Diary WAHM M8W3: Ajaibnya rezeki Allah!

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak bercerita. Hari ini terasa nak menaip dan bercerita
Kisah yang mungkin ada ramai orang dah pernah rasa, tapi tak dikongsi bersama

Kita selalu dengar tentang rezeki Allah. Rezeki Allah luas dan tidak tertakluk pada kiraan kita sahaja. Maksudnya, kita pandai congak dan hitung, tapi ketentuan dan plan Allah yang akan atasi semua itu. Sebab tu kita diajar supaya usaha keras, doa dan tawakal.

Nak dijadikan cerita, tahun ini adalah raya pertama saya dengan status 'tidak bekerja' (walaupun saya tak berapa agree dengan status ni)
Takde gaji, tkde bonus dari company P*******, tkde imbuhan dan elaun tambahan

Saya memang niat dan beritahu suami, biar duit raya saya uruskan. Tak perlu dia pusing kepala nak fikir dan tak perlu kami korek savings.Alhamdulillah dengan rezeki meniaga Shaklee, tasbih dan muffins/cupcakes sikit2, ada juga la duit utk diberikan raya tempohari





















Selalunya budget yang digunakan sama
Tapi masuk raya ketiga, dah kene top up duit raya. Sebab banyak pula anak-anak buah dan anak-anak tetamu yang ada.
Raya keempat pun sama, dah kene tambah lagi. Budget memang dah lari
Aish, macam mana ni?

Masuk raya kelima, saya beritahu suami, nampak gaya memang ramai orang taun ni
Saya kata, takpe lah. Budget ni kita punya tapi mungkin dah rezeki mereka.
Apa salah kita tambah

Saya pun membelek-belek sampul-sampul kosong yang bersisa.
Selalu sampul ni diletakkan 10 peket dalam satu bekas plastik
Senang nak kira

Ketika saya ambil satu sampul kosong utk isi duit raya, terbeliak biji mata
Dalam sampul tu ada RM10!
Aik?

Saya bukak lagi 9 sampul yang lain, semuanya penuh RM10!
Subhanallah

Sumpah sampul tu saya dah simpan bertahun-tahun
Saya tak pernah teringat yang saya ada letak duit dalam tu
Lagi pula, saya bagi RM10 utk anak buah atau anak-anak kawan yang rapat sahaja
Kalau tetamu biasa tak sebanyak itu duitnya

Tapi kalau untuk anak buah, memang tiap tahun dah bagi
Siap ada letak nama lagi

Dari mana pulak datangnya duit ni?

Waktu tu saya hanya mampu sujud syukur
Saya panggil suami masuk bilik dan beritahu
Dia hanya mampu senyum

Ini sebenarnya rezeki yang Allah bagi
Kita ikut logik memang tak berapa logik
Tapi Allah berfirman "Kun Fayakun"


"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dan dia akan diberi rezeki dari arah yang tidak pernah dia sangka (Surah At-Talaq: 2-3)


Kita niat nk bagi duit raya, sekali Allah yang beri kita 'duit raya'
Allahuakbar!


Motif cerita: Jangan takut bersedekah. Allah dah jamin balasannya berlipat ganda. Kalau bkn kat dunia, kat alam sana. Rezeki Allah? Akan datang dari arah yang kita tak sangka!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

8 comments:

  1. So love the story... Memang Allah maha penyayang kan. Kita kena serahkan segalanya padaNya and He will do the rest..

    Alhamdulillah babe.. :)

    I pun kekadang cam tu. Bila takde duit.. tetiba, rupanya ada terselit duit tu somewhere.

    How can we not believe in the miracles of God kan? ;)

    And I see, bukan saja rezeki. Kekadang, ada lah orang yang buat kita sedih ke apa.. tapi tiba tiba nanti, ada je yang akan buat kita tersenyum.

    Kita cuma kena berserah dan bertawakkal padaNya...

    Cam hari ni.. you made me smile with this post. Alhamdulillah. Thank you for reminding me on the Greatness of God..

    Kat Sudan ni, orang selalu selalu Allah Kareem.. the generous Allah... yang selalu melimpahkan rahmatNya... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    it's good to know that this simple cerita makes you smile.. :)

    allah dah bagitahu kat kita,
    kalau kita syukur, lagi banyak nikmat ditambah
    tp
    kalau kita kufur nikmat, tunggulah azab nye

    i pun harap i selalu syukur with rezeki
    biarlah sedikit atau banyak
    yg penting berkatnya

    thanks for being a very good friend to me arns
    u mmg awesome babe

    hugss and kissessssss

    ReplyDelete
  3. rezeki dari allah yang tidak disangka2 jika niat baik...alhamdullilah,cerita pendek yang penuh makna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Betul tu reseki dari Allah dan Dia sahaja yg mampu balas kita

      Delete
  4. Memang ajaib...semua kuasa Allah...yang penting kita didik hati kita untuk sentiasa ingat Allah dan tak kedekut untuk berbagi dengan insan lain. Semoga sifat dan sikap murah berbagi akan selalu ada dalam setiap jiwa kita...aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Kita beri seiklhas hati, Allah balas tanpa kita sedari

      Delete
  5. Subhanallah...
    mmg best baca.. semoga kita sentiasa diberikan kesempatan utk bersedekah..

    ReplyDelete