Kenapa homemade play dough kami MURAH?

Assalamualaikum

Saya ada menerima beberapa maklum balas dari pelanggan saya.
Soalannya sama,

"Kenapa play dough ni murah sangat ye?"

Saya senyum.
Tak sangka ada juga yang akan bertanya soalan macam ni.

Tapi saya tak mahu hampakan pelanggan-pelanggan. Jadi saya sediakan jawapan.
Kenapa homemade play dough salwasaleh.com murah?


  1. Kami menggunakan bahan asli yang boleh didapati dimana-mana tanpa kos tambahan untuk pengangkutan
  2. Bekas yang kami gunakan juga adalah bekas yang mudah didapati dan diperbuat dari bahan yang murah
  3. Kami buat sendiri, kami uli pakai tangan kami sendiri. Jadi mungkin ada juga terdapat cebisan-cebisan tepung yang terlepas pandang, itu kami minta ampun ye.
  4. Dari segi pembungkusan, kami hanya menggunakan kotak-kotak terpakai yang didapati dari kedai runcit berhampiran rumah atau pasaraya yang ada kotak-kotak terpakai
  5. Kami balut kotak sebelum dipos juga hanya menggunakan kertas surat khabar terpakai


Jadi, kami banyak berjimat dari sudut bahan dan packaging! 

Memang lah tak cantik dan presentable sangat, tapi inilah yang menyebabkan kami dapat mengurangkan kos dan dapat menjual dengan harga yang murah kepada pelanggan kami!

Jika anda seorang yang pentingkan packaging, mungkin play-doh di ToyRUs lebih menarik dan cantik tapi anda perlu bayar lebih kurang harga dua kali ganda tau!



Moga dengan penerangan ini, anda tidak lagi dihantui misteri.
Hehehe


Love,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment