Mesjid

Assalamualaikum wbt

Ape khabar?Sehat? =) Moga selalu sehat zahir dan batinnya.

Ok…,sape kat sini yang pernah dengar lagu nih:

Nada al Masjidu lil Ummah
Ya Ummati Aina Syababi
Littaa’ti tahlul himmah
Al- himmatu fiha hayati…..


Pernah? Mesti pernah kan kalau dengar radio ikim.fm =) lagu ni dari Imad Rami.As usual lah, kalau lagu-lagu arab nih selalu nyer first time dengar kat ikim dulu, then sebok lah saye carik dari kawan-kawan sape yang ade lagu2 yang saye berkenan.(oh,btw, thanks kepada mereka-mereka yang selalu jadi source cik uwa!)
Faham tak maksud lagu tuh? Ok la, since I know that bkn everyone ade peluang nk belaja lughahatul arabiyyah, maka disertakan maksudnya sekali supaya point saye lepas nih sampai dan saye tidak dikatekab dzolimmmm…heeee

----------------------------------------------------

NADA al masjidu lil ummah

Seruan Al-Masjid (terjemahan Muhammad Ali –Shah Alam)

Allahuakbar x2
Lailaha illaLlah

Masjid ini adalah milik Umat,
Wahai umatku
Di mana pemuda-pemuda yang taat yang mempunyai
kesungguhan
Dalam kesungguhan itulah kehidupanku

Wahai Bilal agama bertakbirlah,
Takbirlah Allahuakbar,
Dan dengan pujian Allah bertakbirlah,
Takbirlah wahai Bilal sebanyak2 nya.

Masjid ini menyeru manusia
Wahai muslim di manakah keikhlasan?
Wahai muslim di manakah ikhlas?

Wahai Bilal agama serulah,
Serulah dengan suaramu yang menghidupkan hatiku
jiwaku.. x2

Masjid ini menyeru manusia
Wahai muslim di manakah keikhlasan?
Wahai muslim di manakah ikhlas?

------------------------------------------------------

Dah baca dah? Rasa-rasanya dapat tak apa yang cuba ditekankan oleh lirik lagu kat atas nuh? Ada ala-ala macam terasa tak? Ade tak?

Dimana masjid di hati anda?
Adakah di hari jumaat wahai pemuda-pemuda (dan yang tk muda juga)?
Atau adakah hanya ketika anda punya masa lapang?
Atau adakah hanya ketika anda ingin melansungkan nikah?
Mungkin juga hanya ketika ada kuliah atau kenduri kendara?

Btw, apa fungsi masjid bagi anda yer rasa-rasanya?

Jawap lah sendiri. Saje aje tanye. Jgn marah yer…sesaje aje tanye nih…-wink-

Kalau tak terasa tu bagus lah. Meaning anda nih seorang yg ahlul masjid yang sangat setia 5 kali sehari mengunjungi masjid. Alhamdulillah….untung siapa yang memiliki anak seperti anda, cucu seperti anda, adik/abang seperti anda dan yg plg untung, tentunya memiliki suami dan ayah seperti anda. Untungnyer….

Siapa yang terasa, masih tak terlambat utk berusaha membaik pulihkan diri dalam menyahut seruan masjid.Masih tk terlmbat utk tahu dan faham apa erti sebenar masjid.Masih tidak terlambat dalam mengubah persepsi lapuk bahwa masjid itu ruang solat semata-mata.

Siapa yang lansung tak terasa malah tk kesah pun dan dalam erti kate lain tak faham pun apa yang cuba disampaikan entry nih, errrr ape kate tanye pada ust atau ustazah atau sape2 arif yg dipercayai utk terangkan? Kalau tk pun, boleh email saye utk kepastian. Mungkin boleh diexplain apa yang patut.in sya Allah

Seorang Rabbi yahudi pernah berkata:

"Janganlah ummat Islam bermimpi utk mengalahkan yahudi sehingga bilngan mereka yg solat subuh berjemaah di masjid menyamai bilangan yg datang utk solat jumaat"

See, orang kafir pun tau.mereka tahu kekuatan dan kelemahan musuh kerana dengan itu mereka dapat tumpaskan kita.kite tau tak siasah peperangan musuh? Tau la sket, pasal ghuzwatul fikr, pasal perang zalim etc…tapi cukup ker kite tau eyh? Maybe bagus kot kalau tau at least sikit wpon kite secara fizikal nyer tk berada dalam situasi/kawasan peperangan.

Teringat pembacaan baru-baru nih. Dalam bukunya “Fatawa on Palestine”, Syeikh Yusuf al-Qaradawi memetik pendapat dari seorang ulama kontemporari Syeikh Muhammad Rashid Rida yang menulis dalam Tafsir al-Manar,

“Antara perkara yang tidak dibenarkan adalah masuk dalam kancah peperangan tanpa mempunyai latihan (pengetahuan) yang cukup tentang cara berperang musuh……”

Best jugak chapter nih actually, carik la sendiri yer bukunyer,then baca…hehe.(iklan2: Aman Palestin ade jual buku nih.baru aje sampai last month kalo tk silap).Kalau kasik sumer kang tkde sape nk beli buku ulama’ kite.(cheh, alasan lapuk cik uwa yang malas menaip)

Eyh, melalu plak. Back to masjid…
Hurm…so tau tak masjid terdekat kat umah? Tatau? Tkpe2….balik nanti sile check yer.pusing2 lah kawasan berdekatan, at least tau la sket sebanyak surau2 dan masjid2 yang ade dalam lingkungan kawasan kite....Kan? =)

Entri ni ditutup dengan satu cerita yg berlaku beberapa bulan lepas di office…

---------------------------------------------------------------

Kerana status single, yang tak pegi ber’dating’ atau apa2 lah, maka ianya dianggap agak sedikit pelik di department ini.

Makanya,soalan2 seperti ini slalu ditanyekan:

“Salwa, what’s the plan for this weekend? Dating perhaps?”

“Come on. Let me find someone for you…”

“bile nk kawen nih…?”

“tkkan u tkde pakwe. Meh la we all carikan”


Hehhe.selalu saye jawap dengan senyum aje. Kadang2 layan jugak lah.Upacara mencarik-carik dan mengkenen2 kan adalah perkara biasa kat sini. Saye pun faham jugak kalau antaranya adalah gurauan.Adat lah tuh.hehehe..saye pun tk pernah terasa atau amik serius malah kadang2 saye jugak bergurau, katanya mahu yang ade ‘Porche’, ‘umah besar yg ade swimming pool’ , ‘keturunan raja’ etc dan selalunya selepas itu kami sama2 ketawa.

Cuma satu hari nih, ade satu jawapan saye yang buat soalan2 mcm ni jarang dah timbul.Begini la lebeyh kurang dialognyer….

“Oh, criteria yer? Lelaki yang I nak yer? Hurm…. Actually kan, I tak carik yang solat 5 waktu sehari lah…”

“Aik….abes you nk we all carik yang macam maner?”

“Ok, kalau U all nak carikkan jugak, I takmo yang solat 5 kali sehari jer, tapi die solat 5 kali sehari berjemaah, kalau dapat kt masjid lah…then bleyh jadi imam…bleyh tak u all carikkan yang camtuh? Hehehe”


-senyap-

(senang kan? Hihihihi)


Wallahu’alam

Wassalaam

Wardah as-Syauk
7.10am
2 Jamadil Awal 1429H
8 Mei 2008

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. "Kalau tak terasa tu bagus lah. Meaning anda nih seorang yg ahlul masjid yang sangat setia 5 kali sehari mengunjungi masjid. Alhamdulillah….untung siapa yang memiliki anak seperti anda,..."

    pedas nih.. hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:53:00 PM

    Assalam alaykum Sis, it has been a long time (again) since our last conversation kan? do u hv a google account?perhaps we can hv a chat in google talk like the ol days..
    (rurallock@gmail.com)
    -your brother from Putrajaya

    ReplyDelete
  3. cik yam: hehehe..tujuan nyer mmg nak kasik terasa :p

    tkpe la pedas sket.kerepek kalau asyik makan yg manis aje, lidah boleh jadi manja.mau rasa yang manis2 aje.sekali sekala perlu jugak makan kerepek pedas, biar ade air mata keluar membasuh debu pada pandangan!!

    brother: yeap.lama.since 2005 i beleive. hehe.nggak ada gmail.pakai ym aje.ym tkde dah yer?

    tkpe la.juai mahai sket.chat sini pun ok jgk.ramai dapat faedah yer tak bro? =)

    btw, good to hear u r doing good...

    ReplyDelete
  4. afida_chomell_lebih sikit7:28:00 PM

    salam kak wa..

    kak wa!!! saya and alin terkekeh2x gelak baca entri kak wa.... dah boleh bayang camna muka kak wa time tu... patutlah suruh kitaorg baca bila kitaorg usik kak pupu!! haha.. nice! kak wa.. laptop and tudung kak wa masih selamat? insaf2x dengar cite kak wa... take care..wassalam

    ReplyDelete
  5. afida chomell lebih sikit:

    oooo...korang gelakkan akak eyh? sabar aje la...
    muke akak still chomey time tuh rasanyer :p

    alhamdulillah, tudung dan laptop masih selamat nampaknyer..lepas nih sebarang pujian adalah di banned..heheheheh

    see u soon in sya Allah...

    take care too...muahs

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    boleh bg lirik arab dia tak?

    ReplyDelete