Empat

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Moga sihat dalam lautan nikmat yang Allah kurniakan. Jangan berganjak!!! Anda berada dilaman yang sebenarnya, cuma latar belakang warna biru tu dah tkde dah sekarang. Diganti abyadh@si putih yang suci bersih. Tukar angin lah konon-kononnya.

23 April 2008. Genap 4 taun dah usia blog ni. Kalau baby boleh bercakap2 dan silap2 dah boleh baca surat khabar dah! Ingat lagi, dulu, mula2 kaler pink tau blog ni, ade bentuk love2 lagi.Dan semenjak tu, dah tak ingat brape kali tukar kulit..sampai lah hari ni.Blog sengaja dirasmikan 23 april, sempena hari buku sedunia. Hehee.Buku ..buku..buku..tk habis2 lah dengan buku

Dah lama berangan nk tulis entry special utk ulang tahun ke -4 blog ni.sejak bulan lepas lagi.Poyo sikit sebab selama ni tk pernah celebrate kan. Tapi tu lah, Allah sebaik-baik perancang. Ditakdirkan banyak la pulak bende happened sampai tk tersempat duduk dan berfikir sejenak utk entry kali ini.

Hurm....sejak beberapa purnama nih (uishh) terfikir dalam kepala sekarang ni sesuatu yg berlegar sekitar persoalan ini:

1.MANFAAT

Sejauh mana saya telah membawa pembaca blog yang berkunjung (wpon tkde la banyak mane pun kan) ke arah suatu kebaikan? Adakah selama 4 tahun ni, tulisan saya berbentuk peribadi semata atau telah sedikit sebanyak punya sumbangan dalam rangka kerja sebagai ‘memberi peringatan’ kepada yang berkunjung? Adakah saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penulis yang berusaha utk amal maaruf & nahi mungkar?

Ntah. Saya tak tahu nak jawap sebab yang menilai adalah orang yang datang.Bukan saya seharusnya. Bukan saya. Teringat kepada pembacaan baru-baru ini:

Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya (HR Thabrani)

Saya pingin dan mahu benar tergolong dalam ketiga-tiga golongan (tamak utk syurga tidak salah!!) . Semakin diulang2 baca hadithnya, semakin jd gusar.Adakah saya selalu memberi penawar? Atau sekurang-kurangnya pernah memberi penawar? Allahu’alam. Hanya allah yang tahu akan urusan itu. Doa aje lah, minta diberi kekuatan dan ilham utk memberi penawar

2.BAHASA

Kalau ada pakar atau pencinta bahasa datang ke blog saya, sure dah kene tembak 18 das peluru M-16 mungkin. Habis, tunggang langgang. Hehehe. Tapi ya, blog ni la kot yang obvious bahasa santai dan selambanya. Blog saya yang lain agak terpandu sikit.lebih formal dan menggunakan bahasa yang betul.

Majalah Dewan Sastera (DBP) Mac lalu mengupas isu bahse blog ni. Banyak lah ulasan2 dari pakar. Byk yang tak bersetuju tp ada jugak yang ‘beri kelonggaran’. Ntah lah…yang pasti saya tak berminat utk berhujah. Biarlah saya menari dengan rentak tempo sendiri.Tkpe lah, bagi sesiapa yg terasa saya merosakkan bahse, ampun ya! Mungkin satu hari blog ni akan berubah bahasanya, siapa tahu

Blog ni mungkin dari awal letak sampai ke hari ni seolah2 saya bercakap dengan pembaca secara live. Tanyalah kawan2 atau orang yg pernah kenal saya. Mmg itulah jawapannya. Hatta, pengunjung2 baru berkunjung ke blog ni, selalu komen”

“akak, cara akak cakap dengan tulis blog sebijik lah.cam akak tengah ckp ngan kitorang pulak”

Hurm, mungkin atas dasar tu lah, rasa tak sampai ati nk ubah bahse blog ni.lgpun, penulisan yang ada semuanya datang dari hati.ditaip tuh, itulah yang keluar dari hati.kalau ikutkan, rasa nak jugak ubah bahse blog ni tapi ntah lah. Tgk la mcm mane.kadang2 tu terkeluar jugak bahse ‘dalaman’ tapi tk selalu lah, kan? =)


3.HALA TUJU
Dari menggunakan ganti nama ‘penulis’, kemudian ana kemudian cik uwa dan bermacam lagik la ganti nama, sampailah sekarang ‘saya’....persoalan penting, apa halatuju? Apa matlamat blog ni wujud? Apa misi dan visinya? (wah, macam nk tubuhkan company plak rasanya)

Bagi saya, soalan ini jawapannya mudah.kerana disebalik byk matlamat, yang PALING UTAMA adalah:

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf:108)

Jadi terpulanglah kepada pembaca utk jadi penilai dan hakim samada ada manfaatnya atau pun tidak.tugas saye menulis utk menyeru, menulis dan menulis.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Kalau ada yang melintas, kemudian berhenti, sudah cukup bagi saya.
Kalau ada yang lalu, berhenti dan dalam perhentian, sempat mengutip sebijik dua ‘permata’ yang takde la mahal cam batu Kristal Swarovski tuh, saye akan ukir sedikit senyum.

Tapi, kalau ada yang melintas, berhenti, kutip marjan,bawak pulang, kemudian digilap hingga jadi batu cincin dan barang perhiasan, dipakai dan dijadi ‘teman’ sepanjang jalan, wah, itu kurniaan Tuhan, dan saya akan jd insan plg gembira dan bersyukur!

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

Allahu’alaam
Wassalaam

-Nafas baru dengan ‘skin’ baru-

Wardah as-Syauk
18 Rabiul Akhir 1429H
25 April 2008

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment