Ceritera Kampung

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum....

Banyak betul rasanya nk tulis (taip?) dekat sini. Terlalu banyak juga yang nak dikongsi tapi apakan daya, banyak benar halangan nk menulis entry disini. Hurm, bilalah agaknya saya dapat mendisiplinkan diri untuk update blog dua minggu sekali sekurang-kurangnya? Entahlah.
Minggu lepas, saya diberi cuti khamis dan jumaat.cuti yang dikira sebagai unrecorded leave.saguhati kerana bekerja tidak henti selama hampir dua minggu yang mana mengorbankan hujung minggu. Adil lah kiranya kan? Jadi saya ambil keputusan pulang ke kampong di Diamond Bay. Tahu dimana Diamond bay? Kalau tak tahu, ya, rujuk dipeta sahaja!

Ini kisah yang berlaku sepanjang dikampung....

*************************************

CERITA 1: ILA

Khamis, ketika sedang memandu Saladin, hujan lebat dari KL sampailah rumah. Kadang2 sahaja renyai2.Lebih kurang pkl 2 begitulah, sedar ada miscall dari Ila. Ila adik kedua terakhir yang sedang ‘mengaji’ Business Admin di Seri Iskandar. Ini kenapa pulak nih? Terus pantas dihubungi kembali.

Cik uwa: assalamualaikum
Ila: ws
Cik uwa: haa, nape call? Tgh buat aper?
Ila: orang tengah tengok result nih
Cik uwa: result exam? So camner? Kamu failed ker?
Ila: tolong sikit eyh.mane ade.orang dapat jd best student lah
Cik uwa: hohohoh. Brape orang dalam batch kamu tuh? 12 orang ker?
Ila: hey....mane ade.ish...ade 50 lebih lah...orang dapat no 1.
Cik uwa: yer ker? Ooooo tahniah la camtuh...pointer baper?
Ila: 3.9 ...satu aje lagik
Cik uwa: ok ah tuh...kamu jangan leka, panjang lagi perjalanannyer...jgn syok sendiri aje...usaha lagi lepas nih

Ila: yer yer...kakwa tk keje ker?
Cik uwa: nk balik umah nih.
Ila: ptg ni ikut mak ker?
Cik uwa: yer ah kot.
Ila: laaa...jumpe la nanti
Cik uwa: haa..in sya Allah.wokeyh ah..kamu nk kakwa tulis entry pasal kamu ker?
Ila: hehehehhehe
Cik uwa: hek eleh...tgk ah camne..kalo rajin..wokeyh.pai.muahs.assalamualaikum
Ila: muahs.ws


Perbualan ringkas dengan Ila.kalau tgk cara kami bercakap, mmg banyak teasing la.biasa lah, for fun.kalau tak tk best lah kan.apapun, ila, this’s for you. Nanti kalau lebih cemerlang baru ade entry sweet2 (hehehehe..tk janji maaa).

Apapun, jangan diukur kecemerlangan hanya dalam satu bidang sahaja. Hidup kita ni banyak cabangnya.Kecemerlangan sebenar adalah bilamana kita dapat manfaatkan apa sahaja yang kita ada untuk kebaikan kita dan juga orang2 disekeliling kita. Walaupun masa ini, semua orang sibuk tgk akademik sahaja, jgn lupa yang mencorakkan masa depan kita tu sendiri adalah sikap kita.

Dan bilamana kita cemerlang, pulangkan kembali rasa syukur dan gembira itu padaNya.Dengan cara apa?Patuh dan tunduk atas arahanNya, beribadah hanya padaNya,tidak lupa fungsi kita sebagai hamba.

Dah la tuh, orang bukan nk bebel kat kamu.....congrats again yah! Usaha lagi untuk result yang lebih cemerlang disamping mencemerlangkan diri kamu.muahs

**************************************

CERITA 2: SOLAT

Jumaat selepas menyelesaikan urusan yang sangat banyak termasuklah meng’servis’ Saladin, singgah di The Store. Dekat tengahari waktu tu. Saya beratur utk membayar harga barangan.Tiba digiliran saya, cashier yang merupakan seorang gadis Islam keturunan Melayu meletakkan tanda ‘Kaunter ditutup’. Senyum saya kepadanya ketika sibuk si gadis ‘scan’ harga barangan yang saya beli.

Cik uwa: dah nk tutup yer kaunter. Solat jumaat eyh?

Gadis: haah kak.hari ni jumaat, lunch hour lama skit.dapat lah sembahyang.biasa tuh lunch hour kejap aja.tk sempat nk sembahyang

Cik uwa: (huh? Aik, panjang jawapan) oo..ye ker?

Gadis: kitorang kat sini tk macam jusco. Diorang ade tempat sembahyang,senang lah. Kami kat sini kene keluar bangunan utk sembahyang.selalu zuhur mmg tk sempat, kami qadha aje la kak.

Cik uwa: (aiyoo...itu mcm ka) Ala, korang solat aje la kat belakang2 tuh.kat mana2 tempat yang kosong tuh

Gadis: ish, kotor lah kak. Tak bersih tempat tuh.walaupun kita bersih kan, tapi rasa tk selesa la nk sembahyang kat tempat-tempat macam tu.

Cik uwa: (pulak...) akak dulu kan, time kat oversea dulu, kami solat kat mana2 sahaja. Kat market lah, tepi jalan la, taman la.atas tanah aje pun.... (cik uwa pun senyum baik punya kat dia)

Gadis: haah. Saya pernah dengar juga orang kat oversea sembahyang atas tanah.tapi kak, masa nya tk cukup.mmg tk sempat lansung nk break.biasa lah kak, orang cine tauke nyer.mana nak kasik time mcm tuh.tk boleh tinggalkan kaunter kak.

