Ada apa dengan SPM?

Assalamualaikum wbt

Debaran adik-adik yang mengambil keputusan telah tamat. Slip sudah berada ditangan. Ada yang mungkin teruja dengan keputusan yang cemerlang, ada yang mungkin berpuas hati kerana sasaran tercapai namun tak kurang yang berendam air mata kerana tidak mendapat apa yang diinginkan.

Saya menulis hari ini untuk adik-adik
Mungkin cerita yang dapat memberi suntikan semangat
Atau sekadar nasihat tak seberapa dari seorang kakak

Ramai yang meletakkan SPM sebagai platform utama untuk kerjaya. Dengan keputusan SPM lah kita menentukan aliran dan kursus yang bakal di ambil di universiti dan kita yakin dengan masa depan kita.

Namun, adik-adik janganlah ulang banyak kesilapan generasi terdahulu kerana meletakkan SPM seolah-olah 'tuhan' yang menghukum siapa bijak dan siapa tidak

SPM hanyalah wadah dan jalan untuk keperingkat seterusnya
Tapi bukan pengakhiran segalanya!

Dulu, saya adalah salah seorang yang kecewa dengan keputusan SPM saya. Kalau boleh diulang semula peperiksaan, SPM lah yang ingin saya buat semula dengan bersungguh-sungguh supaya saya tidak kecewa.

Kekecewaan saya sungguh lama. Hatta sudah belajar di luar negara, dan mendapat pekerjaan di syarikat ternama, saya masih kecewa memikirkan keputusan SPM yang sudah berbelas tahun sudah! Hanya kerana saya tidak dapat 'straight As' sebanyak 11A yang menjadi idaman semua orang.

Sumpah!
Bunyinya asing tapi itulah yang saya rasakan

Kerap saya berfikir kembali. Kecewa saya sebenarnya banyak bersandar kepada sistem yang terlalu 'academic oriented' yang memandang tinggi mereka yang beroleh straight As sedangkan ramai dikalangan mereka ini hanya hebat dengan teori dibuku tetapi kaku dipadang dan dibidang lain

Justeru saya banyak memujuk hati saya dengan mengingatkan betapa aktifnya saya disekolah dahulu  hinggakan jarang berada di kelas, waktu prep dan kelas tambahan. Ramai yang ingatkan saya Robot. Kenapa saya beriya-iya dengan aktiviti itu semua? Kerana belajar dan menjadi terpelajar bukan hanya dengan buku! Harus seimbang rohani jasmani.

Jadi buat mereka yang mungkin tak mendapat keputusan yang cantik, tapi mahir dan bagus dalam lapangan lain, teruskan! Jangan padamkan minat anda.

Satu lagi, kerjaya juga bukan pengukur kejayaan.
Kalau adik dapat straight As tapi ingin menjadi jururawat, tiada masalah!
Asalkan minat

Percayalah,
Sudah ramai kawan dan orang yang saya jumpa yang SPM nya entah kemana tapi nun kesana kesini dengan kereta mewah dan banglo yang indah

Kerana? Usaha mereka lebih hebat!



Jadi, janganlah khuatir.
Buat yang puas hati, solat syukur banyak kali.
Mudahan Allah lebih mudahkan urusan selepas ini

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

7 comments:

  1. Anonymous9:35:00 PM

    Salam, boleh kongsikan tak bagaimana lepas spm, smbg study sbb ada org yg rapat dgn sy td br ambil result tp result tk seindah mana.. sy setuju dgn cik salwa yg spm bukan segala2nya.. tp mentaliti org melayu yang mangsa keadaan.. ini email sy skyluss_doctor@yahoo.com. berminat utk mengetahui cerita cik salwa

    ReplyDelete
  2. Ws wbt.
    Saya rasa elok saya kongsikan disini sahaja. Lebih banyak org dapat baca.
    Selepas SPM saya apply jurusan yang saya inginkan utk beberapa scholarship dan university
    Alhamdulillah, semuanya dpt dan saya memilih utk ke New Zealand akhirnya.
    Seperti yang saya kata, hanya kerana bukan 11A saya jadi kecewa sedangkan keputusannya sudah cukup bagus sebenarnya. Sya lebih kecewa menjadi mangsa keadaan seperti yang saudari tulis di atas.

