Harapan

Assalamualaikum wbt

Baru selesai menulis (ker patut cakap menaip?) untuk laman blog yang satu lagi. Blog perkongsian buku-buku yang dibaca la kononnya.Macam banyak aje masa eyh? Hehe.kadang-kadang berjiwa dan bercita-cita besar nih memerlukan pengorbanan yang tk kurang besarnya. Impian perlu seiring dengan perlaksanaan, benar? (jawap lah sendiri)

Subuh semalam, sebelum subuh (mcm mane tuh?) diatas katil dengan lampu suram Ikea, dan henpon sony yg memainkan lagu-lagu dari Opick, seorang hamba Allah membelek-belek satu buku. Pembacaan semula. Memilih cerita-cerita yang rasanya pontential utk diletak di blog WS: Bayt Al-Hikmah. Setelah beberapa cerita di ‘tick’ utk senarai carta, tiba dimuka surat 141, cerita tentang Imam Ahmad. Mata tertancap pada hadith yang termuat dalam kisah tersebut:

“Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga”
Untuk kisah yang complete, boleh dilihat di Imam Ahmad, Orang Tua & Anjing

Hurm, berat hadith nih. Pembacaan diteruskan sehingga azan. Bersiap-siap ke office dan sampai office. Dan mula bekerja. Biasa lah kan, kadang-kadang bila terbeban dengan banyak perkara, orang mane la yang tk letih. Ade beberapa orang rakan sekerja yang sekarang ni ‘hampir gila’ dek banyaknya kerja.sembang-sembang kami yang rapat ni, terkeluar idea ‘berhenti kerja’. Mungkin kali kedua ketiga dah kot.Penat.Letih.Tak larat.semua keluar lah. Mmg pun. Ape citer kalau siang malam kerja?

*****************************************

HARAPAN 1 (Kisah dari 6pm semalam)

Nk memendekkan cerita, sebab dah beberapa hari kepala pun cam tk betul aje, so berpakat dengan boss untuk mogok.nk balik awal semalam.pkl 5 dah cabut dari office (btw, office hour 8-5, tp bg sebilangan org kat department ni, balik awal means balik pkl 5, 6 atau 7.itu awal la tuh.selalunya? tayah ckp la kot)

Mmg penat semalam.Letih sungguh.dalam hati dah merancang-rancang apa nk buat kat umah. Happy aje drive Saladin balik.wpon stuck kat road, still pkl 6 lebih time tu.awal lagi.still ada matahari! Dah nk dekat sampai rumah, tgh syok-syok layan lagu Opick dari CD player Saladin, henpon bunyik.oh, emak ker.

“Assalamualaikum. Wa, kamu ade kat mane nih.office ker?

“Tak.tgh drive balik umah nih”

“Wah…balik umah? Awal nampak ari nih”

“Mogok. Nape mak?”

“Ni ha, cik dah operate ari nih.cik zul (suami cik dah) kene blk. Pastuh abg dil tk dapat jaga.org pompuan aje yang bleyh tunggu kat wad tuh”

“Astagfirullah. Hari ni ke operate nyer? Allah.kakwa lupe sungguh nih.”

“Haah.dah siap operate dah.tu la, nk mintak kamu teman cik dah.sian die.takkan sorang-sorang pulak.semua orang tkde.kamu aje la HARAPAN skang nih”

“Oh..tkpe.boleh in sya allah.wad bape mak? Nanti kakwa pegi la in sya Allah”

“Tepon abg dil.tanye die wad bape.”

“Ok.assalamualaikum”

“ws”

-putus-

Lepas call abg dil,dapat no wad, time tuh dah sampai umah.around 6.20pm cmtuh.mcm nk terbang aje kepala rasanya.uish. kene pegi hospital putrajaya.tido sane.so kene pack baju and stuff utk bawak pi office besok.huuu..

Iron baju.mandi.tp tk larat sangat.muke pun cam ape aje.lepas megrib, tertido sampai 8.13pm.abg dill call, tanye dh sampai belum.(sampai mende, gerak pun tak lagik). Waktu tu, tuhan aje yang tau. Rasa nk aje call emak and cakap

“mak, serius kakwa tk larat nih.tk nampak mende ape pun nih.besok kakwa gi leyh tk? Huuu…berat dah kepala”

Tapi tu, mcm biasa la kan.dlm hati aje la.terus teringat hadith yg baca pagi td. Wah, orang punya la menaruh harapan, sanggup nk putuskan? Dah terer sangat ke nk putuskan harapan orang? Dah banyak sangat amal sampai tak takut Allah putuskan harapan kat hari kiamat sok? Dah kompem masuk syurga ke cik uwa?

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh

Astagfirullah.astagfirullah.astagfirullah. siap.siap cepat.makan2 dengan housemate (wpon mate masih kuyu and tk brape nk betul) kene jugak pegi nih.from lovely cengal to Hospital Putrajaya….

Alhamdulillah.9 something sampai hospital putrajaya.allah selamatkan dari sebarang kemalangan atau kecelakaan wpon time drive tuh cam melayang aje kot.tgk cik dah,sian die. Tp die dah leyh bangun and cakap-cakap and ok la.die ckp tayah la tido sini, susahkan aje.isyh, susah mende.

