Assalamualaikum wbt
Tajuk kali ini mungkin agak serius. Saya bukan nak jadi penceramah. Tetapi saya nak berkongsi sedikit dari perspektif kerja saya yang terbaru. Semua pun tahu, jadi housewife dan WAHM kan.
Baru menjengah 3 minggu pun hidup saya sangat berwarna-warni. Setiap hari dipenuhi kerja yang masih banyak belum terlaksana. Imran & I'jaaz pula makin selesa dengan rutin hanya separuh hari di sekolah dan nursery masing-masing. Kemanjaan dan teknik menyepahkan permainan meningkat dengan mendadak sehingga rumah yang pada waktu pagi sangat kemas bertukar menjadi tongkang pecah mulai jam 1 ke atas.
Kemanjaan yang bertambah menyebabkan tantrum juga bertambah. Ada sahaja yang tidak kena dan saya diuji dengan balingan-balingan objek atau makanan yang ditumpahkan ke lantai.
Alang-alang tak sabar mungkin ada jiran yang kena telefon talian Nur. Tapi itulah yang kene difikirkan selalu. Apakah teknik terbaik meredakan tentrum dengan berkesan. Banyak tips saya telahi, tapi kadang-kadang aplikasi jauh lebih rumit diwaktu keadaan yang sebenar
Mungkin emak-emak lain faham apa yang saya katakan
Ada yang sudi berkongsi tips? :)
Diwaktu yang sama, saya mengusahakan bisnes kecilan yang sejujur-jujurnya memanglah tidak seberapa. Tiada rahsia. Pendapatannya setakat ini tidak pun sampai 5% dari gaji yang saya selalu terima. Saya tidak akan putus asa.
Saya akan cuba bantu suami setakat yang terdaya. Cuma dalam pada ingin menambah pendapatan, beberapa hari ini ketenangan jiwa agak berkocak.
Fikiran saya tidak boleh shut down.Hampir sepanjang masa jaga, saya akan berfikir.Berfikir hingga jadi runsing.Lalu hingga pada satu waktu, saya bermonolog sendiri
Tuhan,
Jika aku diberi pilihan
Antara kaya atau tenang
Nescaya akan aku pilih kedua-duanya
Kerana Engkau Maha Penyayang
Rahmat-Mu seluruh alam
Tuhan,
Jika aku hanya harus memilih satu
Tenang adalah pilihanku
Jiwa yang tenang kembali pada-Mu
Dengan tenang semuanya senang
Tenang beriku kekuatan dalam hidup penuh kekalutan
Tuhan,
Kaya itu ukuran manusia
Sedang taqwa adalah segalanya
Tidak ada kaya tanpa cinta-Mu
Tidak ada cinta tanpa mengenali-Mu
Tuhan,
Beri kami petunjuk dalam mengenal-Mu
Meneguk secangkir Rahman Rahim-Mu
Beri kami harum kasih dan belai-Mu
Berpaling mencium setanggi cinta-Mu
Salwa
17 Februari 2013
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni nk cerita satu lg feature menarik tentang salah satu produk Shaklee yang paling hot Hari tu kita dah kupas te...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...

atehn tantrum / mengamuk mmg mencabar..kalu x sabo, mmg ada yg kena penampo. hhehe. -tenangkan diri. baca auzubillah. kalu rase marah still meluap..diam lbh baik kot? rase da ada kekuatan, baru peluk anak..w.pun di tolak n di terajang...n s.time bagi pilihan utk die dtg dekat kte/ kite peluk die. fuuhh..susah nk ckp lah. gud luck supermom. teori senang, nak aplikasi, susah weh,,.
ReplyDeletemonolog diri- mantap. tahniah.
aku pilih tenang..dan kalu diberi pilihan, ku pilih dua2 jugak!
ayong e.ju
thanks ayong..
ReplyDeletetu lah, buku bertingkek tingkek dah dibaco
nak amalkan?
tepuk dada tanya iman!!
terima kasih datang menjenguk blog