Henset & Laptop 2

Salaam,

Ape khabar? (mesti nk tanye khabar kan?) heheh.. alhamdulillah, moga semuanya sehat2 dalam lingkungan rahmat dan kasih-Nya!

Kalau nk kira2 balik, dari bulan julai membawak ke februari….fuh, lama tuh. dah basi dah cerita nih patutnya. Tp kan, itulah kuasa Tuhan, cerita yang lambat disambung ni ade hikmah tersendiri. Kalau lah disambung cepat2 hari tuh, mungkin kesudahan nya jadi berbeza…

Apapun, ini kesudahannya cerita yg tergantung hari tu..moga ada manfaatnya dan iktibar

---------------------------------

Carta oh carta…sampai kesitu sekali budget dibuat. Perlu bercarta. Aduhai. Kalau punya banyak uang, ya carta tuh mesti tk buat punye...kan?kan? tp tk kesah lah.ade carta pun ape salahnya.prioriti diutamakan. Utamakan yg perlu diutamakan. =)

Kisah yg berlaku dua minggu seblum entry pertama ditulis adalah satu muhasabah dan membawa nasihat tersendiri.alhkisahnya, rumah sewa dimasuki pencuri! Habis segala harta nk diambik. Dari laptop2 bawahlah ke barang kemas, gadgets, abes segalanya! (peti ais tidak dicuri,mungkin terlalu berat utk diangkat?) he he he

Waktu dapat berita kecurian, tgh meeting di tempat kerja. Allah! Berat jugak dugaan tp tatau kenapa masih menguntum senyuman. Dengan rilex dan bersahaja, balik la ke rumah nk tgk ape yg jadik. Mmg betul semua kene curik!

“yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (baqarah:156)

Allah lebih tahu dan arif segalanya. Abis laptop kesayangan hasil usaha keras bekerja time summer kat library Auckland dulu dicurik! Hilang memori nz, gambar2, nasyeed, koleksi e-book kesayangan semua tak diburn ke CD lagik.jujur. rasanya lebih sedih mengenangkan hilang data daripada hilang laptop tuh!

Terngiang2…

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (thagabun:11)

Benar Kamu tuhan, benar. Mesti,mesti ada hikmah! Wpon rasa teraniya, dalam diam dan sudi, hati berdoa.” Allah, ampunkan dosa orang yg mencuri.mungkin die nih betul2 terdesak nih. Moga diberi hidayah supaya die dapat kembali pd jalan benar” ameen (sounds cam bagus, tp rasanya kite mmg perlu kan mcm tu? Perlu mendoakan golongan2 mcm diorang nih, kan? Jgn sekadar menghukum!)

Makanya, teralih lah carta selepas itu. Henpon tidak lagik ditangga pertama tp diganti dengan laptop. Sebab? Laptop umpama anggota cik uwa. Di bawak kehulu kehilir.peneman setiap detik. Saksi segala-galanya. Tp kini, laptop telah tiada!

Manusia merancang, allah menentukan. Setelah hampir berbulan2, masih belum laptop dibeli. Walaupun sudah dua kali PC Fair dijejaki (pertengahan tahun dan hujung tahun), dengan niat berkobar2, tp tk jugak dibeli.(belom campur lagik fair2 lain yang ade kaitan dengan laptop). Sebab? Setiap kali pulang dari fair, congak2 budget dalam kepala..

Kewajipan seorang anak,kewajipan sorang rakyat dalam masyarakat,sewa, makan, kete, minyak, parking, duit beli buku..bla..bla..bla…isk2, nyata aku belum mampu!kalau yang dicarta pertama masih tidak dibeli, yang lain terus tak merasa!!! Kata org, keje nih byk duit. Ye ker? tp lagik ramai yang kata, tk banyak duit.tk cukup duit. Betul tu.soalnya, kita yang meletak nilai banyak dan sikitnya gaji itu. Nilai wang itu. Prioritinya dimana. Hingga harus bercarta-carta…

Kalau kita hidup utk diri sendiri, mungkin wang gaji banyak bagi kita. Namun, kalau kita hidup utk orang lain, wang itu JAUH LEBIH BANYAK DAN BESAR nilaiannya. Mari kita berfikir….Berapa besar dari wang hasil bulan2 kita infakkan? Buat yang memerlukan? Berapa proportion gaji kita didermakan atau setidak-tidaknya diguna pakai utk yg memerlukan? Utk insan sekeliling dalam erti kata lain?

Bkn cik uwa banyak infaknya, tidak. Na’uzubillah, itu bkn point nya.(allah, ikhlaskan niatku..ameen) Cuma, entry ini menyeru kalau2 ada yang sudi dari kalangan pembaca, berfikir kembali, berapa pinjaman telah kita buat utk dunia sana?


“Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. Hadid :11


Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul- Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. Hadid: 18


dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Muzammil: 20

Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. Thaghabun: 17

Hingga berulang2 disebut allah dalam al-quran, adakah iktibar kita temukan? Hidup kita mewah, dikelilingi barangan berharga, tp orng lain? Sedangkan makan belum tentu ada!

Allah
Allah..
Allah…
kalaulah kita membuka mata!


Kita hidup dalam mewah kita sendiri. Kita hidup utk diri,utk kesenangan, utk dipanggil mengikut zaman. Sedangkan sahabat,
erti hidup adalah DENGAN MEMBERI!!

Apa guna kita bermegah, segalanya ada ditangan, sedangkan:

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. (kahfi: 46)

Disini, tugasku menyeru..kalau ada yg terdengar, aku bersyukur
Kalau ada yang lalu malah mengecilkan mata, juga aku syukur,
Kerana aku memberi sesuatu utk diingat sekurang-kurangnya!

Justeru, itu pengakhiran cerita cik uwa.laptop belum ketemukan.bukan kerana tidak pingin, tp justeru banyak hal yang lebih utama dalam carta.Cuma, Pinta doa sahabat2 moga mampu dibeli yang baru suatu ketika nanti! Mintak doakan yah!!

Oh, sebelum terlupa, henpon telah dibeli yang baru akhirnya. (henpon putih oren sony ericssion yang diidam2 sejak dua tahun yang lalu. Beli model yang paling murah..hehehe) nih baru beli Dua minggu yg lepas. Sebab? Henpon lama tidak lagi boleh menerima panggilan!!!!!

Jzkk, moga Allah berikan ampun andai ada tersasar niat disebalik tulisan
Astagfirullah


Allahu'alam
Wassalaam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment