Tips kitar semula sampah dengan mudah dan efisien




Assalamualaikum wbt

Apa khabar di bulan Rejab ini? Semoga sihat.
Well, well, well

Konsep kitar semula atau recycle ni dah tentu la anda semua pernah dengar kan. Dekat iklan pun banyak, kat highway punya board pun ada, dekat supermarket pun selalu nampak tong kaler-kaler ni.



Tapi, sejauh mana kita amalkan??
Jeng jeng jeng

Jawapan mengelak yang famous

- ala lecehlah nak asing-asingkan semua sampah
- tong sampah kat umah ade satu aje
- susah nk jual balik. pusat kitar semula jauh
- malas la nk fikir. ini semua poyo!

Adik-adik, akak dan abang yang cantik dan hensem, kalau semua orang fikir macam ni, kitar semula memang la tidak menjadi. Sesungguhnya saye juga termasuk dalam individu pemalas yang merasakan leceh nak kitar semula dan sangat kagum dengan kegigihan ibu mertua saya yang begitu rajin mengasingkan tin, botol dan plastik.

Kemudian saya pun rasa nak cuba

Eh, takde lah susah sangat rupanya. Ate, macam mane nak buatnya?

- Mesti rajin dan berusaha utk disiplin
- Tak perlu beli tong sampah sampai 3
- Ambik plastik besar kemudian tin letakkan dalam satu plastik
- Begitu jugak dengan botol kaca dan botol plastik
- Setiap kali nk buang dan malas nk asingkan, fikir balik tentang botol tu boleh digunakan orang lain dan berharga
- Bayangkan bumi yang semakin tenat dan kita tak mahu terlibat sama menyakitkan lagi bumi ni
- Tunggu seminggu, anda akan rasa berbangga dengan diri anda sebab jumlahnya memang banyak!

Oh ye ke Puan Salwa? Abes saya nk buat ape dengan 3 plastik penuh tu?


Oh, jangan gundah gulana, sebab senang aje:

- Kalau rajin, bawa ke pusat kitar semula dan jual
- Kalau jauh, bawa ke supermarket dan masuk dalam tong tu
- Kalau leceh, letak aje depan rumah hari yang lori sampah ambil sampah sebab mereka akan notice dan mereka akan letakkan diplastik hitam untuk recycle.

Saya buat yang terakhir tu sebab paling mudah. Letak depan rumah aje. Lepas tuh, kira sedekah jugak tu tau. Sebab? Duit yang tukang ambik sampah tuh dapat boleh juga dia tambah pendapatan dan secara tak lansung kita dah tolong dia.

Wah bestnya!!!

Kalau tak percaya, cubalah dulu, baru la tahu perasaannya.

So, why wait? Try it today!

Selamat mencuba

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment