Diary WAHM M4W4: Tips persediaan praktikal dalam menyambut Ramadhan


Assalamualaikum wbt

Tinggal lagi sebulan lebih sahaja kita akan bersama-sama dengan sebaik-baik bulan. Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat islam seluruh dunia tapi syaitan sangat berdukacita dengan bulan ini.

Pintu syurga dibuka seluasnya
Pintu neraka ditutup seksaannya
Rahmat Allah bertebaran seluruh alam


Kau dah ready ke?
eh, silap soalan
Kita dah ready ke?

Hmmm...masih belum terlambat nak buat persediaan untuk  menemui kekasih cinta hati. Ada lagi ruang untuk baiki diri.

Kalau raya bukan main lagi nak bersedia
Kalau nak jumpa hubby bukan main lagi make up sana sini
Kalau nak pergi kenduri, baju pun tempah yang baru lagi
Kalau nak puasa, apa yang dah kita sedia???


Jadinya hari ni saya nak kongsi la beberapa tips yang mungkin dapat bantu anda untuk  bersedia menghadapi Ramadhan dengan sebaiknya. Saya ni bukanlah pandai atau alim pun, just kalau kita share, mungkin orang lain dapat faedah juga. Ye tak???

Ok, get ready






Puasa sunat Isnin dan Khamis amatlah digalakkan. Jadi sebelum masuk full gear dalam bulan Ramadhan nanti, mulakan gear 1 dulu dengan puasa hari Isnin, minggu depan gear 2 pulak, puasa hari Khamis. Lepas tu gear 3, puasa hari Isnin dan Khamis sampai lah Ramadhan. Bila perut kita dah di latih, makanya in sya Allah lebih senang untuk bekerjasama bila puasa terus menerus. :)






Sama juga dengan baca Quran. Mungkin ramai yang bercita-cita untuk khatamkan Quran dengan membaca satu juzu' setiap hari di bulan puasa nanti. Alhamdullillah. Bagus cita-cita murni tu. Tapi tak ramai juga yang sempat baca Quran hari-hari (walaupun FB boleh tengok 5 minit sekali) Jadilah mulalah dengan 10 ayat sehari, lepas tu 20 ayat lepas tuh 1 page lepas tuh 2 page dan seterusnya. Yang penting pastikan jadi amalan dan tabiat mesti baca ayat Quran mulai hari ini.







Tak semua orang boleh bangun malam dan tahajud dengan jayanya. Sebab itulah Hassan al-Basri pernah berkata, kita tidak mampu untuk bangun tahajud kerana kita mengingkari perintah-Nya disiang hari, bagaimana kita hendak dibantu utk bangun menyembah-Nya di malam hari? Sob sob sob. Jadi jomlah train diri sendiri bangun seminggu sekali sekurang-kurangnya bermula sekarang. Jadi nanti mudah-mudahan senang la nak terawih, witir dan qiam dibulan puasa







Otak kita yang karat dengan maksiat ini eloklah diasah  balik. Kajian pun ada tunjukkan kalau kita menghafal sesuatu, boleh elak nyanyuk dan cergaskan balik otak kita. Kalau nak hafal sampai 1 page sehari, mungkin tak mampu. Tapi satu ayat sehari boleh kot?







Ramai sangat orang diluar sana yang perlukan bantuan. Malaysia, Syria, Palestin, Rohingya dan ramai lagi. Buatlah dengan sedikit dulu asal ikhlas. Apelah sangat RM1 kalau sedekah setiap minggu. Tak luak ape pun. Kalau rasa ikhlas dah meningkat, try kasik RM2 pulak. Begitulah seterusnya asalkan istiqomah..


Jadi kawan-kawan, agaknye boleh tak cuba?
Boleh in sya Allah kalau ade kemahuan...

:)

Selamat mencuba!

Love,

Salwa






Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. salam..

    thnx salwa atas ingatan bersama..

    www.hanihanafi.blogspot.com

    ReplyDelete