satu cepat!!!!
Taun depan mesti buat korban!
-yang sedang mencari tabung yg tk boleh dibuka-
Salwa
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni nk cerita satu lg feature menarik tentang salah satu produk Shaklee yang paling hot Hari tu kita dah kupas te...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...

No comments:
Post a Comment