Makluman Penting!

Assalamualaikum wbt.

Satu lagi entri berbunyi melankoli? (abaikan bahasa ‘tidak biasa’ saya)
_________________________________________________________

Pengumuman penting.

Allah telah mentakdirkan kalau handphone saya ‘dihilangkan’ buat ketika ini. Apa silapnya saya tidak pasti. Cuma handphone itu telah tiada. Baru perasan setelah tengah malam dalam perjalanan pulang ke rumah.

Rumah adik-adik yang diziarah telah digeledah
Saladin habis diperiksa berkali-kali.
Handphone nya (yg masih baru saya kita) masih tak ditemui

Saya tidak dapat dihubungi buat masa ini
Hantarlah msg di YM sahaja, atau telefon office atau titip pesan pada rakan.

Saya mahu merajuk seketika
Merajuk dengan diri sendiri
Merajuk dengan ciptaan kecil bernama handphone.

Saya tidak punya masa dan kemampuan mahu melayan kerenah handphone lagi.Sudah jemu.biarlah, biar saya sepi dan sendiri tanpa handphone

Masih berharap, kalau-kalau dapat dijumpai semula.

Sihat yg kurang makin tambah kurang
Saya di office kerana mahu menyiapkan kerja, tapi sudah tidak kuasa
Baru ke klinik, dapat mc.

Kalau dapat mc, saya boleh pulang bukan?

Saya mahu pulang
Mahu rehat yang tak berapa panjang!

______________________________________________________

Jadi teringat malam tadi. Seorang adik setelah penat mencari handphone dan saya juga sudah mahu pulang, berkata: “akak, surah in syirah

Saya hanya mampu senyum.

Dalam perjalanan pulang, teringat pembacaan petang tadi, sebelum ziarah. Kata Maududi, antara kesan tauhid dan iman dalam jiwa manusia antaranya, senantiasa rasa senang dan tidak gelisah kerana dia yakin semuanya hanya dengan kuasa Allah.

Aduh, sebegini pantas saya harus mengaplikasikan apa yang dibaca! Jadi, saya harus tidak bersedih kerana itu adalah takdirNya (Allah ampunkan saya kalau masih terselit rasa duka, kerana saya hamba, bukan malaikat sempurna!)


Dr Ai’d dalam tulisan alu-aluan bukunya, La Tahdzan (Don’t be Sad) berkongi cerita. Katanya setiap kali beliau berduka, akan dikatakan pada diri sendiri, “tidak malukah kamu, yang menulis buku La Tahdzan sedangkan kamu juga berduka?”


Lantas terus saya teringat akan sembang2 dengan seorang sahabat minggu lalu, tika saya berkata:

“Berat beban menjadi pengirim La Tahdzan. Harus kuat dan tegar. Sedangkan hati, hanya Allah yang tahu”

Saya rasakan kebenarannya, saya harus menjadi kuat kerana petikan-petikan La Tahdzan itu sebenarnya utk saya, utamanya utk saya, dan baru dikongsi untuk manfaat semua!


“Allah hindari kami dari rasa gelisah dan gundah. Sedih dan duka”

Wallahua’alam

wassalaam


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Semoga ALLAH bagi cepat sembuh.
    Tertanya2 kenapa pergi jumpa pakar (bkn hari ni)...

    Banyak lagi benda yg lbh besar utk disedihkan & dikesalkan. Jgn jadikan penyesalan & kesedihan mainan hidup yg menghalang diri tu...jadikannya pengajaran & pengalaman.

    ReplyDelete
  3. salam kak salwa,
    dalam kitab bustanul 'arifin ada satu doa yang mustajab diajarkan imam nawawi r.t bagi barang yang hilang..insya ALLAH saya ada kitab tersebut. alim yg ajarkan saya doa tu mengakui doa tersebut mujarab...wallah a'lam

    ReplyDelete
  4. tg azri:

    benar, banyak lg ujian dalam bentuk yg lbh besar. Moga lebih tabah dan tenang


    ibnu zhaki:

    jzkk! Kalau tk menyusahkan, boleh tlg emailkan pd akak? In sya allah, moga ada khairnya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:04:00 AM

    Salam,

    Lamanya tak login blog ni. Ofis saya block untuk buka blogspot, etc..

    Wallahua'lam, tak tahu pula macam mana pula boleh terbuka hati ke sini..

    Minta maaf dan takziah buat Cik Salwa sekeluarga. Kalau tak dicerita, orang pun tak tahu.. Tapi sekadar pendapat peribadi saya yg jahil, biarlah rahsia keluarga tersebut menjadi simpanan Cik Uwa sekeluarga.

    Jangan dikesalkan, sebab perginya kanak-kanak suci ada hikmahnya di akhirat kelak. Tiada hisab.. berbanding kita yg dah baligh..

    Amalkan surah Yasin, yakin.. Insya-ALLAH dilapangkan dada olehNYA.

    Perbanyakkan sedekah keranaNYA insya-ALLAH kelak ALLAH kurniakan hikmah berlapang dada dan redha dengan ujianNYA.

    Semoga kelak ALLAH mengurniakan cahaya baru pengubat duka buat Cik Salwa sekeluarga, Ameen.


    Salam Ukhwah,
    HambaNYA Yg Jahil

    ReplyDelete
  6. salaam

    muzammil: jzkk atas ingatannya. In sya Allah, kami sekeluarga telah redha. Seperti yang saya maklumkan, perginya arwah dalam keadaan ibarat kain putih, memberi ketenangan dan lega buat kami.

    Cuma sebagai insan, tak lepas dari merindui.

    Entri ini hanya suatu penulisan rindu. Penulisan untuk dikongsi.

    Terima kasih sekali lg atas nasihatnya.

    wallahu'alam

    wassalaam

    ReplyDelete