Boycott!

"Umat Islam tidak akan mati kalau tidak minum Coca-Cola" Tun Dr M.


"Hmm..tu lah...dah cakap lama dah.Alhamdulillah, sekarang pemimpin juga bersuara..."


Antara reaksi saya pagi tadi sewaktu membaca wawancara Mingguan Malaysia dengan Tun Dr Mahathir. Topiknya tentu tentang keganasan regim Zionis yang sudah memasuki hari kelapan. Namun yang lebih menarik, Tun Dr Mahathir turut menyeru ummat islam untuk memboikot barangan Israel dan Amerika secara terancang. Sengat berguna wawancara ini. Sayangnya versi online tidak available. Hanya Mukadimmah sahaja. Untuk wawancara penuh, boleh baca dengan melanggan e-paper atau beli Mingguan Malaysia.




Mukaddimah wawancara Tun Dr Mahathir


Antara yang mahu saya kongsikan:


  1. Tun menyeru untuk memboikot menyokong kuat Israel iaitu AS.Israel tidak dapat bergerak tanpa AS.
  2. Negara-negara Islam terutamanya negara-negara Arab perlu berhenti 'memberi hutang' kepada AS dengan membeli bon mereka. Hasil penjualan bon digunakan untuk membekalkan senjata untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin
  3. Boikot memamg sukar tapi dapat dilakukan dengan membuat senarai-senarai tertentu. Tun difahamkan penduduk selatan Thai tidak meminum Coca-Cola.Kita juga dapat melakukan perkara yang sama.
  4. OIC tidak dapat melakukan apa-apa, begitu juga negara Islam. Yang boleh melakukan sesuatu adalah UMAT ISLAM.
  5. Tidak melakukan perdagangan dalam US Dollar. Lemahkan ekonomi mereka yang sudah lemah supaya mereka tidak dapat memberi bantuan kepada Israel.














So, what say u?



Masih berdolak dalih? Masih tidak yakin? Saya dahulu sewaktu menulis entry tentang ini... (sila rujuk Jgn Buat Derk! (Boycott Israel) ) dipersoalkan. Macam-macam sikap pesimis yang ditunjukkan tapi saya masih dengan pendirian saya.

Kita mahu jadi seperti burung kecil dalam kisah sewaktu Nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup. Kita juga mahu sekurang-kurangnya memainkan peranan walau sekecil mana pun. Amat malang orang yang fikirannya sibuk mengatakan "Alah, bukan dapat effect pun..kalo kita boikot...kita ni kecik aje..bergantung kepada AS"... Ingat, sebiji batu memang tak mendatangkan kemusnahan besar, tapi kalau berlori-lori batu?????

Again, dalam entry tu ada link tentang Fatwa Ulama' tentang Boikot Barangan Israel & Amerika

Saya menyeru, ambillah sikap peduli.Cukuplah dengan kita yang asyik menunding jari,menggoyang kaki.Cukuplah.. Hanya 1 Dollar Aje sebulan...takkan tak mampu????


Dan akhirnya, jika benar2 kesempitan wang, maka berdoalah.banyakkan QUNUT NAZILAH FOR UMMAH .... :)

Allahu'alam

Wassalaam
4 Januari 2009
---------------------

Saya poskan kembali entri ini sebagai refresher

Saya boleh dihubungi untuk ceramah tentang Palestin/Gaza atau sebarang keterangan lanjut tentang Palestin, Israel dan apa sahaja tentang solusi membantu penduduk Palestin.

Hubungi: salwamohdsaleh@gmail.com atau Whatsapp 019-555 8027

salwasaleh.com
3 Februari 2013

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

5 comments:

  1. setuju,saya memang menyokong dan mendokong tindakan ni.tapi sedihnya kita tak cukup kuat menjayakan agenda ni.nak hapuskan perdagangan dengan US mungkin sukar buat masa skarang,kita bukan developer atau leader dalam innovation.tapi sbagai buyer,kita umat islam patut sudah sedar..

    tak minum coca-cola,radix cola kan masih ada.macam2 lg ada alternatif lain.usah berdalih.

    harap2 orang Islam yg memandang rendah konsep boikot barangan yahudi/us ni,1st skali perlu check dia tak pakai seluar jean levis (satu sindiran saja)hehe

    ReplyDelete
  2. mama anis @ K.Zuraini1:57:00 PM

    Salam ziarah..
    Semoga sihat sejahtera semuanya.
    Beralih arah sekejap dari youngventurer's blog yg semakin berhabuk :-D
    Masa doa solat jemaah di Madinah ari tu, teresak2 imam di Masjid Nabawi mendoakan umat Islam di Palestin.
    Kita yg tak faham bahasa Arab pun ikut sama sebak.
    Salam buat Idham yg semakin sibuk di hospital.

    ReplyDelete
  3. rem58:

    betul. setuju 120% (extra setuju)
    kadang2 banyak sangat alasan lapuk yang dikemukakan..

    most of the times actually nk cover diri sendiri yang 'kurang rajin dan bersemangat' utk memboikot.

    walhal, kalau kita perhatikan, kebanyakkan makanan yang ade kaitan dengan zionis dan amerika bukanlah makanan berkhasiat, malah memudaratkan dalam jangka masa panjang.

    dari sudut pakaian,kelengkapan, aksessori dsb pulak, semuanya yang branded dan menghabiskan duit.

    aduhai...bila la semua kita ni nk betul2 buka mata...

    ReplyDelete
  4. mama anis:

    ws wbt. hehehe..tuan youngventurer's sgt kepenatan dan kelelahan dengan tugas yg baru bermula.

    mungkin akak dulu dah ada pengalaman dan dapat rasa... :) ni bukan cabaran pada seorang ni...dengan orang sebelah jugak...hehhe

    salamnya telah disampaikan.katanya tatau lah bila nk diupdate.

    akak umrah? ma sya Allah, seronoknya. kami pun ada berhajat tapi belum ada rezeki nampaknya.

    salaam to all jugak.

    keep in touch..

    :)

    ReplyDelete
  5. salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah melayu yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

    ReplyDelete