[17:23]



Kita yang kurang sensitif??

Prolog

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[1]. (Surah Al-Isra’, ayat 23)

[1] :Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.
*********************************

Ucapan
Jun ini terlalu banyak tarikh yang penting. Hari ulang tahun emak, ulangtahun perkahwinan emak abah yang ke -35, ulangtahun abah,ulangtahun ila dan ulangtahun opah. Juga setiap ahad minggu ketiga jun diiktiraf dunia sebagai hari bapa. Dan tahun ini, tarikhnya pada tanggal 15 Jun.

Dari pagi menghubungi rumah, hajat mahu bercakap dengan abah. Kali yang pertama disambut kak mie:

Cik uwa: helo assalamualaikum
Kak mie: ws.yeap,nape
Cik uwa: haa, panggil abah jap
Kak mie: abah kat luar.tepi umah opah
Cik uwa: laa... hurm,panggil pina
Kak mie: pina pun kat tepi umah jugak. Semua orang kat tepi umah. Ni berlari-lari sambut telefon
Cik uwa: kenape plak semua kat tepi umah?
Kak mie: Angkat barang-barang tuh. Nk kemas
Cik uwa: (barang mende plak nih? Kemas? Ishh) ooh. Wokeyh.nanti la orang tepon balik
Kak mie: may see aah?
Cik uwa: hari ni kan ari bapa. Nk wish ah. Tkpela.nanti org tepon balik. Kem salam kat abah yeh..
Kak mie: wokeyh.

Dalam pkl 3 ditelefon kembali.sebab abah tak mahu pakai hp, jadi kene telefon rumah kalau nk bercakap dengan abah. Kali kedua ditelefon, ila pulak yang angkat.

Cik uwa: assalamualaikum. Abah ade?
Ila: ws. Tkde.abah gi kebon
Cik uwa: (kebun ah plak.isyk..)
Ila: oit, pina sensorang kat luar tuh dalam kolam.(kolam plastic kecik yer, bukan kolam renang)
Cik uwa: haa…ok la..


Kali ketiga tepon, dah dekat nk senja.barulah dijawap orang yang dicari-cari

Cik uwa: assalamualaikum
Abah: ws.
Cik uwa: abah pekaba? Sehat ker?
Abah: boleh la.sehat jugak
Cik uwa: aii, pegi kebon denga citer
Abah: mane ade,tanam cabai aje.tepi rumah
Cik uwa: (ni sure tkmo ngaku nih.suro dok umah tkmo.ade jer mende nk dibuat.abah abah)
Cik uwa: ni ha, nk ucap, selamat hari bapa..heeee
Abah: terima kasih
Cik uwa: abah ade dapat pape2 ker ari ni?
Abah: ucapan tu yang paling mahal. Tkde dapat ape pun tkpe
Cik uwa: (isykkk…)


Kami kemudian bersembang seketika. Tentang kesihatan abah, perkembangan check-up abah di hospital (sebab tu la suruh rehat tapi abah ni mmg tkleyh duk diam nyer style.) abah pun time tk sihat mcm mane, still nk keje.rasanya ramai orang dulu-dulu mmg mcm tu.drive yang kuat.alhamdulillah, abah ok.cuak jgk minggu lepas bile denga abah kene bawak pegi hospital.apapun, abah dah kurus sgt, tak macam dulu. Sape yang tk tgk abah dalam masa setengah tahun, sure tk cam muke abah. Drastik jugak perubahan.ape lg boleh buat selain doa agar abah juga emak yang sedang meniti usia emas agar diberikan kesihatan dan anak-anak yang sentiasa ingat dan cuba sedaya upaya membalas budi mereka.amin.jadikan kami anak yang seperti itu ya Rabb.

Kemudian kami sambung pula perbualan,bercerita tentang pemberian subsidi melalui pembaharuan cukai jalan.

Abah: kamu dah amik duit utk kereta kamu?
Cik uwa: belom. Ramai sgt la orang sekarang.nanti-nanti la
Abah: abah besok nk pegi amik. Motor pun ujung bln ni kene idupkan road tax. Ila nk bawak pegi sana
Cik uwa: waaaaa…. Tak aci. Ila boleh bawak motor. Kakwa abah tk kasik*
Abah: die dah dapat dah lesen P
Cik uwa: kakwa pun ade lesen. (lesen penuh since 04 rasanya)
Abah: die nk ulang alik mcm mane. Tkkan nk jalan kaki.sekarang dh duk luar. Tk boleh duduk campus.lgpun dekat aje
Cik uwa: kakwa pun dekat aje. Tp abah tk kasik
Abah: die mane ade highway.kamu kat kolumpo tu bahaya.kalau ade org follow,ish. Kalau naik kereta selamat sikit. Tak payah la kakwa.Nk jimat duit punya pasal, nanti tk selamat.
Cik uwa: uuuuuuuuu
Abah: ok lah kakwa.
Cik uwa: okie. Selamat hari bapa sekali lg. assalamualaikum
Abah: ws


Hurm, saya tahu ada dikalangan pembaca yang tidak setuju dengan sambutan hari ibu dan hari bapa kerana sejarah-sejarah yang ada dibelakangnya. And of course they create all such days sebab money lah kan. We all know that. Tapi, tkde lagi kan fatwa mengharamkan seorang anak member ucapan sedemikian kepada keluarga mereka?

In my family, mende nih one of the things yang mmg dihargai.Just as simple as ucapan akan buatkan hari mereka sangat bahagia lagi-lagi bila dah usia makin meningkat. Kadang-kadang kita selaku anak terlepas pandang mende kecik (bagi kita kecik la) mcm ni sedangkan inilah yang bawa erti pd mereka.

Teringat dulu pernah menulis satu entry ttg hari ibu bulan Mei 2004. Boleh rujuk di entri Selamat Hari Ibu. Saya masih di NZ waktu itu. Paginya, emak menangis seorang (dan Ila yang ditakdirkan ternampak) kerana fikir emak, anak-anak sudah lupa hari ibu sedangkan itu masih awal pagi! Sedikit seperti itu sudah terasa, apatah lagi kalau tidak diucap lansung? Na’uzubillah dari membuatkan hati ibu bapa kita luka.

Hari ibu tahun ini, ditakdirkan emak dan abah ada di KL kerana menghadiri kenduri.satu lg perkara penting yang dipelajari yang juga kadang kita selaku anak terlepas pandang. Sembang emak dan makcik-makcik saudara ketika itu:

Makcik A: Saya tk suka kalau suami kenalkan saya sebagai ‘org rumah’ dlm majlis bila jumpa kawan-kawan. Apa kita isteri hanya duduk rumah shj?
Emak: Betul. Patut gunakan suatu yang bagi tanda penghormatan. Siapa orang rumah? Semua boleh jd orang rumah
Makcik B: Patut kenalkanlah sebagai ‘ini isteri saya’. Kalau tk pun ‘ini pasangan saya’.
Makcik A: Saya lebih suka tak payah pergi function kalau just nk diaddress sebagai ‘org rumah’. Rasulullah pun guna nama gelaran yang disenangi isteri.

Mereka terus berbincang. Itulah, yang kecil-kecil seperti ini, yang kononnya sudah jd kebiasaan kita orang Melayu, sebenarnya menyakitkan hati..

Emak: Satu lg, akak ajar anak-anak akak, jangan sekali-kali kenalkan pada kawan-kawan “ini orang tua saya”. Mcm tk boleh terima. Kalau nk kenalkan cakap “ini emak saya, ini ayah saya”. Jgn panggil emak abah dengan panggilan orang tua.

Kami adik beradik yang ada disitu diam. Mmg benar, kalau memperkenalkan, kami perkenalkan dengan kata emak dan abah atau ayah dan ibu..tapi khuatir juga kalau pernah terlepas ckp perkataan ‘orang tua’ dihadapan mereka!

See… inilah, halus nya hati emak dan abah kita. Kita shj yang kadang suka melupakan hati mereka.

********************************

Prolog

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[1]. (Surah al-Isra'', ayat 23)

[1] : Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Patutlah dalam ayat quran diatas td ditegaskan, ‘ah’ sekalipun dilarang. Betapa besaranya hikmah larangan dan suruhanNya.

Saya rasa, mungkin masih tidak terlambat untuk kita sama-sama koreksi dalam hidup seharian, apa yang telah cuba kita lakukan untuk membahagiakan emak dan abah kita. Mungkin kita kadang belum termampu, tapi bukan alasan utk tidak membahagiakan mereka dengan ucapan dan doa!!!!!

Emak dan abah, didoakan semoga kalian sentiasa bahagia, sihat dan tetap dibawah redha Allah. Kami mungkin tidak akan dapat membalas jasa kalian, tapi kami benar berharap, kalian dapat berbangga dengan kami, dapat membalas budi baik kalian dan kami menjadi anak yang soleh dan solehah yang memudahkan urusan ibu dan ayahnya ke syurga!! Amin.amin.amin

******************************
Penutup

Sempena ulang tahun ke-35 (18 Jun 1973 – 18 Jun 2008) istana bahagia ayahanda Mohd Saleh Harun dan bonda Jamaliah Mat Tahir








Raja & RatuKata orang aku bintang
Terang cahaya cerlang
Lebar senyumku memandang tegak
Ada dua lagi bintang
Dari atas pundakku
Sinar saban waktu
Gemerlap suluhan cinta
Kasih seluruh jiwa

Kata orang aku cemerlang
Puncak jaya aku tawan
Manis wajahku melihat bawah
Ada dua teguhan tiang
Dari bawah tubuhku
Sokongan tiap detik
Dalam pendakian sukar
Membawa aku keatas
Melihat seluas alam

Kata orang aku hebat
Punya bakat
Punya kerjaya
Punya segalanya
Tegas kataku memberitahu
Berdiri kiri dan kananku
Ayahanda bonda
Yang jauh lebih hebat
Yang jauh lebih berbakat
Yang jauh lebih berusaha
Yang senantiasa memanjat doa

Mendidik
Mengajar
Memberi tauladan
Sampai suatu ketika
Aku jadi insan berguna

Ayahanda bonda
Hanya kamu
Raja dan ratu sebenarnya!