Cik uwa: (laa....kasik alasan lain la plak..ish2).meh akak kasik awk taktik nyer. Dulu kan, time akak kuliah atau keje, kata la tk cukup sangat masa, akak buat camni. Keluar 5 minit pi toilet, amik wudhu’, then masuk balik.then setengah jam lps tuh, akak kuar ah balik.solat.jadi tkde la lama sangat akak keluar. Awk pun boleh buat mcm tu. 5 minit awk keluar kaunter, just utk amik wudhu’, then awk datang balik.stgh jam lepas tuh, awk pi la solat.haa...kan mudah mcm tu. Awk tkde la amik masa sangat (lebih manis cik uwa senyum kat dia)

Gadis: haah kak..(lepas tuh dia diam)

Cik uwa: (ape lagik, jual la lagik cik uwa) akak bangga ngan korang, masih cuba sedaya upaya. Tgk, masih bertudung, pandai jaga diri (wah...gile punye puji nih). In sya allah, kalau korang cuba, allah akan mudahkan urusan korang.cuba la try apa yang akak ckp td. Akak doakan semuanya Ok utk korang.

Gadis: haah kak,betul tu. Terima kasih la yer.

Cik uwa: sama-sama.balik dulu.assalamualaikum

Gadis: ws

Haa, kan tak pasal-pasal ada khutbah jumaat free dekat kaunter.selama ni dengan jugak keluhan dari suratkhabar dsb tapi kali ini real life. Kita kadang-kadang terlalu sibuk menyalahkan golongan seperti ini tanpa provide any solution to them.jadi, mari sama2 kita belajar, rajin2 lah menegur dan bersapa mesra dengan orang-orang disekeliling kita, mana tahu kita dapat beri manfaat atau merka member manfaat pada kita? =)

***********************************

Rasa macam nk tulis lagi beberapa kisah, tapi macam penat sangat mata.ngantuk betul nih.tkpelah, saya simpan mungkin untuk entri akan datang.

Apapun, saya syukur amat ketika ini. Trip saya hujung bulan ini kesalah sebuah negara di benua Africa dibatalkan.alhamdulillah, syukur yang amat doa dimakbulkan.saya hampir tidak tahu bagaimana mahu berdoa untuk tujuan ini kerana semuanya telah lengkap.hotel sudah ditempah, tiketnya sudah ada sejak 2 bulan yang lalu. Namun kuasa Allah itukan lebih dari segala yang lain, makanya disaat akhir, ma sya allah, dikabulkan doa-doa orang yang disekeliling saya (nk kata doa saya, ntahlah.dhaif amat).alhamdulillah..

Saya penat amat ni.mahu rehat sebentar.
Ya, mungkin jumpa dilain entri sahaja biiznillah!

assalamualaikum

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Anonymous10:19:00 AM

    Salam.
    saya ada soalan untuk akak uwa bagi cadangan/penyelesaian masalah. baru2 ni sy pergi solat jumaat, kebetulan dh ramai sgt dan sesak masjid tu. sy tgk ade sekumpulan pemuda2 tgh lepak atas motor sambil hisap rokok. disebabkan dh qamat dan semua org dh ambil saf, sy pun terus masuk saf dan solat. Habis solat sy terkejut tgk budak2 muda tu ramai tak solat. sy nak tegur pun mcm tak terdaya sbb diorg ramai, dan pakcik2 pun buat tak heran je. sedih jgk. sy takde alternatif lain la, akak ada cadangan? klau nak tegur pun mesti diorg akan jwb 'saf dah penuh','tkde tmpt' dll alasan. sy pun baru balik bercuti di Msia. klau kt oversea alhmdlh budak2 ada kesedaran psl solat. kat mana2 shj diorg blh solat. :)

    ReplyDelete
  2. Ws wbt adik yang tk diketahui namanya.

    Oh, awk belaja oversea. Selalunya bila berada di luar negara ni, kita kump minority. Lebih senang mendekati dan menegur. Lagipun bond sangat kuat selalunya. Alhamdulillah

    Kadang2 mmg berlaku mcm yang awk tempuhi baru-baru ni. Sekumpulan remaja yang dianggap nakal dan melepak ditepi masjid tanpa arah tujuan.sekadar meramaikan pada pdangan kita. Persepsi tu mungkin boleh diubah dengan bertanya pula,

    Apa yang kita dh buat utk ajak mereka solat?
    Apa yang kita lakukan utk salami apa masalah sebenar diorang berkelakuan mcm tu?

    Tentu susah kita nk jawap kerana sebelum kita menegur pun, kita telah letak dua perkara yang menghalang:

    1)nanti diorang sure kasik alasan (adakah kita sure diorang akan kasik alasan sebenarnya?)
    2)orang lain tak tegur diorang pun..

    in sya Allah, ubati dua perkara tu dengan menjauhinya. Kita boleh mulakan langkah walaupun bermula hanya dengan satu senyuman. Cuba berkenalan dengan diorang.boleh offer diorang air ker, ape ker.then sembang2.then dari situ boleh la ajak2 utk solat. In sya allah, dengan kita berusaha, mana tahu Allah bukakan pintu hidayah mereka? =)

    akak pun tahu, semua ni susah.akak pun tk selalunya berjaya, tapi tu la, apa yang akak nk tekankan, kita cuba dahulu. In sya allah, nanti dah lama2, bermacam2 tektik akan muncul sebab kita dah selalu buat...

    selamat mencuba!

    ws

    ReplyDelete