Homeschooling #3: Emak menjadi Komposer!
Assalamualaikum wbt
Jangan ingat kene pegi sekolah muzik baru boleh buat lagu, sekarang semua pun boleh. Ade yang gubah guna handphone sahaja, ade yang guna internet, software dan macam-macam lagi.
Jadi Emak Imran & I'jaaz gubah lagu ape dan guna apa?
Sejak kecil lagi sebenarnya saya memang suka melagu-lagukan sesuatu perkara. Antaranya sewaktu diatas basikal dengan adik saya yg nama glamour panggil Kilut. Waktu tu dalam perjalanan balik rumah dari sekolah agama. Saya tengok hari nak hujan, dan saya terus mengayuh laju dengan menyanyi:
"Kilut kilut, cepatlah kilut..sebelum hujan turun, kilut.kilut"
Hahaha..saya masih ingat iramanya.
Tapi tu tak best.
Beberapa minggu lepas sewaktu dalam perjalanan pulang lepas ambil Imran dari sekolah, timbul idea nak membuat lagu tentang proses alam.
Jadi, lagunya pun siap dan dinyanyikan setiap hari oleh Emak.
Yang bestnya, tadi I'jaaz pun dah pandai ikut nyanyi sama.
Inilah lagu pertama Emak compose:
"Angin tiupkan awan
Awan turunkan hujan
Hujan suburkan bumi
Semua tumbuhan riang sekali"
Seronok pulak rasanya bila anak-anak nyanyi lagu Emak sendiri cipta
Walaupun tak macam Yuna, tapi dah abes bangga.
Nanti boleh ajar anak sedara pulak.
Lepas tu, Emak cipta lagu kedua pasal bunyi-bunyian pulak.
Yang ni sangat favourite Imran.
Sebab dihujung lagu, selalu Imran dan Emak akan lumba siapa dapat geletek siapa dulu.
Selalu memang Emak lah yang menang kan.
So lagunya macam mana?
"Apa bunyi ayam? Kok Kok
Apa bunyi itik? Kwek Kwek
Apa bunyi burung? Chit Chit
Apa bunyi cat?
Auuuwwwrrr (sambil geletek Imran)
Lepas magrib tadi sebelum makan malam, kene nyanyi dua round dulu.
Emak: Apa bunyi Ayam?
Imran: Kok Kok
I'jaaz: Tok Tok
Emak: Apa bunyi Itik?
Imran: Kwek Kwek
I'jaaz: -Senyap-
Emak: Apa bunyi Burung?
Imran: Chit Chit
I'jaaz: Cheee Cheee
Emak: Apa bunyi Cat?
Imran & I'jaaz: Auuuwrrr dan melarikan diri
So, nantikan single terbaru dari Emak! oh atau mungkin perlu tunggu album lah sebab lepas ni macam nk buat banyak lagu lagi aje.. hehehe
Love,
Salwa
Siapa Salwa?
Klik sini
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt Lama dah tak menulis disini. Cuti sekolah minggu lepas, kami sekeluarga juga ambil peluang utk bercuti-cuti Malaysia ...
-
Assalamualaikum wbt Topik ni selalu timbul di kalangan kenalan saya sejak dua menjak ni Tak hairan lah sebabnya anak-anak lebih kurang se...
-
Amaran: Entry kali ini adalah satu bacaan yang sangat ringan. Tujuan utama ditulis adalah utk meringankan kepala disamping cuba berfikir ses...
-
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, diberi Allah peluang kembali menulis setelah beberapa hari menyepi. Minggu lepas sehari aje ade kat offi...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni saya ada berita baik untuk pembaca setia dan semua followers. Tapi sebelum tu saya nak cerita sesuatu yang...



No comments:
Post a Comment