Wardah as-Syauk
15 Jun 2008
Cheras, Kuala Lumpur

"Rabbanag firlana..zunubana..waliwalidaina..warhamhuma kama rabbayani saghira"

***************************

*Nota kaki yg panjang:

Actually citer nk pakai motor nih dah wujud since last year.seblom harga minyak naik lg.konon nk jimatkan duit la. Dlm seluruh ahli keluarga, saya sorang aje tk dibenarkan bawak motor esp abah la.sebab? sebab tk ingat nk bawak motor camne.dulu time amik lesen pun, just for the sake of dapat lesen, then tk bawak pun motor. That’s why la diorang tk confident lansung. But I’m thinking of using scooter. Kan jimat…

Mesyuarat ahli-ahli lembaga PIBG umah sg manik yang dipengerusikan En Mohd Saleh Harun pd thn lepas tlh menolak usul utk Cik Salwa memakai scooter kerana undi menolak lebih banyak, beberapa pihak berkecuali dan hanya ada 1undi menyokong usul tersebut.

Baru-baru ni, usul dibawa semula nampaknya membuahkan hasil yang lebih teruk. Satu-satunya penyokong usul juga nampaknya telah beralih arah dengan menyokong pihak majority (Chettt..apara…kate nk sokong orang) akhirnya, sebulat suara mesyuarat PIBG telah menolak buat kali kedua, permohonan Cik Salwa untuk memakai scooter ke ofis.

Waaaaaaaa

Tapi mmg la logic alasan-alasan yang dikemukan Ajk-ajk PIBG.nampak gayenyer budget saladin ah plak yang kene tambah lepas nih.. hurmmm

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

8 comments:

  1. Tak mengapelah cik uwa. Safety first yer. Bawak elok2 saladin tuh,brek kereta awl2, bertolak awl utk elakkan jam, less speed.. other suggestions, maybe can start to cut cost on few others, stop buying junk food(if any), bawak bekal dr rumah(possible ke?), makan sayur byk2, ambil protein tak bertulang seperti tempe.. take less chicken. So tema kita pd kali ini... Safety & healthy =P. May we be blessed by Allah =)

    ReplyDelete
  2. mims:

    ko nyer tips la yang paling tip top setakat nih...ouuchhhh :p

    waaa, kt kelantan nanti less jam kot.sonok la ko yeh. abes 'unta merah' tu nk bwk skali pi sane ker?

    btw, dah dapat nama baru utk dia...hihii

    ReplyDelete
  3. salam..
    i got this blog from konsis website. really wanna know u more. nway, nice post about mak ayah.slagi kite ada mak ayah, slagi tu lah kite harus membahagiakan mereka. kelaka la bile baca post ni..comel2..hehe. salam ukhwah~

    ReplyDelete
  4. kak waa! ade lagi one day yg important dlm bulan jun.. aha aha =D

    ReplyDelete
  5. syahirah: salam ukhuwah. oh ye ker? tk perasan pulak, ade kat website yer? =)

    nk kenal pun, tk menarik orgnya.tp ape salahnya tambah kenalan.more than welcome.hntr la email sis! :)

    alenn:

    ehe ehehehehe.yer ker? kalau buat-buat lupe bleyh ker? :p

    krg tkmo dtg tgk akak besok? aha, kalau orang 'jun' tuh nk claim adiah die, kene mai sini kot..ade sate kajang!!! ;)

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:14:00 AM

    wa padieni..ha aku sokong ckp mima..jgn jadik cm aku..heeheh..

    ReplyDelete
  7. inshaAllah, akan ku bawa unta aka 'mashwah' tuh.huhu.betul ke spelling ni?btw,xle pggil 'unta merah', telah di'copyright' by cik bubbly. jzkk cik uwa. =)

    ReplyDelete
  8. padie:
    yes, berhati-hati di jalan raye.kalau agak2 trauma tuh, berenti la dulu bawak unte hijo tuh..hehhhee

    mims:

    bukan mashwah lah...qoshwa..tkpe2..nanti kasik ejaan arab, baru klasik.kire bawak betul2 la nih..wah2...mantap2...

    ReplyDelete