Assalamualaikum wbt
Pagi tadi saya ke klinik kesihatan dekat dengan rumah
Untuk apa?
Buat ujian pap smear untuk kali kedua!
Waaa, tak takut ke cik Salwa?
Jawapan: Tak pun
Itulah. Ramai sangat dikalangan wanita ni ambil mudah tentang ujian ni. Macam-macam alasan diberikan. Takutlah, ngeri lah, tak ready lagi lah, tak rasa nak pegi buat lah. Dalam erti kata lain, jika anda semua ada perasaan ini, terima aje lah hakikat yang anda didalam in-denial mode.
Pernah dengar prevention is better than cure?
Dalam bahasa melayu disebut pencegahan lebih baik dari merawat
Cuma dalam kes pap smear ni, bila kita lakukan, sekurang-kurangnya jika ada apa-apa keganjilan (na'uzubillahi min dzalik), kita dapat tahu awal dan dapat lah buat rawatan dengan kadar cepat
Sesape yang dah kawen tu, dan paling utama yang dah bersalin tu MESTI buat ujian ni.
Ulangan siaran, MESTI buat.
Bak kata 'misi' tu tadi, ramai wanita yang bila diagnos kanser serviks/pangkal rahim, sudah berada ditahap ke-3 dan ke-4 kerana tak buat ujian awal-awal. Walhal ujian ni bukanlah susah sangat pun.
Jadi dengan penuh perasaan tanggungjawab, saya berjanji kat misi tuh saya nak tulis mende ni kat blog harini.
Ok, serba sikit tentang Pap Smear ni. Mende ni utk kesan kanser pangkal rahim. Sesiapa yg ade melakukan hubungan seks dan pernah melahirkan anak disarankan amik ujian ni. Lagi info tentang Pap smear tu korang carilah sendiri. Google aje. Yang saya nak share sini, cara mudah nak buat pap smear.
STEP-STEP YANG PERLU DIAMBIL
Catat kitaran haid. Pap smear tak boleh buat time datang bulan. Seelok-eloknya hari ke 10-15 kitaran. So if say period habis hari ke-7, tunggu lah lagi seminggu. Kalau pi awal sangat takut ade sisa darah yang melekat kat rahim mengganggu ujian tu.
Bersedia sebelum buat ujian. Selain mental yang tak perlu nak pikir bukan-bukan, anda juga jangan pakai sebarang lubricant atau ubat-ubat dibahagian vagina 2 hari sebelum nk buat ujian. Hubungan intim juga tidak boleh dilakukan 2 hari sebelum ujian. Ini untuk pastikan vagina betul-betul 'pure'. (wah, term ape nih...hahaha)
Pegi ke klinik kesihatan berhampiran. Datang lah awal pagi, tkde la kene beratur panjang sangat. Tapi honestly lah, tkde nk beratur pun sebab majoriti wanita kan takut nk buat ujian ni. saya tadi seorang diri aja beratur depan bilik prosedur tu. Terus kene panggil masuk dalam bilik.Kalau takmo buat dekat klinik kerajaan, boleh pegi klinik swasta. Tapi buat ape la bazirkan duit kan. Saya buat free aje. Kalau kat swasta mahal bayarnye tapi itu ikut citarasa dan budget anda.
Daftar nama. Ini kat mana-mana pun kene daftar. Lepas tu tunggu nombor giliran. Lepas tu anda akan dipanggil masuk bilik prosedur.
Buat prosedur. Ni misi akan buatkan untuk kita. Kita hanya perlu bagi kerjasama.Sekejap sahaja, tak sampai 5 minit semua siap. Waktu nak ambil spesimen pun tak sampai seminit. Sakit? Takdelah. Mungkin ada sikit rasa dia ambil tu tapi macam kene gigit semut aje. Memang takde apa lah senang cerita.
Tunggu report dalam masa 2 bulan.Biasanya dia akan pos ke rumah. Kalau ada yang tak kena atau abnormal baru die akan telefon. Alhamdulillah taun lepas buat tkde khabar berita, so no news is a good news.
Haa, senang kan? Mudah kan? Tak susah kan?
Tunggu ape lagi???
Pegi la buat!!
Yang menjalankan tugas promosi,
Salwa
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Tuan, Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya ke...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm "pkl 1 petang karang kita jumpe tau" atau &...
-
Assalamualaikum wbt Kita selalu diberitahu vitamin B banyak khasiat dan kelebihannya. Untuk semua golongan tak kira kanak-kanak hinggalah...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...

Terima kasih utk info ni. Saja jalan2 di alam maya ni terserempak pula blog ni. Artikel yg sgt berguna. Nampak kecik tapi sebenarnye penting. Skrang pon gomen dah mula bagi suntikan HPV percuma utk gadis2 mesia.
ReplyDeletemy pleasure
ReplyDeletetuh la, ramai yg mcm tuh. takut tapi tak bertempat takutnye.. hehehe
camne pakaian mase buat pap smear?
ReplyDeletePakai biasa2 aje.
ReplyDeleteNanti time prosedur tuh sama mcm check time pregnant jugak :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh. sangat digalakkan. anak dara pun boleh buat tapi kaedahnya sedikit berbeza :)
DeleteTq for this info!=)
ReplyDeleteO.. Patutlaa.. Hari tu nurse tu cakap klu nak buat pap smear kena tunggu period kering betul2 then lps buat kputusan nya diorang akan contact balik klu ada mslh.. Tp klu xde mslh diorang x contact..
ReplyDeleteSy da buat.. Kat sjmc.. Alhamdulillah -ve. Anda bila lagi..?
ReplyDelete