Rasa lega tuhan aje yang tahu.Wpon still ade lg perasaan2 hampeh yg datang dari al-khannas, alhamdulillah, still tido kat sepital gak,sampai la pg td mandi kat wad then terus pi keje.(btw, hospital putrajaya best, dah la lawa, cam private, bilik air pun ade air panas. Hajar, dari ko amik option kedua sepital kat aloq staq berdasarkan teori canggih MO yang akan berlembut dengan HO tuh, baik ko letak Putrajaya.Serdang ke, HUKM ke. Option 3 ko pun kosong lagik kan?)
****************************************

HARAPAN 2 (pagi ini, di YM)

--- : salaam uwa,r u there?
uwa : salaam
uwa : yeap
uwa : hi ---, ape kabar?
--- : ada khabar laa ni nak sampaikan
-- - : -- nk mintak pandangan uwa sket


-chatting berlansung-

uwa : adeh
uwa : sorry
uwa : YM ni selalu bengong
--- : ooo
--- : taper2
uwa : kalau wa email satgi OK ker?
uwa : takut tersekat separuh jalan
--- : hehe,tru2
--- : oke
uwa : ok, in sya allah, by the end of lunch hour at 2pm nanti wa hantar
uwa : sorry la make u wait
uwa : huhuhu

*********************************

HARAPAN 3 (tengahari td, SMS dari seorang senior di KISAS)

“Salam.hi salwa.akak kat KLCC ni.hehe.awk keja kt sini kan?”

“Salaam.hi kak. Ye ker?haah.keje kat sini.wah, bleh la jmpe jgpi.akak lama ke?kalo 1.45 sy trn ok?nk jumpe x?

“akk kat main gate tau.hehe.x tau nk tunggu kt ne.akak pki tudung n tshirt coklat”

****************************************

Ketiga-tiga peristiwa ni berlaku dalam masa 24 jam. Ada jugak harapan-harapan yang lain tp tak berniat nk kongsi semuanya. Kalau difikir-fikir, banyak nye harapan orang yang datang pada saye dalam sehari, seminggu, sebulan dsb.tp, brape banyak yang saye tunaikan? Atau lebih tepat, bilangan yang saye putuskan tu mungkin jauh lebih banyak dari yang saye tunaikan. Astagfirullah. Banyak benar dosa saya.

Berjanji tapi tidak punya masa utk ditepati juga adalah memutuskan harapan.Berlingkar dalam kepala banyaknya harapan-harapan yg belum saya lunaskan.peristiwa-peristiwa lalu ketika saya banyak tidak memenunaikan harapan.allah. akukah yg disebut seperti dalam hadith itu? Nau’zubillah.mohon diampuni atas kelalaian lalu ya Allah!

Saye benar jd tersentak dengan hadith yang dibaca pagi semalam. Semenjak itu juga saya menanam tekad, kalau ada harapan yang datang, selagi termampu akan cuba saya tunaikan selagi mana harapan itu berlandas syarak dan tidak terkeluar dari landasan agama atau prinsip saya. Walaupun sukar rasanya memenuhi setiap harapan kerana PILIHAN perlu dibuat, in sya allah doa dipanjatkan agar tiada insan yang kecewa bila dihulurkan harapan kepada saya.Namun, benar, tidak semestinya semua harapan itu juga dapat dipenuhi.Ikutlah keadaan dan situasi.

Saya ambil kesempatan ini, mohon dimaafkan andai ada dikalangan anda yang harapannya tidak dapat saya tunaikan secara sengaja atau tidak sengaja lebih-lebih lagi yang telah lama berlaku.saya kerdil dan sering terlupa. Mohon dimaafi.saya tidak berani berjanji semua akan dipenuhi, tapi sekurang-kurangnya saya mahu menyeru diri sendiri dan orang lain, agar kita sama-sama cuba memenuhi harapan saudara kita selagi yang termampu.(dalam kepala berkira-kira, mungkin bagus kalau diwujudkan ‘carta’ harapan, jadi yg priority diletak diatas dan punya checklist, harapan yang mana sudah ditunaikan, dan harapan mana yang masih ‘pending’)
Ya allah, ampuni kami atas kesalahan yang lalu. Jangan dihukumi kami dengan apa yang kami lupa dan tersalah ya Allah. Kami mohon agar diberi perkenanMu untuk sama-sama menjadi saudara yang terbaik buat saudaranya yang lain.Tidak memutuskan harapan tika harapan datang agar kelak kami juga tidak putus harapannya tika hari Perhitungan kelak”
Mohon di aminkan doanya..!!!

Wallahu’alam
Wassalaam

5 Rabi’ul Awal 1429H
13 Mar 2008

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Salaam perkenalan dari Brunei, I've been reading your blog for a while now and I admire your writings. They are personal, hilarious (often I find myself laughing in the middle of the night) but there is a clear message in each of your posts. I like. :)

    Do keep on writing ya? You got a fan in Brunei ;)

    Ma'salaama

    ReplyDelete
  2. Salaam alaik.

    Sister anneesa,

    Welcome and thanks for your visit. I do appreciate it. Subhanallah. Never in my wildest dream that I ever thought of having a ‘fan’ from Brunei (or even from anywhere!) at my scanty blog.

    My deepest gratitude and praise to the Almighty for His mercy and blessing that keeps me in a well condition to write some sense. La khaula wa La quwwata illa billah. No force/power and no strength except with the God wills.

    Nevertheless, still, I have a little feeling of ‘self-conscious’ when it comes to the fact that “people do admire my writings”.I thought my writing is kind of 'mess-up'.Masya Allah.All praise be to God and only God the praise be. I only hope that Allah will always guide me in everything I do and I do hope this little tiny effort become the spark that lights the fire of Hasanah (good deeds) for every single visitor.

    May Allah shower us with His Rahmah wa Magfirah

    Amen.

    ReplyDelete