    Nasihat saya kepada adik yang ambil result tadi, teruskan apply macam biasa. Paling penting buat jurusan yang diminati. Jika keputusan tak berapa ok utk apply jurusan yang diminati, boleh timbang untuk sambung dengan biaya sendiri. Kalau kurang berkemampuan, biaya utk tahun pertama dan kemudian apply utk sponsorship pada tahun2 berikutnya. Ramai kawan saya buat begitu utk jurusan perubatan kerana saingan sangat sengit utk dapatkan tempat bagi sponsorship.

    Jika dia tahu apa yang dia minati, itulah yang terbaik dan paling mudah utk diselesaikan.
    Selebihnya, jangan terlalu kecewa kerana kecewa tidak bawa kemana-mana. Teruskan hidup dan buatlah yang terbaik utk akan datang. Tawakal pada Allah

    Harap ini dapat membantu cik.
    :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:33:00 PM

    jzkk ( boleh ke sy pamggil akk?) nak minta pandangan akk kalau boleh.. org yang sy rapat nie dia x score subjek sains n minat dia lebih kepada agama sikit. kiranya apa bidang yang sesuai utk dia. sy lemah sikit bidang lain selain sains sbb sy dr aliran sains.

    ReplyDelete
  4. wa, love to quote this,
    "Sudah ramai kawan dan orang yang saya jumpa yang SPM nya entah kemana tapi nun kesana kesini dengan kereta mewah dan banglo yang indah"

    aku tak mcm yg diatas, takda banglo, takda kereta mewah..SPM pon hampeh.

    tp ya, sebab minat. minat utk teruskan hidup jadi manusia yg memberi manfaat pada manusia lain.. here i am, KAKAKKABU, Bonda n cikgu picisan pada ummat Muhammad :)

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Bidang bukan sains adalah sangat luas yang mana ramai menggelar sastera ikhtisas

    Akaun, ekonomi, perdagangan, wartawan, peguam dan pelbagai lagi termasuk didalam bidang ini

    Jika minatnya lebih menjurus kearah agama, boleh la memilih bidang yang diminati. Pengajian agama ni lagi la luas seperti syariah, usuluddin, feqah, quran sunnah dan sebagainya

    Jika berminat untuk ke luar negara, boleh ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) sebagai permulaan.

    Jika berminat untuk dapatkan bantuan kewangan dan scholarship, akak sarankan pergilah ke pejabat/majlis agama negeri atau baitul mal dan kemukakan rayuan. Mereka ada dana khas utk kategori seperti ini

    Semoga membantu!

    ReplyDelete
  6. Puan kem,

    itulah yang lebih penting sebenarnya. Bekerja dari hati dan bukannya dari emosi.

    Biarlah kita buat keje yang orang rasa tak best, tapi kita yang tahu puas tak puasnya

    Dulu kerja office berkembar paling tinggi dlm dunia, sekarang jual air mineral di booth event dan buat play dough? Hina ke? Allah lebih tahu :)

    Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:11:00 AM

    tak seindah mana tu banyak mana?

    mungkin result tak seindah mana dulu2 boleh lagi gi oversea berbanding dengan la ni.

    tp g oversea atau result indah2 tu bukan ukur tanda kejayaan yg hakiki.

    banyak bertanya dan luaskan pandangan. Jika minat agama & masih cenderung ke bidang sains boleh cuba ke Darul Quran JAKIM atau cuba program UIAM+Darul quran yg akan further study dlm medics/engineering slps setahun di Darul Quran..sekadar beberapa contoh.

    Berbalik kpd perubahan zaman, zaman skrg juga bukan lagi zaman "orang ngaji agama, ustaz2 ulama2 tak dapat cari makan, susah kerja etc."

    Berbalik kpd perubahan zaman juga, IPT & pilihan tempat belajar lain tidak sesikit zaman dulu. Banyak yg boleh diikhtiarkan.

    Cuma biar jelas & tetap pendirian apa yg nak dipilih tu.

    ReplyDelete