Assalamualaikum wbt
Dah masak ke untuk berbuka?
Saya hampir siap
Hari ini masak simple aje, Nasi Ayam
Haaa, sebab dah nak hampir siap jadi nk share la hobi terbaru eh terbaharu
Dah lama juga menanam pokok ni sebenarnya tapi baru la berhasil setelah berhenti kerja
Sebelum ni asyik tak sempat nak jaga aje
So,
Tanam la beberapa jenis pokok sayuran
Saya minat juga bunga tapi kata suami kalau tanam bunga takde hasilnya
Abah saya pula jenis yang memang suka menanam jadi dibawakkan serai, daun kunyit, halia dan macam-macam lagi
Ade jugak yang saya beli dari nursery
Kemudian tanam balik dalam pasu
Lepas ni teringin nak try yang tanam dari biji benih
Nak tengok jadi ke tak nanti
Hehehe
Setakat ni memang dah tak beli la daun kunyit
Asalnya satu pasu aje, sekarang dah beranak pinak 4 pasu!
Bendi pun dah pernah dimasak
Yeay!
Berikut disertakan senarai tanaman yang dah mula berhasil dan dirasa hasilnya
Eceh
★ Pokok 'Pulau PANDAN jauh ke tengah' ★
★ Pokok 'BENDI berseri-seri' ★
★ Pokok 'TERUNG masak goreng' ★
★ Pokok 'Seharum KASTURI' ★
★ Pokok 'Bagan SERAI' ★
★ Pokok 'Udang KUNYIT' ★
★ Pokok 'Kecil-kecil CILI API' ★
Menarik kan..
Tentulah menarik, penat tau tanam nih!
Hehehe
Kesimpulannya, kalau kita berbudi pada tanah, kita juga yang dapat hasilnya
Jadi, cubalah tanam sendiri
Dan tentu selamat dan sedap dimakan!
Love,
Salwa
No comments:
Post a Comment